JOM BERZAKAT @zakat.com.my - Azwar Syuhada

Wednesday 15 August 2018

JOM BERZAKAT @zakat.com.my

google

| KEMPEN JOM BERZAKAT @zakat.com.my | Berita baik buat anda semua terutama pada mereka yang duduk di kawasan Wilayah Persekutuan. Jeng..jeng..jeng.. Untuk pengetahuan anda semua, Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ-MAIWP) baru sahaja melancarkan satu kempen khas iaitu kempen pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP - Jom Berzakat @zakat.com.my. Menariknya, sekarang orang ramai dah boleh start membayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP dan anda turut berpeluang rebat hadiah yang cukup menarik. Kempen ini baru sahaja berlangsung daripada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (3 bulan berturut-turut ini).


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat untuk tunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Kini, pembayaran zakat boleh dibuat menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.


Pelancaran Kempen Jom Berzakat @zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, turut hadir, Pengarah Seri Group Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd. Encik Muhammad Khalif Samsudin. Sejajar dengan pelancaran kempen ini, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan media sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP.

Antara objektif lain kempen ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di WIlayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

google

Bagi menggalkakan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada Serigroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 ini dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan ini akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti. Rebut peluang menangi hadiah menarik ini!

Apa tunggu lagi, Jom Berzakat @zakat.com.my

1 comment:

  1. lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!