Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bersambung Sehingga 9 June 2020 - Azwar Syuhada

Monday 11 May 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bersambung Sehingga 9 June 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bersambung Sehingga 9 June 2020 | Semalam Sempena Nuzul Al-Quran, sekali lagi PM kita membuat ucapan berkaitan perkembangan PKPB. Masing-masing tak sabar menanti ucapan dari PM kan? Aku juga ternanti-nanti ucapan dari beliau. Macam menanti pengumuman esok raya.

Seperti yang dijangkakan PKPB fasa 5 ini akan bersambung lagi, bukan 2 minggu tapi sebulan. PKPB bersambung sehingga 9 June 2020. Jangan sedih-sedih siapa yang tak dapat balik beraya tahun ini, masih boleh video call kan. Kita tunggu semua clear, bila dah settle semua baliklah kampung selalu. 

Walaubagaimanapun, still ada berita gembira yang disampaikan kepada rakyat dimana, negara kita Malaysia terletak di tangga ke-4  dari 105 buah negara terbaik yang mencapai tahap kepuasan hati rakyat menangani isi Covic-19. Kadar kes sembuh pun meningkat dah sekarang, zon merah dah banyak berubah ke hijau, sama-sama kita kekalkan jarak, pakai penutup mulut, guna handsanitizer untuk membanteras wabak Covic-19 ini.

Antara SOP untuk PKPB Bersambung Sehingga 9 June 2020
  • Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. 
  • Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat. - PM
  • Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat & keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu-satu masa ketika hari perayaan.
  • Tetapi tidak perlu buat jamuan besar / rumah terbuka. - Perdana Menteri @MuhyiddinYassin
  • Larangan pergerakan antara negeri kekal dalam tempoh #PKPB - PM @MuhyiddinYassin

Sungguhpun diberi kebenaran ziarah menziarahi jiran tetangga terhad untuk 20 orang, aku syorkan duduk je rumah diam-diam kita tak tahu orang datang tu bertemu/berjumpa dengan siapa sebelum kita. Mana yang dah berkampung dengan mak bapak dari awal PKP just stay. Siapa yangtak dapat balik beraya tahun ini, jangan bersedih okay. Tahun depan raya datang lagi!

Tak sampai 2 minggu umat Islam akan menyambut Aidilfitri, tahun ini mungkin ada rasa kelainan sikit. Apa-apa pun semoga masing-masing sihat dan selamat. 

Info: Telegram MKN

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!