Cara Mudah Kumpul Coins & Tebus Lebih Banyak Diskaun di Shopee - Azwar Syuhada

Saturday 26 September 2020

Cara Mudah Kumpul Coins & Tebus Lebih Banyak Diskaun di Shopee

 Salam to all readers,


Kembali kita dalam rancangan, bijak berbelanja di Shopee. Gituwee!!! Btw, aku memang suka explore benda-benda yang mendatangkan keuntungan pada diri aku sendiri. Sebagai contoh, bila berbelanja online di Shopee. Aku suka gila wehh Shopee ini punya advertisement, games, sellers, barang pun okay, (alhamdulillah belum dapat yang seller scam lagi setakat ini). Aku pula memang turn on notification Shopee sebab nak siram pokok aku. Asal sikit keluarlah ringtone 


Shopee!! Shopee!! Shopee!!


Siapa macam ini? Rata-rata officemate aku pun turn on notification juga tau. Hari-hari ada je barang dari Shopee masuk office. Aku bab diskaun memang pantanglah, lagi satu aku memang suka jadi volunteer tolong beli barang orang. Lagi mahal barang tersebut lagi banyak coins engkorang boleh dapatkan. 


Siapa peminat tegar pembeli barangan di Shopee pasti sudah biasa guna dan aware dengan Shopee Coins ini. Ada orang jenis tak kisah, masuk nak shopping je, malas nak layan benda macam ini. Ada setengah orang (especially orang macam aku ini) memang kisah benda yang mendatangkan keuntungan pada diri sendiri. Why not kan? Shopee barang dah murah, tambah lagi potongan coins lagi berbaloi anda berbelanja.



Senang cerita, Shopee Coins Malaysia ini adalah mata wang yang boleh di lihat dalam marketplace shopee sahaja. Ia tidak boleh sesekali ditukarkan kepada wang ringgit. Kelebihan Shopee Coins adalah dapat memberi ganjaran kepada pengguna seperti potongan diskaun dan tebus voucher yang lumayan. Lagi banyak coins engkorang dalam akaun shopee lagi banyak rebate diskaun boleh dapat tau.


Pastikan anda guna sehabis baik coins yang ada dalam akaun shopee. Bila orang minta beli barang dekat shopee laju je aku volunteer make sure bank in dulu duit barang tersebut. 


Jom aku tunjukkan beberapa langkah mudah untuk dapatkan Shopee Coins Lebih banyak lagi. 


Cara Mudah Kumpul Shopee Coins

Kalau korang rajin scroll Shopee korang boleh explore banyak benda selain perhabiskan duit semata-mata tau. Banyak cara boleh ikut untuk dapatkan coins di Shopee.


1) Check In Daily Attendance di Shopee

Check in Daily Attendance di Shopee, caranya cukup mudah;

1) Buka aplikasi Shopee di (Android/ios)

2) Click pada pautan coints seperti gambar dibawah (ataupun click me) akan ada daily coins

3) Setelah click pada pautan coins akan ada satu jalur attendance selama 7 hari. Tekan sahaja setiap hari.



Shopee Coins attendance ini boleh claim 1 hari sekali sahaja. Kalau termiss 1 hari engkorang kena patah balik pada hari pertama semula. Bayangkan hari-hari check in dapat 1 point. 30 hari buka check ini tak ke dapat 30 coins dalam sekelip mata? Rajin dengan tak je. Bukan susah mana pun just click pada pautan date 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 tu je. Settle!


2) Melalui Permainan Alam Maya di Shopee

Selain shopping barang boleh juga luangkan masa dengan bermain games dalam marketplace shopee ini. Dari 1 games terdapat pelbagai jenis games lain korang boleh main. Ada  Shopee Farm, Shopee Poly, Shopee Candy. Sambil main korang boleh tebus voucher ataupun coin mengikut pencapaian korang sendiri. Setakat ini aku main Shopee Farm, hari-hari aku siram, kalau point habis aku lawat pokok orang lain siramkan, lepas tu request air dekat dia pun boleh. Nak bagi cepat pokok berbuah dengan coins. Lagi cepat pokok growth lagi cepat tebus ganjaran coins.



