Shopping Alatan Dapur di Shopee - Azwar Syuhada

Sunday 3 May 2020

Shopping Alatan Dapur di Shopee

google
| Shopping Alatan Dapur di Shopee | Dalam musim PKP ini, orang tak dapat lepas gian shopping dekat luar, diorang shopping online pula. Aku pun salah seorang yang tak ketinggalan melakukan pembaziran melalui pembelian atas talian ini. Membazir pada sesuatu yang berguna sebab akan digunapakai untuk kehidupan harian. Jadi tak rasa membazir la untuk penyedap hati. Aku dah stop beli, mak je tak stop2 ada je diatext aku suruh belikan. 

Kalau orang lain sekarang ini tengah panic buying beli baju raya. Aku pula gian shopping alatan memasak. AKu decide nak beli 2 benda ini start PKP fasa kedua diumumkan. Lepas je PM buat pengumuman duduk rumah. Aku terus order, sebab nak memasak tiada 2 benda alah ini. Mak aku kirim periuk tefal dekat aku, tak ada senduk silicon, justeru godek-godek Shopee jumpa pula set senduk lawa nak mampus. Kalau tak rajin memasak lagi tak tahulah lepas ini. Jom tengok alatan dapur yang aku beli, 2 benda je tapi puas hati bila sampai pada tangan.

Set Senduk Viral Pelbagai Warna di Shopee

Patut sampai awal, tapi first seller cancel order aku lepas aku dah selesai bayar dia kata warna aku nak tu tak ada. So, aku cari seller lain, jumpalah 1 lagi, baca feedback ramai puas hati terus aku order. Ambil masa 2 minggu nak sampai sebab ia ship dari China. Kalau korang rajin survey harga set senduk ini rata-rata orang jual dengan hari RM75 dan ke atas tau. Bukan dekat Shopee je ada jual dekat Facebook bersepah orang jual. Tapi aku macam biasalah akan cari yang berpatutan dan feedback elok. Atas tulis packaging aku dapat, cantik je seller ini wrap elok-elok. Kesian juga yang dapat barang masa PKP ini indah habar dari rupa.Alhamdulillah, kedua barangan yang aku dapat dalam keadaan yang elok. Had ini, pekerja Shopee hantar sendiri dekat rumah (6.00pm) macam tu, kesian juga tengok. Semoga rider pos laju, DHL, JnT, grab mana-mana perkhidmatan penghantaran dilindungi Allah.

google
Tadaaa!! Set senduk ini ada 12 jenis sudip dapat balang untuk masukkan senduk-senduk ini juga. Korang kena rajin baca description sebab ada seller yang tak provide balang tersebut, ada juga yang jual satu-satu senduk. Depend, rajin-rajin baca okay. Lepas ini nak buat Dalgona Coffee, Milo, Oreo semua boleh. 

Siapa guna kuali ataupun periuk macam Tefal bolehlah gunapakai sudip-sudip silicon ini. If korang guna sudip besi sental pula dekat kuali Tefal, mengamuk mak kau. Siapa yang kitchen lover pasti jatuh hati dengan set senduk viral jenis silicon ini. Jangan fikir-fikir, grab je mana nak. Kesemua set ini ada 12 jenis sudip.

Main Features:
Food grade material, non-toxic and odorless, can be used directly in food.
High quality materials do not easily absorb stains, they are easy to wash.
Solid wood combined with silicone shows a modern and modern style.
Moderate size, tool head slightly smaller than daily, practical and simple.
More in line with the needs of modern kitchen.
Storage box to prevent kitchen utensils from being scattered and messy.
Wooden handle with hole design, easy to store.
The flexion does not deform, it is hard and soft, it does not damage the container.
Satisfy different culinary needs.

Package content: 
1 set of kitchen utensils
1 food clip
1 soup spoon
1 strainer
1 spaghetti tongs, 
1 turner
1 leaking shovel
1 spoon
1 brush
1 scraper
1 spatula
1 egg beater
1 storage bucket

google
Dapat je haritu, terus cuci dan pakai buat sambal Nasi Lemak. Cantik gila warnanya, bila cuci tak melekat pun warna sambal tu, tapi kalau takut melekat lepas guna cepat-cepat cuci. Kalau nak tahu, set snduk viral ini bukan je ada warna pink, ada lagi set colour lain iaitu warna hitam, mint green and terqoiuse gitu. Semua cantik-cantik tapi aku dah kenan warna pink ini hah. Sebaik tak menyesal beli. Kalau lelaki yang kenan nak beli bolehlah rembat colour hitam tu, menawan juga set warnanya.

google
Boleh refer gambar atas ini untuk pilihan warna. Aha, alang-alang Mother Days dah nak dekat bolehlah belikan mak, isteri, member korang set senduk ini. Cantik dan berguna juga kalau jadikan hadiah, lawa pun lawa. Boleh pakai lama tu paling penting. Set senduk yang aku dapat beli harganya serendah RM65, boleh dikatakan berpatutan nak dibandingkan dengan seller lain yang ada dekat Shopee. Paling penting seller ini banyak voucher diskaun korang boleh grab. 

SHOPPING SET SENDUK VIRAL DI SHOPEE
 DI SINI

Shopping Blender di Shopee

google
Shopping set blender di Shopee. Awalnya aku nak beli Oven tapi mak aku kata aku bukan rajin baking pun, lebih banyak masak je dekat rumah better beli blender. Boleh blend cili kering, bawang, nak buat juice pun macam best. So, anak yang menurut perintah, aku pun survey blender dekat Shopee. Banyak jenama, cadang nak beli Panasonic, Sharp ke tapi semua lari bajet. So aku decide beli brand Midea, one of Malaysia punya brand juga. Marilah kita sama-sama shopping barang Malaysia.

google
Blender yang aku beli ini MIDEA 1.2L Blender (250w) mbl-25PK. Ia hanya ada button ON/OFF tak ada power yang 1-5 tu, boleh slow, perlahan, laju, stop. Tak ada, just basic. But okaylah untuk kegunaan aku sorang pakai. Walaupun terkandas agak lama dekat seller, tapi puas hati juga sebab tiada cacat cela. Packaging dia elok, ada warranty 1 tahun juga dia isi siap-siap dalam kotak. Aku dah guna mesin cili kering. Not bad!Seller ini akan pos random colour, dan aku dapat colour pink juga. Okay itu aku suka, kalau dia hantar warna hijau, muka aku boleh jadi biru gaklah. Blender ini aku beli dengan harga RM52 kalau tak silap. Kalau korang nak free shipping better shopping tengah-tengah malam. Pukul 1 ke 2 macam tu. So jimat sikit paling penting guna Shopback okay. Harini last day boleh shopping Shopee guna shopback sebab Shopback annouct Shopee stop temporary guna aplikasi Shopback. Kalau aku senang nanti aku share kelebihan Shopback pula nanti.

SHOPPING SET BLENDER JENAMA MEDIA
DI SINI

Dah beli alatan dapur ini, hopefully kerajinan nak masak tu bertambah la naknya. Apa-apapun, jaga diri semua. #KitaJagaKita

Thank you for reading!

3 comments:

  1. eee cutenya kaler pink!

    ReplyDelete
  2. Comelnyaa, semua pink. Makin seronok laa masak lepas ni, alatan comel2 kan.. hihi

    ReplyDelete
  3. set tu cantiklah! blender pun sama! rasa nak beli pula.blender pun tengah rosak.. T_T

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!