Food Review: The Best Hidangan Panas Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya - Azwar Syuhada

Saturday 13 October 2018

Food Review: The Best Hidangan Panas Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya

| The Best Hidangan Panas Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya | Baru-baru ini aku lepak bersama blogger di Cyberjaya di sebuah restoran. Bab mengopi di kedai makan memang aku laju, tambah-tambah aku memang kuat makan dan suka merasa sesuatu yang baru lagi rare. Pantang nampak makanan depan mata, mata dah bersinar-sinar melihat hidangan depan mata. 

Tempat sedap, port menarik, takkan tak nak share pula kan? Sebenarnya kedai ini baru sahaja mula beroperasi, aku pun pertama kali datang sini. Nama restorannya agak unik, iaitu Restoran Mangkuk Ayam, sekali pandang macam mangkuk ayun pula. Dua kali pandang, baru perasan Restoran Mangkuk Ayam. 


Boleh tahan makanan dekat sini, dan aku pun dah bookmark kedai ini mesti dalam list aku kalau berkunjung ke Cyberjaya. Restoran Mangkuk Ayam ini agak unik dan rare sekali bilamana ia mendekorasikan restorannya sendiri dengan pinggan mangkuk yang ada gambar ayam. Tambah-tambah dengan dinding yang menggunakan batu-bata. Agak klasik gitu plus sentimental value. 

Bercerita soal makanan pula, pelbagai hidangan menarik korang boleh cuba dekat sini, antaranya Asam Laksa, Mee Rojak, Rojak Sotong, Mee Kari, Bubur Ayam,  Kuey Teow Sup Ayam, Rojak buah dan macam-macam lagi. Jom lihat, hidangan yang aku jamu baru ini di Restoran Mangkuk Ayam baru ini. 

MEE KARI | RM11.90 

Mee Kari ini salah satu hidangan yang terdapat di Restoran Mangkuk Ayam ini. Kepekatan kuah kari ini menaikkan lagi seri menu ini sendiri. Dengan kehadiran bebola ayam yang besar memang sedaplah dijamu begitu sahaja.

 ASAM LAKSA | RM11.90

Ini pula, hidangan Asam Laksa. Kepekatan kuahnya cukup rencah orang kata. Memang sedap baq hang! Tambah-tambah dengan hirisan sayur, bawang, nenas, cili yang dihiris dengan cukup halus dan masih segar lagi walaupun terendam terlalu lama. Yang bestnya bila suap ke dalam mulut terasa "kruncy" lagi bila kunyah bawang dan nenas. 

KUEY TEOW SUP AYAM | RM11.90

Selain itu, hidangan kuey teow sup ayam juga turut disajikan di sini. Bestnya, portion makanan dekat sini banyak, sorang makan belum tentu habis. Harus kongsi dua orang!

google

BUBUR AYAM | RM8.90

google
 ROJAK AYAM | RM10.90

Rata-rata makanan disini lebih kepada mee, sekiranya korang peminat tegar mee bolehlah datang ke mari. Satu lagi makanan yang perlu korang cuba bila datang sini adalah rojak ayam ini. Perghhhh, rasanya memang PADU!! Kuah kacangnya pun tak terlalu kasar dan tidak terlalu halus, kepekatan kuahnya memang cukup rasalah orang kata. Ketlan ayam yang besar-besar memang enaklah makannya. Sampai sekarang, masih terasa-rasa keenakan rojak ayam ini.

 MEE ROJAK SOTONG | RM11.90

  TAHU SUMBAT | RM7.90

Jangan risau dekat sini juga turut menyajikan sajian nasi. Ada dua jenis hidangan nasi yang korang boleh cuba dekat sini iaitu "NASI KARI AYAM" dan juga "NASI RENDANG DAGING". Aku dah pekena nasi rendang daging, memang sedap!! Cuba sambal nasinya agak sikit, kalau letak banyak sikit lagi sedap kot! Aku memang kuat makan sambal walaupuntak tahan pedas.

 NASI KARI AYAM | RM12.90

 NASI RENDANG DAGING | RM13.90

PECAL SAYUR | RM7.90

 KARI BEBOLA AYAM | RM10.90

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menjamu mangga ais dan juga laicikang sebagai pencuci mulut. Dah sedap-sedap nikmati makanan berat, apakata cuba dua menu ini. Not bad jugalah!

MANGGA AIS | RM7.90

ROJAK BUAH |  RM7.90
Selain makanan sini sedap, aku juga tertarik dengan dekorasi kedai ini.Nak senang korang park sahaja kereta di level P1, masuk sahaja depan my news dah nampak restoran ini. Bagi aku range harga makanan dekat sini tidaklah terlalu mahal "standard price". Hidangan makanan sedap, kalau mahal pun takpe, orang puas hati!

Servis dari orang-orang restoran mangkuk ayam ini juga cepat dan elok. Tak sampai setengah jam makanan yang diorder dah sampai dan masih panas ok! 



Kemeriaahan suasana restoran mangkuk ayam di D'Pulze Cyberjaya. Sambil menikmati makanan di sini korang juga boleh  lihat gelagat orang ramai lalu lang. hahaha...


Kenyang perut, hati pun jadi senang. Terima kasih owner kedai kerana sudi mempelawa aku datang makan. Memang puas hati, pergi petang, kenyang sampai ke malam. Sampai sekarang, terasa-rasa keenakan rojak ayam dan asam laksanya. Bagi mereka yang ke Cyberjaya mahupun penduduk di sekitar Putrajaya bolehlah datang ke sini untuk merasa sendiri keenakan dan keunikan Restoran Mangkuk Ayam ini. Aku puji bukan sebab dipelawa datang makan sini semata-mata, tapi memang hidangan di sini memang SEDAP belaka. Kena dengan tekak aku.

Sure punya, korang pun rasa nak datang lagi! Sangat-sangat recommended korang datang ke sini andai kata nak bersantai minum petang atau ingin menikmati hidangan panas lagi meleleh gitu!

Untuk maklumat lanjut boleh layari;

RESTORAN MANGKUK AYAM MALAYSIA

Alamat: P10, D'Pulze Shopping Cenre Cyberjaya

Facebook: www.facebook.com/MangkukAyam

Waktu beroperasi: Isnin - Ahad (11.00am - 10.00pm)

Thank for reading this entry!

1 comment:

  1. Kenapa menu dia semua sedap-sedap ni. habislah kalau datang sini rambang perut nak makan apa..huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!