Percutian 5 hari 4 Malam di Seoul, Korea [Part 1] - Azwar Syuhada

Saturday, 13 April 2019

Percutian 5 hari 4 Malam di Seoul, Korea [Part 1]

Hi!

Siapa sini layan drama korea? Kita geng! Aku baru sahaja khatam episode drama bersiri Touch Your Heart lakonan Lee Dong Wook. Aku bukan nak cerita tentang drama tersebut cuma pandangan aku tertumpu pada kepesatan dan kesibukan ibukota Seoul, Korea, kecanggihan pegangkutan awam seperti keretapi dan bas.melihat masing2 tekejar2 untuk naik pengangkutan awam.nak  dijadikan cerita akhirnya aku sendiri mengalaminya disana ditengah kota Seoul cuti sekolah baru ni  aku berpeluang kesana bersama mak, adik dan moksuaku. Happening betul rasanya.cuaca waktu sampai tu kira oklah tak hujan.

Aku berangkat ke Seoul, Korea pada 25/4/19 flight malam, lagi teruja bila buat pertama kali menaiki pesawat Korean Air sendiri. Maigadd cantik betul pramugarinya. Kira-kira pukul 6.00 pagi baru sampai Seoul. Dari Airport nak ke Seoul station jauh juga rasanya (lebih kurang 2 jam naik train). Semua benda moksu aku dah aturkan, aku just follow the flow je. Tak dann nak buat research. 



Kalau diikutkan plan nak ke Korea ini tak dirancang pun. Entah macam mana moksu aku buat rancangan hujung bulan 1 haritu, dia tanya annual leave aku ada berapa. Kalau amek cuti lama lepas ke? So aku tanyalah boss aku dapat ke tidak, entah macam mana dia luluskan cuti aku. Semua berjalan smooth je gitu. Boss aku bagi green light, moksu aku teruslah book tiket ke Korea. AKu punya semangat siap beli beg baru nak Korea. Biasalah pergi 5 hari, bawa barang macam nak pindah Korea. Habis membebel adik aku. 

Sampai-sampai sahaja di Airport, singgah sini mandi siap-siap. Comel betul bilik airnya. Tak tahan bila sampai korea, air paip dia macam air ais, kalau air panas dia macam air mnggelegak air panasnya. Sabar sahajalah. Dah siap-siap, barulah berangkat ke bandar Seoul menaiki train (KTX train).

Muka excited dah sampai bandar Seoul, banyakkan bagasi kami nak shopping punya pasal. Moksu aku dah biasa travel dan dia jarang pakai travel agensi semuanya sendiri. So sepanjang kami menetap di Seoul ini kami duduk di apartment sekitar Seoul station ini juga (lebih kurang macam homestay gitu). Besar dan selesa cukuplah untuk kami berempat. Waktu aku pergi ini takde salji pun tapi sejuk dan nak masuk spring.

 Inilah dalam apartmentnya, ada dua size katil king, dapur, meja makan, toilet, (iron baju turut disediakan). Sampai-sampai sahaja di apartment letak barang, berehat-rehat sekejap. Lepas solat zohor baru bergerak ke Myeongdong, street. 

Berjalan-jalan di Myeongdong, Street

 Hari pertama adalah hari bebas so boleh pergi mana-mana nak pergi makcik aku kata. Rata-rata pasti dah tahu Myeongdong, street adalah tempat gedung membeli belah yang cukup popular di Seoul, Korea. Jalan sini ibarat jalan dekat area Petaling Street. Memang padat dengan orang. Kami dekat sini 100% naik public transport dan berjalan kaki. Rata-rata orang sini memang jalan kaki tak kira muda mahupun orang tua. Aku yang muda ini pun tak terlarat nak jalan kaki. Sakit yaa ampun. 

