Cara Mudah Menabung Melalui My Goal di Maybank2U - Azwar Syuhada

Saturday 11 July 2020

Cara Mudah Menabung Melalui My Goal di Maybank2U

Salam to all readers,

google
Bila meningkat dewasa ini amalam menabung memang aku titik beratkan. Walaupun terkadang alpa juga bilamana alpa ketika shopping. Tak beli menyesal dah beli pula rasa menyesal juga. Menyesal perhabis duit tak tentu arah. Bila ada duit sikit macam-macam kehendak nak dibeli. Aku tahu bukan aku sorang je kuat saving dan ada ketika terguna juga duit saving tersebut, bulan depan topap balik yang digunakan tu.

Baru ini aku ada perasan orang share boleh saving guna My GOals di Maybank2u. Kaedah ini nampak lagi konsisten. Aku pun baru mula guna kaedah My Goals ini, mana-mana yang rajin saving nak tingkatkan mutu kaedah saving korang tu dengan betul maybe boleh guna cara ini. Tak adalah asyik guna topap balik. Kaedah ini bagi memastikan goals kita archieve mengikut tempoh bulanan yang kita dah tetapkan.

Kalau ikutkan amalan menabung ini tak perlu pergi kelas pun, yang ianya depend pada diri kita sendiri. Yang ianya korang kena konsisten je. Awal-awal sakit, lama-lama dah jadi rutin harian korang akan terbiasa. Ayuh buat simpanan di hari tua. Kurangkan pembaziran tingkatkan penabungan. 

Cara Mudah Menabung Melalu My Goal di dalam MayBank2u

1) Langkah pertama, sudah semestinya kena pergi laman web official Maybank2u di www.maybank2u.com. Log in akaun anda seperti biasa dengan mengisi username dan password.

2) Setelah berjaya log in, scroll anak panah ke bawah klik pada button "Create Goal", seperti gambar di bawah.

google

3) Setelah klik "Create Goal" akan ada form kena isi seperti gambar dibawah. Pilih kategori "goal" korang jenis apa. Ada travel, family, retire, shopping, education, other dan lain-lain lagi.

4) Setelah selesai pilih jenis kategori, korang boleh pilih nak buat bayaran by monthly amount setiap bulan. Set berapa target korang nak capai, nak archieve berapa bulan boleh set siap-siap.

google

Bulan-bulan aku memang spend saving RM450. Duit gaji aku bank lain pindah keluar bank lain. Masuk tanpa hala tuju amount banyak ini nak kemana. Bila ada My Goal ini bolehlah devide beberapa perkara. Harap lebih konsisten lepas ini. Jangan kalut kalau sign in amount duit berkurang, hakikatnya dia tersorok pada bahagian MyGoal. Kau sabar je tau sampai goal kau tercapai. 

Finally aku dapat saving untuk ke Umrah. Okaylah sebulan RM300. Final nak tahu korang dah berjaya buat goal tu akan keluar seperti gambar di bawah. My Goal korang akan terpapar di screen homepage Maybank2u. Setiap kali log in bolehlah korang refer berapa banyak korang dah saving. Setiap malam buka akaun bank mulut pun tersenyum. Gitu..

If korang banyak goal, bolehlah create beberapa goal lagi penting duit kena ada. My Goal di Maybank2u ini membolehkan korang set 5 goal serentak. Goal ini tak beri impak buruk pada akaun kau pun. Kalau rasa tak boleh komit boleh cancel, duit tu akan masuk akaun kita semula. Duit kamu tak lari kemana pun ada dalam akaun tu juga tapi dipecahkan kepada dalam kategori kecil. Jangan bagi tengok dulu sampai cukup matang. 

Create je beberapa goal yang korang nak archive, sebagai contoh Travel ke London ke, Beli Kereta / Rumah, Duit Mara, Duit untuk Hari Tua. Apa-apa sahaja yang terlintas yang korang nak sangat. Sekarang memang korang tak nampak, akan-akan datang benda ini penyelemat kita juga nanti.

Tambah-tambah waktu MCO sekarang ini, kerana rajin menyimpan kita tak tahu apa akan jadi 5 bulan akan datang. Beratus ribu orang kena buang kerja, yang ada kerja lagi jaga kerja korang elok-elok na. Sekarang kerja bukan jaminan untuk jadi kaya tapi nampak gayanya jaminan untuk kita melangsungkan kehidupan. 

Siapa tak buat lagi, cepat-cepat buat. Semoga berjaya!

1 comment:

  1. Macamana nak keluarkan duit dari goal kite tu? Saya punye goal dh achieved..tapi duit x msuk akaun pun..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!