Raya Lagi?: Blooming with Illy 4.0 Raya Edition - Azwar Syuhada

Saturday 6 July 2019

Raya Lagi?: Blooming with Illy 4.0 Raya Edition

google
Credit foto: Comel facebook

It all about Raya Aidilfitri. Serius lama tak pergi event, gathering bersama-sama rakan sosial media. Maigad lama rasanya tak join disebabkan kekangan masa dan terikat dengan kerja hakiki. Alhamdulillah, sangat-sangat dapat gathering masa raya haritu di event Blooming with Illy 4.0 Raya Edition. Aku teringin sangat nak kenal kak Illy, follow pun dekat IG awal tahun ini rasanya, suka gila tengok lifestyle dia dengan anak-ananya. Dulu pikir kak Illy mesti tak layan orang cam aku ini, hahaha.. Sekali jumpa, macam kenal dah lama pula. Peramah habis kak Illy, sampai aku tahu nak borak apa.

 Ini kali pertama jugalah join event blooming with Illy. Before ini kak Illy pernah buat juga, tapi tak sempat nak sign up. Haritu scroll2 IG nampak kak Illy post event ini terus sign up, terus dapat invitation. Maigad, terharu gila kak Illy sudi jemput. Tambah-tambah cafe ini dekat gila dengan rumah sewa aku bolehlah berlenggang kangkung naik grab. Aku punyalah gigih datang awal ikut jadual, sekali aku pula orang terawal sampai, mujur kak Illy dah sampai taklah segan mana. Serius cafe ini memang awesome gila, suka tengok decoration dia, sangat santai. Bagi mereka yang bawa anak-anak pun sesuai sangat, sebab ada sudut tempat mainan kanak-kanak di belakang. Cafe ini terletak dekat area bangsar Bangsar Village, nama cafenya Upper House kalau tak silap akulah.

google

Entah kenapa aku excited gila nak join event Blooming with Illy 4.0 Raya Edition. Maybe dah lama tak jumpa rakan blogger, event ini turut dihadiri rakan-rakan Illy juga, yang best dorang semua sporting takde istillah racict malah positif vape antara dorang memang bagus weh. Bila keliling kita penuh dengan orang positif secara tidak langsung kita pun menjadi orang positif. Tak percaya cuba dekati orang-orang positif keliling korang sekarang!




google



 Jangan ditanya berat badan aku bagai dipam-pam sekarang, almaklumlah mencekik manisan banyak sangat time raya. Bukan selalu dapat makan begini. Bila dah dapat tak ingat dunia. Semua sedap-sedap belaka.

 Ditambah lagi dengan Aglio Olio Pasta + Roasted Chicken with Mushroom Sauce. Memang sedap hingga menjilat jari.


Inilah dia tuan rumah a.k.a Kak Illy yang peramah habis. Ada je sharing session yang dia nak story. Bertungkus lumus jugalah kak Illy ini nak buat gathering ini tau, walhal dia baru sahaja balik bercuti dari Thailand haritu, penat pun tak hilang lagi.Siapa nak kenal kak Illy boleh follow ig dia terus--- @illy
Baru perasan tudung comot makan coklat. Apapun nak gak selfie satu kali dengan ciklily putih ini. Selalu jumpa dekat event tak pernah tegur. K bye. hahaha

 Hi mirian!
Siapa tak kenal yang ini, kak yayanatsumi. Masing-masing yang join event ini dah berumah tangga, aku je datang bawa diri. Apa ada hal, dorang pun semua baik-baik belaka, sempoi je.

 Hi akak comel! Tak pernah jumpa pun sebelum ini, cam dia pun sebab follow ig & facebook. Peramah gak akak ini, ada rezeki jumpa lagi lain kali.

Kak Diya kata dia taknak duduk depan nanti nampak besar, jadi aku merelakan diri untuk melambakkan pipi aku sendiri dalam screen phone pun boleh. 

Finally, terubat juga rindu nak turun event jumpa hampa semua. Bila orang invite tak dapat pergi jadi serba salah. Kita ingat waktu tu free, tup-tup kena stayback dekat office. huh! Apa-apa pun thank kak Illy atas jemputan raya ini. Seronok sangat jumpa semua orang. Next time please repeat lagi. hahaha

Bagi mereka yang nak buat birhday party ke gathering dengan member cafe ini teramatlah sesuai sekali. Nak buat tempahan pun boleh. Nak tahu lebih lanjut kena follow @upperhousekitchen punya facebook.

Thanks you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!