 Memandangkan, aku pergi kesana time waktu cuti sekolah jadi ramailah orang Malaysia yang datang bercuti ke sini. Masuk Myeongdong Street ini, sebut produk kecantikan apa ko nak masuk, Inisfree, Etude house, Faceshop, Natural Republic, Skin food, semua ada. Kedai skincare Inisfree dekat Seoul ini macam kedai 7E dekat Malaysia. Mana taknya, dia ibarat depat rumah kau dah ada 7E tapi bila kau pusingjalan belakang ada lagi kedai 7E. Bersepah-sepah. Aku datang sini memang borong mask muka sahajalah lagaknya.



 Selain mask muka aku juga tidak lepaskan peluang untuk memborong pin tudung. Area sini jugalah, kalau korang masuk rasa taknak keluar sahaja. Semua nampak cantik, bersinar-sinar permatanya.

 Ada yang 1 batu+ 1 won sahaja. Berwon2 jugalah duit aku melayang beli batu permata ini. Aku spend duit shopping around 700 ringgit duit Malaysia. Mujurlah tak habis guna pun. 


Dah puas shopping area Myeongdong ini perut pula terasa lapar. Ada juga makan halal yang terdapat area Myeongdong ini salah satunya kek ikan (Taiyaki). Kami turun ke Myeongdong, street ini kira awal banyak gerai-gerai makanan tak buka lagi.


 Sedap juga Taeyaki inti pisang dalamnya. Makan panas-panas lagi aumm la orang kata.


 Ini macam isi ketam, besar dan sedap!

Paling excited makan aiskrim tinggi-tinggi ini, baru 4 kali suap dah menjamah muka bumi. Lepas tu menyalahkan aku yang jatuhkan padahal dia yang makan. Dah puas meronda-ronda, kami teruskan perjalanan ke Menara Seoul. Kalau KL orang excited nak pergi KLCC kan? Sini, Menara Seoul, detik-detik Lee Min Ho bertemu dengan Geum Jan Din (ehh ada ke scene dorang dekat sini).

Keindahan Seoul, Tower

Perjalanan dari Myenongdong ke Seoul Tower ini kira-kira sejam jugalah perjalanannya. Seoul, Korea ini ingatkan kecik rupanya besar. Ikutkan memang tak puas jalan 5 hari percutian di sini. Seoul, Tower kira atas bukit. Dah sampai kena mendaki pula lagi. Dekat sini jugalah tempat key lock lover semua tu ada. 




Mak aku excited juga sampai sini, tapi lihat muka kepenatannya berjalan kaki. Pada awalnya malas nak naiklah Menara Seoul ini. Dah alang-alang sampai naik jerlah, walaupun kaki dah sakit.



 Aku tak ingat tiket nak naik ke atas berapa. Awal-awal sampai Seoul takdelah rasa sejuk sangat tapi bila nak menjangkau malam terasa kesejukkannya. Kalau datang ke Seoul, Tower jangan lepaskan peluang bergambar di setiap sudut. Semuanya cantik. Lagi-lagi di tempat tinggi terserlah keindahan bandar Seoul, Korea.

Finally dapat juga bergambar dekat sini walaupun takde lock kunci dengan mana-mana orang. hahaha.. Asal ada kan? Selepas melawat menara kami menaiki bas untuk ke Seoul Stastion, berjalan dan turun naik tangga lagi. Memang seronok melawat tempat orang tapi kaki aku dengan memang sakit bejalan banyak sangat. Selepas turun keretapi kami bejalan umpana naik bukit turun bukit untuk pergi kekedai makan muslim area Itaewon. Masing-masing muka kepenatan dan kelaparan, mujur makanan yang hidangkan taklah mengecewakan. Selepas makan bejalan balik ke station untuk ambik keretapi utk balik ke apartment.

Sampai-sampai sahaja diapartment masing-masing tidur dalam kepenatan + kekenyangan. Maka berakhirlah episode 1 di bandar Seoul, Korea. I will continue in the next chapter. 

Thank you for reading!

5 comments:

  1. Yeayyy Korea! Memang ada dalam list nak pergi tapi tak sempat lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Aku nak update pasal Japan pun tak berjaya lagi weh, kau dah selamat episode 1 Korea hahahah.

    ReplyDelete

  3. Salam Sejahtera,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

    Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.

    Salam perkenalan dari kami Team Naracards.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!