Cara-cara Membuat Dalgona Coffee Viral - Azwar Syuhada

Saturday 21 March 2020

Cara-cara Membuat Dalgona Coffee Viral

Salam to all readers,

Harini masuk hari ke-4 kuarantin di rumah. Aku tak balik Klang pun, stay je dekat Kuala Lumpur ini. Tadi pagi aku keluar sekejap pergi office ambil laptop, balik tu terus mandi balik, siap pakej basuh baju. Mak aku pesan dah keluar, balik tu jangan terjah tilam, pergi bersihkan diri. Kita tak tahu dengan siapa kita berselisih kan. Jadi sebaik-baiknya, kita jaga sahaja kebersihan diri.

Berbalik cerita aku ke office pagi tadi, office aku area KLCC naik train turun sana, memang kosong. Orang dalam train pun sikit, boleh dibilang dengan jari. Alhamdulillah, masing-masing sudah mendengar apa kata pak menteri. Duduk diam-diam di rumah. Cadangnya tadi balik office nak masuk DIY tapi tak boleh, grocery sahaja buka sempatlah masuk beli ayam and roti buku gardenia. Merata aku pergi semua kedai habis roti buku. Perghh penangan sungguh gara-gara corona virus ini. 

Sempat juga aku masuk Caring juga tadi, cari ubat sakit telinga. Aku ini asal telinga masuk air je mulalah gelabah. Dia jadi sakit dalam telinga, doktor dekat farmasi tu suruh aku pakai eardrop (ubat titik telinga je). Okaylah beli terus, tanya juga ada jual mask. Kan susah nak dapat sekarang, alih-alih ada juga jual tadi, tapi mask premium la. 2 keping RM9.90. Hanya ada di Caring sahaja. Aku takut juga nak beli online yang orang duk jual macam pisang goreng. Wan yang kerja nurse tu mengadu dekat aku, klinik dia pun tak cukup bekalan mask. Aku beli pun 2 kotak sahaja, untuk emergency kalau kena ke tempat kerja akan datang atau keluar. 


Ini Caring cawangan Avenue K. Siapa cari mask boleh datang Caring yang berdekatan dengan korang semua. Tak semua orang patut pakai mask, yang digalakkan memakai mask ini siapa yang demam, batuk dan selsema. If korang tak ada benda alahan tu semua tak perlu pakai, seeloknya bagi orang yang lebih memerlukan. Terutama orang bekerja di sektor kesihatan. Dorang sering berhadapan dengan orang-orang sakit tu yang lebih memerlukan. Tapi ada juga segelintir manusia yang tidak berhati perut mengambil kesempatan.

Maksimum sorang boleh beli 10 je. Aku beli dua kota je tadi, in case apa-apa jadi nanti. Selesai beli barang terus naik train balik ke rumah. Perkemaskan diri dan memulakan eksperimen membancuh air Dalgona Coffee viral bersama Oyah, housemate aku. Dia bab makan minum ini no 1, aku pun suka makan. Jaga-jaga orang duduk rumah ini, ada kemungkinan besar kamu boleh didapati positif kolestrol pula nanti. Isu corona tak settle lagi ini.

Scroll twitter ramai pula orang dok share Dalgona Coffee like starbuck. So, ayuh kita beraksi membancuh Dalgona Coffee. Kita pakai apa yang ada dekat dapur. Takde mixer? Apa adahal, garfu pun ada, kena bersenam sikit la.

Cara-cara Membancuh Dalgona Coffee Viral
 Antara bahan-bahan diperlukan adalah;

1) Nescaffee (tak kisah sama ada 3 in 1 ke tak)
2) Gula
3) Air panas
4) Susu segar
5) Ais batu

 Langkah pertama: Masukkan 2 sudu nescaffee ke dalam satu bekas, diikuti 2 sudu gula dan 2 sudu air panas tadi. Kemudian gaulkan sehingga sebati. Siapa guna mixer tak mengambil masa yang lama. Memandangkan aku ada garpu sahaja, take time dekat 15 minute jugalah nak menyudahkannya.

Langkah kedua: Apabila dah sebatu, apa cawan masukkan beberapa ketul ais, diikuti dengan menuangkan susu mengikut sukatan korang nak banyak atau sikit. Akhir sekali baru masukkan Necaffee yang dah digaul sebati tadi.

Siap untuk diminum!

 Aku malas nak kacau, tu yang tak berapa nak jadi sangat. Janji, rasanya tu ada. Sedap juga! Nak dapatkan secawan ini pun azab juga nak buat.

Duduk diam-diam dalam rumah sambil pekena DalgonaCoffee Viral. Sedap juga, rasa seperti minum Cappucino Machiato gitu. Korang dah buat ke?

Thank you for reading!

#StayatHome
#PerintahKawalanPergerakan

3 comments:

  1. nasib baik x minat minum ni. kalau x, confirm tjebak 😂

    ReplyDelete
  2. but now disarankan semua untuk pakai mask demi kebaikan masing2.
    bukan disarankan, diwajibkan gtu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!