Persiapan Hari RayaAidilfitri 2019 selepas Berkerjaya - Azwar Syuhada

Sunday 26 May 2019

Persiapan Hari RayaAidilfitri 2019 selepas Berkerjaya

Hi uoalls!

Hari Raya kali ini aku sudah bekerja. Yes, sudah ada pekerjaan tetap. I have my own money. Bila dah ada duit sendiri macam-macam keinginan yang hendak dibeli dan dalam pada masa yang sama rasa lokek dalam diri aku masih ada lagi. Masa aku belajar dulu segala perbelanjaan ataupun persiapan hari raya banyak makcik aku yang tanggung, jadi agak limited jugalah nak membeli.

Bila dah ada duit sendiri ni, bak kata orang macam pulas air dipaip laju gila keluar. Tapi dek kerana sifat lokek aku masih kuat menguasai minda aku dapatlah aku berbelanja secara berhemah. Aku akan beli kalau betul-betul benda itu menjadi keperluan pada aku. Baju raya aku memang tempah awal dekat tukang jahit kampung aku. So takde risau sangatlah. Kalau nak beli baju mahal-mahal pun aku terus pergi ke butiknya terus.

Aku bukan spesis yang rajin nak turun PWTC tinjau baju-baju dekat Mood Republic nu. Aku pernah pergi sekali dan serik tak nak pergi dah. Sedat padat, bersesak, memang tak kuasalah dek aku. Tambah serik, bila aku pernah beli baju online, baru pakai sehari dah carik. Masyallah sabar jerlah. 

1) Baju Raya 2019

Baju raya aku tahun ini 3 pasang sahaja, 1 jubah, 1 kurung moden, 1 macam kurung pahang moden. Ketiga-tiga pasang ini aku tempah dekat BB (tukang jahit dekat kampung aku). Puas hatilah, deposit pun aku bayar RM10 je. Bila baju dah siap baru bayar habis. Konon nak beli sepasang lagi yang dah siap. Pikir-pikir balik tak payahlah, karang pakai 1 kali sahaja.


2) Kemas Rumah

Memandangkan aku kerja dengan company Cina, cuti raya takde mewah mana. Nak mewah, kena buat cuti sendiri. Tapi lepas raya karang aku gigit jari pula nanti. Syukur jugalah kampung aku tak jauh mana. Duduk perantauan di bandaraya Kuala Lumpur, balik kampung di Telok Panglima Garang (Klang). 

Boleh dikatakan, tiap-tiap minggu aku balik rumah Klang sungguhpun Sabtu kerja. Gigih balik naik bas. Tolong mak aku kemas rumah apa yang patut. Lap kipas, cuci aircond, basuh langsir, sapu halaman rumah semua. Dah completelah rasanya, next week je aku tak balik. Aku terus balik malam raya.  Bab kemas rumah memang aku jerlah buat tiap-tiap tahun. ALhamdulillah semua selesai sudah pagi tadi. Next week, mak aku dah boleh gantung langsir dan tukar cadar barulah lagaknya.

Aku teringat masa aku belajar UniKL, geng pula dengan member-member yang duduk jauh. Bengang je dorang aku balik klang tiap-tiap minggu. This year dorang lah palin happy kot dah stay dengan family. hahaha..

3) Duit Raya

Hurmm... Agak-agak tahun ini nak bagi duit raya berapa ringgit sorang? Mujurlah anak buah aku 1 orang je. Adik aku kena ugut, kalau nak duit raya aku suruh dia tunjuk prestasi yang baik-baik depan mata aku. Rindunya nak kutip raya dekat rumah orang. Tahun ini macam dah tak dapat dah rasanya. Dulu-dulu kita menjadi penerima, sekarang kita pula menjadi pemberi. Maigad!! Dah tua rasanya.

Duit raya biarlah menjadi rahsia. Duit raya aku minta tolong kawan abang aku yang tukarkan. Memandangkan dia kerja bank. Senang kan? Jimat masa dan tenaga takyah pergi beratur.

Apa-apa pun, jangan lupa bayar zakat okay!

Thanks for reading!

5 comments:

  1. wahhh semangatnya nk rayaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Dan nanti bila dah berkahwin lain lagi rentak berbelanja dan urus kewangan..kedekut untuk kebaikkan itu bagus..demi berjaga-jaga dan masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. seronok dah ada duit sendiri kan.. best nak berbelanja.
    dan rasa macam yahoo dewasa sangat sebab dok banje orang tolong2 orang..

    ReplyDelete
  4. bestnya dah kerja, dah ada duit sendiri. siap boleh bagi duit raya kat orang lagi. hihi. tak sabarnyaaa nak macam tu jugak! btw selamat hari raya azwar :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!