New Normal Orang Bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur - Azwar Syuhada

Sunday 14 June 2020

New Normal Orang Bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur

Salam to all readers,

Hi geng! Siapa masih WFH sekarang ini? Untuk pengetahuan semua aku dah masuk office semula dari awal PM umumkan syarikat dah boleh beroperasi. Masuk office gilir-gilir, tapi sadisnya nama aku kena datang hari-hari. Redha jerlah nama pun makan gaji. Ikutkan kerja dekat office lagi selesa berbanding di rumah. Dekat office semua benda ada, dekat rumah limited, nak fax emergency letter pun tak dapat. I okay je kena masuk office hari-hari.

Aku pergi kerja memang 100% bergantung pada transport awam iaitu MyRapid LRT, alhamdulillah sepanjang tempoh PKP & PKPP ini orang masih patuh SOP. Sebelum naik kena scan bar code, ambil suhu, kena pakai mask (siapa tak pakai tak boleh naik).

See all people in KL wearing mask, ini balik singgah KLCC jap teman member beli barang. Awal-awal kerja haritu LRT tak berapa penuh sangat, sekarang naik boleh dikatakan ramai juga sekarang tapi masih boleh dikawal. 

Ini aku tengok orang tengah beratur nak naik bas, bas pun ada SOP nya limit berapa orang entah boleh naik untuk 2 tingkat ini. Maybe tak sampai 30 orang je boleh naik. Mujur masuk KLCC just auto scan pakai kamera je, lagi senang. Patutnya stesen LRT dah boleh pakai ini, jimat tenaga kerja, kesian juga dekat abang polis yang duk tembak sensorang, lagi-lagi waktu puncak orang pergi dan balik, lenguh tangan wei nak tembak tu.

 Aku suka juga new normal ini dipraktikkan pada orang Malaysia. Setidak-tidaknya, dapat mendidik orang Malaysia ini jaga kebersihan, kalau tak mana nak dia bersin, batuk, buang sampah semua. Aku masuk bangunan office kena scan dulu, kemudian masuk office scan lagi, spray pula badan dengan Dettol (bagi mereka yang naik LRT), cuci tangan baru duduk dekat tempat. Orang masuk office pun kena scan barcode sekarang, kita tak tahu dia datang dari mana. 

Balik kerja, terus mandi barulah nak guling atas tilam. Tambah naik train kita berselisih dengan entah mana-mana orang. Aku kalau balik Klang pun sekarang tumpang abang aku kalau dia balik, tak berani lagi nak naik bas, memandangkan yang naik bas warga asing.

Tak boleh bla duduk office kena pakai mask dari awal sampai balik. Majikan tak bagi buka, masuk bilik air, sembahyang barulah rasa bernafas. Dalam office pun ada jarak dengan officemate lain, sebelum duduk tempat kerja kena lap dulu meja-meja tu baru buat kerja. Awal-awal memang tak biasa, lama-lama dah terbiasa. Tak susah mana pun nak ikut. Sekarang masuk office 9.00am until 5.30pm (memandangkan majoriti naik public transport takut bersesak). Tapi aku balik 6.00 lebih juga nak siapkan kerja. Balik waktu puncak, sakitnya nak beratur scan barcode je, dulu pakai tembak ambil suhu je. PM galakkan semua orang MySejahtera kita follow jerlah. Kesian juga pada warga asing yang tak pakai smartphone kenna scan barcode. 


 Sementara tunggu orang ramai beratur, kita bergambar jap. Siapa-siapa yang dah kena masuk office, selamat bekerja. Pada mereka yang kehilangan kerja waktu PKP ini, aku doakan korang dimurahkan rezeki, mungkin ada rezeki lebih baik untuk korang semua.

Jangan mengeluh bila PM isytiharkan syarikat boleh buka, bila dah seronok sangat duduk rumah masing-masing taknak pergi kerja dah. Hakikatnya kita kena bekerja semula untuk kembalikan ekonomi yang tenat sepanjang PKP ini.  Alhamdulillah, start 15 June 2020 ini buat mereka yang menggunakan pas My100 atau My50 dah dikurangkan jadi RM30 (untuk 30 hari) sampai hujung tahun ini. Jimat sikit transport awam, ni nak praktikkan bawa bekal pergi kerja sebab aku tengah kumpul duit nak beli laptop baru. Laptop yang aku guna sekarang dah kopak, lepas tu line slow gila sebab dah berat.

Sekarang dah boleh rentas negeri, selamat pulang ke kampung halaman terutama yang duduk bujang. Balik raya jangan lupa follow SOP okay. 


Aku baru sampai KL ini, gigih update blog. Sekarang tempoh PKPP (proses pemulihan). Tahniah buat frontliner, tahniah buat semua warga Malaysia yang memberi kerjasama patuh arahan MKN. Hopefully dalam tempoh PKPP ini masing-masing boleh teruskan SOP yang disediakan MKN. Malaysia pasti boleh!

Thank you for reading!

2 comments:

  1. Kita pun In Shaa Allah hari ini dah mula kerja full time 8-5ptg. Sebelum ni sampai pukul2 je. Tapi ada masa² boss bagi juga wfh 😙😚

    ReplyDelete
  2. ade hikmah jgk new norma ni..
    ajar rkyat mesia berdisiplin..
    alhamdulillah rkyat mesia mmg patuh..
    ade jela skit yg degil.. hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!