Resipi & Step By Step Brownies Kedut Nutella - Azwar Syuhada

Sunday 27 October 2019

Resipi & Step By Step Brownies Kedut Nutella

Salam to all readers,

Happy Deepavali buat mereka yang menyambut perayaan ini. Rasa macam dah lama gila tak share resipi baking dalam blog. Aku pantang juga tengok orang post makanan dalam twitter, rasa terliur tengok. Baru ini aku tengok si Azfar up gambar kek pisang. Perghhh sedap pula tengok dia review. haaha... Aku jarang beli makanan-makanan dalam online takut tak kena tekak.

Memandangkan aku nak sangat makan brownies, semalam takde buat apa lepas zohor terus aku bertukang dekat dapur pergi buat. Aku buat dekat rumah Klang la, semua bahan dah tersedia tinggal beli tepung penaik dengan buttercup je. Buat kat KL, satu benda pun takde. Satu lagi aku kuat makan benda bersalut coklat ini, so kalau p beli dekat luar brownies ini mahu cecah RM50 ke atas. Mahal bak hang. Paling tak tahan kuantiti yang agak mengecewakan. So, bagi mengelakkan kekecewaan berlaku baik aku buat sendiri. Tak sedap aku telan juga.

Resepi ini aku dapat dari blogger Amalina Nadri, aku nampak dia post dekat Ig macam sedap je. Teruslah minta resepi. Aku pun first time buat ini, Alhamdulillah jadi okay. Rasa pun sedap!!

Resepi Brownies Kedut Bersalut Nutella

 Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah;

1) Dark Chocolate 170gm
2) Salted butter 100gm
3) Serbuk koko 1/4 cup
4) Telur 2 biji
5) Gula kastor 100gm
6) Esen vanilla 1stp
7)Tepung naik sendiri90gm

Topping-decoration brownies;
1) Nutella
2) White chocolate (you can put anthing like kitkat, almond nibs or other thins you like it)

Sebelum nak mula baking, aku sukat dulu siap-siap berapa gm bahan yang nak gunakan. Asingkan letak setempat dahulu. Loyang nak bubuh brownies pun aku dah salut buttercup dan tepung sikit keliling bagi mengelakkan dia melekat dekat dalam loyang. Biar dia keluar dengan cantik sekali gitu. Cantik ke tak jom tengok!

 Cara-cara Membuat Brownies Kedut Bersalut Nutella ini;

Step 1: Sambil menyukat bahan-bahan yang digunakan. Harus panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 160dc.

Step 2: Masukkan buttercup dan dark chocolate dalam periuk or apa-apa bekas. Cairkan kedua-dua bahan ini menggunakan teknik double boiler. Agak-agak kedua-dua dah lebur, coklat pun tak ada ketulan bolehlah diangkat.


Step 3: Pukul kedua-dua biji telur pada bekas lain. Kemudian, masukkan gula Castor/perang dan esen vanilla sekali arung. Pukul sehingga sebati sampai gula hancur.


Step 4: Kemudian, masukkan dark chocolate dan butteryang dicairkan tadi sekai. Kacau sampai sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko.

Step 5: Bakar masuk oven dalam 30 atau 40 minit.





Step 6: Bila dah masak baru ak deco atasnya. Biasa orang bubuh nuttella dulu baru masuk oven. Aku punya style bakar dulu, dah siap bawa keluar kasi sejuk dulu baru bubuh nutella dan juga dark chocolate.

Dah siap!

 See, sungguhpun tangan tak berapa berseni, mujur rasanya sedap okay! Tengok kakilah kan. Jom layan gambar potongan kek brownies pula. Terliur ke tidak.


Proud yourself!

 Lihat dalam jarak yang dekat. Dekat lagi!

Bila dah ngap dalam mulut lembut je. Sebelum terlupa nak dapatkan kelembutan brownies boleh campurkan gula kastor dan perang half/half. Baru menjadi. Tapi aku punya brownies ini tak berapa nak berdekutlah maybe aku kacau lama sangat.

Apa-apa pun menjadi, rasa pun sedap. Puas hati, perut kenyang hati pun senang! Apa lagi, dah bagi resepi pergilah buat. 

Thank you for reading!


2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!