Super Duper Jimat 3x500ml Cetaphil Gentle Skin Cleanser RM120 di Watson - Azwar Syuhada

Tuesday 30 August 2016

Super Duper Jimat 3x500ml Cetaphil Gentle Skin Cleanser RM120 di Watson

Salam to all readers,

OMG!! Dah nak dekat-dekat merdeka, macam-macam promosi kita nampak. Sampai rambang mata, semua benda nak dibeli. Siapa je yang tak suka promotion kan? Kalau free, lagilah orang suka, sanggup beratur awal pagi tu. Penangan jualan murah katakan. 

Yes, baru-baru ini aku ada nampak sabun pencuci muka yang aku guna sekarang ada buat promotion. Siapa tak suka, pencuci muka 500ml tiga botol boleh dapat dalam harga RM120 je tau!! Kalau takde promosi memang sakit jugalah engkau nak membelinya. See, pencuci muka yang satu botol sederhana besar tu pun dekat RM30, kau rasa? Tak sakit kocek.. Nak cantik punya pasal, pejam mata sajelah. 

google

Aku memang jenis kulit yang sangat-sangat sensitif, dulu ada pakai pencuci muka farmasi apatah namanya C+ kalau tak silap aku. Lepas tu, aku ada terbaca banyak doktor syorkan pada wanita-wanita yang kulit sensitif gunakan pencuci muka yang aku guna sekarang. Tak lain dan tak bukan of courselah pencuci muka CETAPHIL! Mula-mula, apply haritu rasa tak bersih sahaja sebab sabun ini jenis yang takde buih. Kau applylah banyak-banyak, pasti takde berbuih pun. Ada orang kata pencuci muka yang takde berbuih ini better bagi kulit sensitif. Yang pasti pencuci ini bagus okay! Dah hampir setahun jugalah aku guna!

google
Kalau beli satu botol besar, rasa rugilah. Kalau satu botol dah cecah RM80.00!

Semalam, lepas settlekan hal dekat Tabung Haji terus singgah Watson. Lupa nak bagitau pada hampa semua, promotion ini hanya ada di Watson sahaja tau! Selama empat hari, bermula 28/8/2016 sehingga 31/8/2016 iaitu esok. Hanya serendah RM120 dapat tiga botol besar cleanser gentle cetaphil ini. Kalau engkorang, ahli member watson lagi jimat, ada potongan harga sebanyak RM12.00. Jadi, engkorang perlu hanya perlu bayar sebanyak RM108.00 sahaja. Suka tak? Jimat kan? Jadi, apa tunggu lagi serbu Watson yang berdekatan sekarang.

google
Nasib baik ada stok lagi wei. Dapatlah grab satu, walaupun duit terbang banyak. Asalkan jimat, stok untuk setahun lebih boleh guna. Esok last day promotion ini, hanya di Watson!

7 ABANG MISAI YANG PASTI KORANG KENAL!
JOIN CONTEST SELFIE DAN MENANGI BARANGAN PANDORA

p/s: Selamat Hari Merdeka!

9 comments:

  1. jom kita tukar bloglist...kalau setuju beritahu saya ye.

    ReplyDelete
  2. Watsons ni memang saja tau! Time org tgh nak berjimat cermat dia buat sales la apa la :') Btw festime tau product cetaphil ni. Nnti buat la review pasal product ni tau!

    ReplyDelete
  3. Kak Sally dah biasa pakai skincare Korea...sebab yang tu je yang serasi..hehehe

    ReplyDelete
  4. tapi mmg jimat gilaaa la kan harga dia

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Yes, lelaki pun boleh pakai bagus untuk kulit sensitive ;)

      Delete
  6. I really love your site.. Pleasant colors & theme.

    Did you make this site yourself? Please reply back as
    I?m hoping to create my very own blog and would love to find out
    where you got this from or just what the theme is called.
    Cheers!

    ReplyDelete
  7. I like this post, enjoyed this one thanks for posting.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!