My 2017 Planner | Planner Muslim yang Berpatutan - Azwar Syuhada

Friday 30 December 2016

My 2017 Planner | Planner Muslim yang Berpatutan

Salam to all readers,

Alhamdulillah, harini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 2016. Diam tak diam dah nak masuk 2017. Begitu cepat masa berlalu, teringat awal tahun haritu masa mula-mula melangkah masuk universiti, berkenalan dengan kawan baru, dan tahun 2017 ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di universiti. Perghh, kejap sahaja rasanya, tak sabar nak menempuh alam pekerjaan pula. Bila dah tempuh alam pekerjaan, mulalah teringat alam belajar. Jadi, nikmatilah masa belajar ini puas-puas!!

Jujur aku cakap, hampir suku juga impian dan target aku telah terlaksana pada tahun 2015/2016. Hopefully, tahun 2017 kali ini akan mendorong melunaskan impianku yang masih belum dapat digapai. Yang paling aku tak sangka-sangka adalah target untuk memakai braces, cadangnya bila dah kerja baru nak pakai, namun Tuhan makbulkan doa aku dengan segera. Syukur sangat wei, hutang gigi pun tinggal berapa sen sahaja lagi. Alhamdulillah, syukur tak terkata.

Bercerita perihal hala tuju, target dan impian sudah pasti kita perlu ada perancangan kan? Memang tiap-tiap tahun, aunt aku akan bagi planner, namun aku ini terlampau rajin, bila ingat barulah terhegeh-hegeh nak catat. Sudahnya, aku catat dalam phone sahaja. Sekarang nak catat dalam phone pun susah, selalu memory asyik full memanjang. Geram jugalah tak boleh nak save apa-apa. Baru-baru haritu, aku ada terjumpa 1 ig ini yang menjual planner 2017, tengok feedback dari customer pun macam best je! Aku teruslah DM tanya harga planner tersebut, memang tak jangkalah harganya hanya serendah RM30.00 sahaja! Biasanya kalau singgah kedai TYPO, harga planner tak cecah RM60 dan ke atas memang tak sah. Aku suka masuk sini, tapi tak pernah beli pun, hanya ambil inspirasi sahaja. hehehe..

Disebabkan, misi, target, dan impian aku semakin bertambah jadi aku harus ada 1 planner untuk tahun 2017 kali ini. Berharap kali ini tidak lagi hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jom tengok apa menarik planner 2017 dari bukumasa.

Simple, tapi isi dalamnya penuh warna warni menaikkan lagi semangat untuk melangkah ke tahun baru 2017. Alhamdulillah, parcel planner 2017 ini aku dapat dalam keadaan elok lagi, tidak keronyok. Walaupun ianya hanya helaian kertas, menjadi atau tidak perancangan kita, harus ada target dalam hidup ini. Masa aku beli planner ini, percuma bookmark bukumasa sekali! Cantik sangat!


Bukak-bukak sahaja, dah dihimpunkan dengan kalender yang berwarna-warni, belakangnya calender ini disertai sekali dengan list holiday guys! Siapa tak suka holiday kan? Kalau waktu zaman sekolah kalendar ada warna kuning hujung tahun tulah yang ditunggu-tunggu, sekarang? nan hado guys.



Ke mana destinasi percutian kita untuk tahun 2017 kali ini? Bolehlah buat perancangan sekarang di sisipan Travel Log. Lukisan di muka surat sebelah pun dah menarik perhatian.

Ada juga part medical checkup, fitness, recipe, notes, untuk rutin harian kita. Malah turut, ada sisipan bajet kewangan, tahun ini punya perancangan kalau boleh sehari aku menabung RM1 untuk bulan 1. Bulan 2 RM2, bulan 3 RM3, dan seterusnya. Harap menjadilah. 


Yang bestnya, bukumasa turut sediakan sticker untuk memeriahkan lagi planner tahun 2017 kali ini. Nak tambah menarik lagi, boleh beli seletib corak-corak dekat daiso or popular untuk lekatkan dalam planner 2017 ini. 

Bila nak masuk tahun baru ini, semangat pun mestilah kena bertukar. Apa yang aku tak capai lagi tahun lepas akan kusambung target tersebut pada tahun baru ini 2017 dengan beberapa penambahan target lain. Moga tahun baru kali ini, sifat malas bertukar menjadi rajin, yang melopong-lopong tu perlulah diisi dengan sebaik mungkin, yang mana tak tercapai lagi, akan kuusahakan untuk cuba dapatkan. Moga tahun baru kali ini, lebih baik dari tahun sebelum ini, moga dilimpah dengan kehidupan yang lebih berwarna-warni.

Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, dilimpah rezeki yang banyak, yang paling penting memberi manfaat pada semua orang. Apa-apapun selamat tahun baru pada korang semua! Kalau takde aral melintang, aku sambut tahun baru di KL sahaja, memandangkan minggu depan nak balik juga!

p/s: Jika korang berminat dengan planner macam aku ini, bolehlah beli menerusi instagram bukumasa.

20 comments:

  1. canteknya buku planner, gegadis sgt bukunya!

    ReplyDelete
  2. Selamat merancang! Cantik dan menarik planner tu :)

    ReplyDelete
  3. murahhhhh <333 lawaaaa pun lawaa heee

    ReplyDelete
  4. Dah ramai buat planner rupanya..sy pun dah ade..by shakina farhan..nnti share deco ya! :-)

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut tahun baru :)

    ReplyDelete
  6. Layout dalam dia comel dan menarik
    Cik Kumbang pun dah beli sama macam fasha (^_^)

    ReplyDelete
  7. blog azwar dh berwajah baru! kemas! busyra mmg suka tngok blog berlatarkan putih. <3

    ReplyDelete
  8. singgah

    perfectnya planner tuh..suka!

    ReplyDelete
  9. hoii! blog makin cantik! akak mmg tgh cari planner macam ni...exactly what I need...sbb akak nak yg belah kalender dia boleh conteng byk benda...senang..

    ReplyDelete
  10. eeee bestnya planner ni ! anis ada juga satu . tp diy ^__*

    ReplyDelete
  11. happy new year, moga azam 2017 tercapai dgn melupakan planner 2016.

    ReplyDelete
  12. cantiknya planner ni. yg pling win sticker tu. :)

    ReplyDelete
  13. Planner yg menarik... Semoga lebih berjaya tahun nie...

    ReplyDelete
  14. hi, saya singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete
  15. wahhh comelnyaa emojii tuuuu =D

    ReplyDelete
  16. wahhh menarik nie. rasa nak beli planner baru je :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!