Petua Masak Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak AyamBrand - Azwar Syuhada

Friday 1 May 2020

Petua Masak Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak AyamBrand

google
 | Petua Masak Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak AyamBrand | Harini dah masuk hari ke-8 kita berpuasa, harap semua orang masih bertenaga. Semalam aku dengan housemate aku berbuka makan Nasi Lemak, Puding Roti Kastard, danjuga jemput-jemput. Alhamdulillah, kenyang. Semalam giliran aku masak, memandangkan hari sebelum tu housemate aku kenamasak seorang diri sebab kerja aku masih tak siap waktu tu. Mujur dapat yang 1 kepala.

Nak jadi kan cerita, aku dulu masak nasi selalu failed, mak aku selalu bising nasi kurang air tu sebab keras kejung. Dari leteren dia tu, hingga ke hari ada improvement dan aku pro masak nasi sekarang okay. Salah satunya, Nasi Lemak ini. Pejam mata je boleh siap. Cis, angkuhnya bercakap. Baca dalam nada gurauan okay.

Petua Masak Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak;

1) Bilas beras dengan air bersih
2) Cuci daun pandan sehelai dua, simpulkan ala bentuk reben masukkan dalam periuk yang berisi beras
3) Masukkan santan kotak AyamBrand (nak guna jenama lain pun boleh) separuh dan masukkan air biasa sikit (Nak sukat air, masukkan 1 jari korang dalam periuk, agak-agak tinggi mana beras tersebut lalu masukkan air dan santan tu tinggi beras tu.) Cubalah Insyallah, elok nasi lemak korang masak tu. Had ini korang bukan sahaja bleh praktikkan untuk masak nasi lemak sahaja, apa jua jenis nasi pun gunakanlah kaedah ini untuk sukat air banyak mana supaya tak keras.

Ada orang suka letak, halia, kononnya boleh kurangkan obesiti. Yang ianya makanlah berpada-pada bukan makan berpinggan-pinggan.

google
Inilah hasil masakan semalam. Oopss, puding roti kastard tu housemate aku dah buat siapkan pepagi tinggal hidangkan masa berbuka. Sedap, enak gila dimakan sejuk-sejuk. Lepas terawih, buka peti ais ambil makan memang padu rasanya. Nak tengok dalam jarak lagi dekat? Sat naaa...

google
Cukuplah kami berdua dalam rumah ini. Agaknya kalau semua ada dalam rumah ini meriah suasana berbuka. Gilir-gilir berebut nak masak dekat dapur.

Inilah pula juadah sampingan juga iaitu cekodok erti kata lain welcome2. Rumah aku, kalau berbuka, jemput-jemput ini tak pernah miss buat. Sebab masing-masing suka makan. Semalam bancuh sikit sahaja memandangkan dah ada puding roti kastard. Cara buatnya pun senang sahaja. Nanti ada masa aku share.

Harini, cadangnya nak masak ikan percik. Sedap haritu makan ayam percik, kali ini nak try makan dengan ikan cencaru pula. Sedap ke tak.

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Beria akak nak baca pasal petua, tapi last nya akak gelak je... almaklum akak dah lama berkecimpung dalam dunia masakan heheheh....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya puding roti custard, mkn sejuk2

    ReplyDelete
  3. seronok memasak bila terer masak kan. Kalau yang baru belajar, bila masak menjadi seronok sangat2 dah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!