Korang boleh baca instruction macam mana nak main Shopee Farm ini. Ada waktu-waktu dia buat shopee shake. Korang set la timing, boleh main shake dia. Aku selalu terlepas la waktu shake, waktu aku busy kerja. Memang taklah aku nak shake pokok ini. 

Dia juga ada target berapa hari untuk archive. Siapa yang suka adventure bolehlah main benda alah ini. Best tau, sambil collect point dapat juga keseronokan benda alah ini.


3) Melalui Pesanan Barangan & Menerima Barangan

Nampak mudah kan? Ada juga yang tak buat. Tak susah mana pun, pesan barang, bila barang dah sampai dekat tangan push punat received senang-senang dapat collect point (bergantung pada barangan yang anda order) Dah press punat received selang beberapa hari rate la seller yang kamu order tu. Cakap barang okay, komen sikit, tekan rate dah dapat coins.



Salah satu barangan yang boleh redeem coins ia akan keluar seperti di atas. Korang boleh nampak berapa coins korang boleh dapat. Mudah je kan? Shopee Coins ini ada limitnya tau, 100 coins bagi setiap pembelian, 150 coins setiap hari, 300 coins bagi setiap minggu. Bergantung pada barangan yang kita pilih juga.


3) Drop Review Pada Seller yang Kamu Order

Bila dah receved barangan, akan ada button rate seller (can get 3 coins). Ada masa terluang, dah cuba produk depa rajin-rajinlah komen pada ruang kedai dia. Pujilah sikit barangan okay, bagi bintang. Terus dapat 3 coins. Tak susah mana pun.


4) Refer Friend Untuk Shopping Bersama


Salah satu cara yang boleh dapatkan coins yang banyak dengan refer friends. Ajaklah pak mak saudara hangpa yang tiada akaun Shopee muat turun aplikasi Shopee, sign up akaun dan masukkan cod AZWAR228. Dengan masukkan code ini automatik dapat RM8 voucher. Kita dapat point, orang yang refer kita dapat RM8 voucher.


Dua-dua dapat ganjaran. Setiap orang yang daftar menggunakan code kita membolehkan peroleh 1000 coins. Banyakkan? Jadi, ajaklah kenalan hangpa semua sign up akaun Shopee dan masukkan cod promo anda.


Cara Tebus Diskaun Mengunakan Shopee Coins

Paling banyak coins aku pernah kumpul adalah 2000 coins. Memang pulunlah aku guna. Tapi make sure korang pilih trusted seller la kalau beli barang dekat Shopee. Setakat ini semua seller aku jumpa trusted seller la. Belum pernah dapat fake. Kena rajin baca review, berapa kuantiti barangan seller tu dah jual.


Boleh je tekan pada top seller nanti keluarlah the top seller. Pasti yang teratas tu trusted seller, rajin-rajinlah explore sebelum tekan buy. Tak semua barangan korang boleh redeem coins ini tau. Ia hanya untuk preferred Shopee Seller sahaja. Kena check betul-betul. 



Sebagai contoh seperti gambar di atas. Nampak tak bila kita dah select product, tekan buy, scroll bawah nanti keluar sama ada nak redeem point ataupun redeem point lagi. Kalau aku setakat 100 lebih point baik kumpul lagi. Biar betul-betul banyak baru guna. 


Kalau korang minat berniaga pula boleh explore bahagian Open Shop. Boleh je google or follow orang yang berniaga, buat thread dekat Linkedin. Dalam pada terikat dengan kerja hakiki boleh je buat side income. Cari duit poket kalau nak. Ramai tau orang buat untuk sara hidup.


Okaylah itu sahaja perkongsianku di hujung minggu. Selamat kumpul coins di Shopee. Berbelanja biar bijak dan berkhemah. 


Thank you for reading!

5 comments:

  1. uish..gigih nya kumpul coins..good job!

    ReplyDelete
  2. selalu missed daily coin tu. Haha tapi kutip jugak la. main game tak pernah pulak. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing the tips!! I'm not always on the app, but I try to log in once per day to get the daily coins and water my tree. hehehe

    ReplyDelete
  4. Selalu kutip yang daily coins je..tu je yg paling senang kot nak kumpul coins selain drp coins selepas belian..hehehehe

    ReplyDelete
  5. Saya x dpt nak kumpul bnyk koin...mcm ada had je...leh kumpul x sampai pun 800 coin..pas tu dah x leh kumpul

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!