Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Azwar Syuhada

Wednesday 27 May 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 | Selamat Hari Raya Aidilfitri! | Sungguhpun tahun ini tak berpeluang kerumah saudara mara, tuk saudara seperti tahun sebelum-sebelum ini tak bermakna kita tak dapat raikan hari raya. Raya still going. Banyak platform sekarang untuk memudahkan kita semua berinteraksi. Boleh video call pakai whatsapp, skype (Whatsapp sekarang dah boleh 8 orang okaylah tu kumpul ramai-ramai.

Juadah hari raya still sama di rumah aku, masih anyam ketupat, buat kuah kacang, rendang daging, kari ayam. Cuma tahun ini kuih raya semua kuih tunjuk untuk makan sendiri. Kalau sebelum ini selalu pergi solat raya di masjid, tahun ini disebabkan covic-19, pak itam aku decide buat solat aidilfitri dekat atas rumah (pak itam duduk belakang rumah), tiap kali berbuka, makan raya kami berkumpul bersama. Tiada istillah merayap ke rumah orang k. Kami bergaya pun duduk depan rumah. haha.. Feeling hari raya sangat.

Abang aku beraya dekat rumah mertua dia di Shah Alam, petang tu baru balik Klang. (KL> Putrajaya> Klang = Dikategori Lembah Klang). Boleh refer page MKN okay. Raya ini memang duduk rumah, buat aktiviti apa aku nak buat. Nikmatnya tak tahu nak cakap. Dah lah aku ambil cuti sampai Khamis, macam beraya sakan. Lama gila tak balik Klang weyh, memandangkan housemate aku tinggal sorang tak dapat balik ke kampung jauh. Sebaik time raya ini dia balik ke rumah abang dia, tak adalah serba salah nak balik.

Dalam sejarah kita beraya dalam keadaan wabak covic-19 ini. Satu picture gambar pakai penutup mulut. Anak pak itam aku sorang tu memang tak ada mood di pagi raya. Kesian budak-budak tahun ini tak dapat keluar beraya. Aku dah tua bangka feeling aidilfitri tu taklah excited mana dah. Maybe sebab dah tak dapat collect duit raya. Last aku dapat collect time mengaji dekat UniKL. 

Feeling raya sangat. Pagi tu dah la hujan. Lepas hujan reda baru kiteorang pergi depan ambil gambar. Covic covic juga, melaram di pagi raya adalah HARUS okay. Jangan kerana covic kita tak beraya. Jadi dah diarahkan duduk rumah tu duduk jerlah rumah, tak payah merayap. Dekat sejam ber photoshoot, masing-masing masuk sambung makan ketupat. Hujan pun sambung membasahi bumi. Rasanya raya pertama haritu aku menghabiskan masa keluar masuk dapur dekat 10 kali buat tawaf. Membulatlah gamaknya. Hopefully naik kerja dapat kurus balik.

Kami mengikut SOP bergambar jaga jarak, kau hado. Ini port kiteroang bergambar setiap kali raya aidilfitri menjelang. Kumpul ramai-ramai tangkap gambar, tahun ini tak ramai dapat balik, memang tiada siapa balik So bergambar kita-kita yang di rumah sahaja.

Tangga ini pun port siaran ulangan bergambar. Abang aku sampai pukull 4.00pm macam tu, kebetulan mak usu aku sampai dari KL juga, sarung baju raya semula bergambar 1 family. Maka, berkahir sudah raya pertama di rumah sendiri, keluar pergi bilik air, ke dapur, ruang tamu, halaman depan, halaman belakang. Keesokan harinya sabung rutin semula, cuma tak pakai baju raya dah. Pakai t-shir, seluar untuk mengecat. 

Tahun ini cukup bersederhana. Mujurlah aku tak kerja jauh-jauh. Kalau tak aku beraya di perantawan jugalah gamaknya. Apa-apa pun selamat hari raya korang semua. Moga covic-19 ini cepatlah nyah dari muka bumi ini. Sekali lagi, selamat hari raya!

Thank you for reading!

2 comments:

  1. SALAM AIDILFITRI dari aida utk azwar sekeluarga.
    wah, meriah la beraya dgn famili besar.
    aida braya dgn asben & anak2 je. famili ramai di lembah klang.
    raya kami hanya setengah hari je.

    moga cepat2 la covid ni dinyahkan dari bumi Allah.
    kita dpt braya semeriah yg lepas2.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya!
    walaupon raya kat umah je tp tetap meriah kan..
    raya tetap raya.. hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!