Promosi Back To School Bersama Sunfeet! - Azwar Syuhada

Thursday 29 November 2018

Promosi Back To School Bersama Sunfeet!

Salam to all readers,

Ahad lepas aku berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehabilition Centre di area Petaling Jaya untuk mendengar sesi ceramah berkenaan kesihatan kaki. Asyik jaga muka sahaja terlupa pula dengan kesihatan kaki. Aku percaya mesti ada diantara anda juga yang masih tidak sedar akan kepentingan penjagaan & kesihatan kaki di sini. Kaki ini memainkan peranan penting pada tubuh badan manusia kerana dengan adanya kaki membolehkan manusia untuk berjalan dan melakukan rutin akiviti harian. Memandangkan, minggu lepas aku dapat pergi sini, apa kata aku kongsikan serba sedikit berkenaan penjagaan & kesihatan kaki yang dikongsikan oleh Sunfeet.


Satu perkara yang aku sendiri baru tahu setelah berkunjung ke Sunfet International Rehabilition Cetre adalah perihal pemilihan kasut selama ini mempengarui kesihatan kita. Aku pasti bukan aku sorang sahaja tidak tahu mengenai ini, anda juga kan? Selama ini, kalau beli kasut asal sedap sarung, terus sahaja beli. Kalau anda nak tahu, pemilihan kasut yang salah boleh menjejaskan kesihatan kita berpanjangan seperti otot, sendi, tulang belakang, lutut dan macam-macam lagi.

Datuk Dr. Edmund Lee memberi penerangan mengenai kesihatan dan penjagaan kaki. 

Untuk pengetahuan anda, bagi kanak-kanak yang berusia 0-4 tahun yang mengalami masalah tapak kaki tidak normal masih boleh mendapatkan rawatan jenis orthotic ataupun memberikan jenis kasut yang lebih selesa dan sesuai dengannya. Manakala, bagi kanak-kanak yang berusia 5-12 tahun kemungkinan besar agak sukar untuk diperbaiki sekiranya mengalami masalah tapak kaki. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menghantar anak-anak untuk melakukan pemeriksaan kaki sejak kecil lagi bagi mengelakkan anak-anak cenderung mengalami masalah tapak kaki.


Andai kata anak anda tidak mengalami masalah tapak kaki yang serius sekalipun, ada baiknya juga ibu bapa membelikan kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki serta keselesaan buat anak-anak agar mereka dapat melangkah melebihi 10 jam setiap hari.

google
 Pelbagai jenis kasut yang direka khas untuk keselesaan tapak kaki anak-anak.


Berita baik buat ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah!! Kini Sunfeet International Rehabilition Centre sedang mengadakan promosi ‘Back To School’ khas buat anak-anak ataupun pelajar sekolah yang akan bersekolah pada awal tahun 2019. Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, lagi best korang serbu pusat Sunfeet ini. Mana tidaknya, pelbagai jenis kasut yang dicipta dan disesuaikan dengan setiap jenis kasut dekat sini betul-betul selesa untuk dipakai buat anak-anak. Siapa yang suka shopping kasut, boleh datang sini sendiri dan rasai sesuatu kelainan dan keselesaan yang dibawa khas oleh Sunfeet. Kasut sekolah yang ditawarkan oleh Sunfeet ini memang direka khas untuk memberi padanan & keselesaan yang bersesuaian mengikut bentuk serta ciri-ciri tapak kaki anak-anak anda.

Google



Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai pilihan jenis reka bentuk & saiz kasut sekolah Sunfeet yang didatangkan dengan rekaan dalaman khusus untuk beri keselesaan pada kaki anak-anak supaya mereka tidak cenderung menghadapi masalah kesihatan kelak. Dekat sini, bukan kasut murid biasa sahaja ada, sekiranya anak-anak anak ber tittle pengawas, kasut berwarna hitam juga terdapat di Sunfeet ini. Memang rambang mata jugalah bila berkunjung ke Sunfeet ini, pelbagai pilihan kasut dengan rekaan yang eksklusif dan yang paling pasti ia memberikan keselesaan buat kaki anak-anak anda sepanjang bersekolah nanti. Rasa nak kembali alam persekolahan pula sudah!



Kemain panjang lebar bercerita mengenai kasut dan tapak kaki tadi, terlupa pula nak memperkenalkan Datuk Dr. Edmund Lee ini pada anda semua. Kalau aku tak ke Sunfeet minggu lalu, memang aku tak akan tahu punya akan kepentingan tapak kaki ini. Datuk Dr. Edmund Lee inilah yang berkongsi ilmu mengenai kesihatan dan jenis tapak kaki kepada tetamu yang hadir pada minggu lepas. Memang segala perkongsian ilmunya cukup padat terutama mengenai jenis tapak kaki dan komplikasinya kepada badan kita. Kalau anda semua nak tahu, Datuk Dr. Edmund Lee merupakan seorang doctor pakar Orthothic yang telah diiktiraf, senang cerita beliau seorang doctor pakar perunding kesihatan kaki di Sunfeet International Rehab Centre ini. Bukan calang-calang orang Dr Edmund ini, kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Orthothic ini dan beliau turut menerbitkan sebuah buku mengenai kesihatan kaki dan kerap juga muncul di kaca television. 


Bertambah menarik lagi di Sunfeet ini, bilamana di sini mereka menggunakan sistem taksiran biomekanik yang unik iaitu satu sistem yang direka khas oleh Datuk Dr. Edmund Lee sendiri bagi menilai serta mendiagnosis masalah anggota bawah dan masalah biomekanik pesakit.

 Excited buat pemeriksaan kaki secara PERCUMA!

Malah disini, anda berpeluang membuat pemeriksaan kaki secara PERCUMA!! Serius tak tipu, Sunfeet menawarkan pemeriksaan kaki secara PERCUMA sahaja. Tak perlu bazirkan duit yang ada, datang sahaja ke Sunfeet dan lakukan pemeriksaan kaki secara PERCUMA. Tak sampai 15 minit, anda dah boleh tahu jenis tapak kaki anda kategori apa dan masalah yang anda selalu alami pun mesin tu dapat detect. Teknologi dah semakin canggih katakan!

Hasil daripada pemeriksaan minggu lalu, kategori jenis kaki aku adalah High Arch dimana beban banyak ditambung pada bahagian tepi waktu berjalan. Secara tidak langsung, tekanan beban ini boleh mendorong aku mengalami sakit pada tulang belakang seandainya menyarung kasut yang tidak bersesuaian. Ngerinya dengar, lepas ini kena berjinak-jinak untuk lebih peka dalam pelihan kasut yang lebih bersesuaian.


Apa tunggu lagi, jom pakat beramai-ramai datang ke Sunfeet International Rehabilation Centre sempena Promosi Back To School dan yang paling penting dapatkan pemeriksaan kaki secara PERCUMA!

Untuk makluman lanjut, boleh layari;

Sunfeet International Rehab Centre




No. Telefon: 013-9122939
Waktu Operasi: 10.00am- 7.00pm

Alamat: 18, Jalan19/1, Seksyen 19 Petaling Jaya,46300 Petaling Jaya, Selangor

Thank you for reading!


1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!