Beauty Review: Farmasi Colour Cosmetics launches Skintrends Skincare - Azwar Syuhada

Saturday 16 April 2016

Beauty Review: Farmasi Colour Cosmetics launches Skintrends Skincare

google


google

Assalamualaikum and Hello everybody!

Sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih terlebih dahulu pada cousin aku yang introduce the FCC pada aku. Dan kali ini buat pertama kalinya, aku diberi peluang untuk untuk mencuba produk terbaru dari Farmasi Colour Cosmetics (FCC). Rasanya, this brands tidak asing lagi malah cukup popular di sini lagi-lagi product makeup. Dan ramai yang bagi feedback yang cukup positive tentang FCC ini. Kiranya, product FCC ini memang baguslah untuk kondisi kulit wanita di Malaysia. Now, aku nak introduce product terbaru dari FCC. Buat pertama kalinya, Farmasi Colour Cosmetics mengeluarkan satu set product khas untuk penjagaan kulit. Pada mulanya, aku dapat set skincare dari FCC ini rasa teruja gila nak cuba disebabkan packaging dia menarik sangat, tambah-tambah set penjagaannya warna pink. My favourite colour! Set skincare Skintrends ini terbahagi kepada tiga iaitu;

google
FCC SKINTRENDS: Set penjagaan muka mengikut keadaan kulit muka kita uall..

1) Normal skin (Blue)
2) Dry and sensitive skin (Pink)
3)Oily & Combination skin (Green)

Memandangkan kulit muka aku jenis sensitive, jadi aku dapatlah mencuba produk FCC Skintrends colour pink. Yang normal tak payah pula, duk gatal nak mencuba sensitive pula. Untuk pengetahuan engkorang semua, Farmasi Colour Cosmetic ini merupakan produk HALAL Cosmetic yang dibina dari Istambul, Turki. Jadi, janganlah rasa was-was untuk mencuba produk keluaran FCC.

Skintrends skincare ini terdiri daripada 3 jenis iaitu Cleansing Milk, Soothing Tonic, dan juga Day Cream spf15. Ketiga-tiga product ini mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Let's me introduce step by step whats function and advantages each product after use. 

Farmasi Skintrends Cleansing Milk for dry & sensitive skin
First step sudah semestinya kita kena mula dengan mencuci muka. Farmasi Skin Trends Soothing Cleansing Milk ini memang sesuai untuk kulit kering dan sensitive skin seperti aku kerana dia membantu membuang segala kotoran dekat muka dan ianya tidak berbuih pun, jadi pada yang tak biasa guna pencuci tanpa buih ini mungkin rasa macam tak bersih cuci muka. Hakikatnya, pencuci yang kurang buih ini bagus untuk kulit muka yang sensitive. Cleansing Milk ini juga diperkaya dengan Phyto-Biotics Technology yang membantu mempercepatkan metabolisme cell dan membantu mencerahkan kulit. Cleansing Milk ini juga turut diperkaya dengan formulasi the Acai Berry yang kaya dengan kandungan antioksidan, membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Cara penggunaannya cukup mudah, hanya picit sedikit pencuci dari botolnya, letak air sedikit mula urut dari bawah dagu, ikuti ke pipi, lalu keseluruh wajah secara membulat. Kalau nak rasa fresh, tunggulah dalam 30 saat baru cuci, baru terasa kesegaran pada wajah kita.

Farmasi Skintrends Soothing Tonic
Selepas dah selesai mencuci muka, lap muka terlebih dahulu (jangan biarka air dekat muka kering sendiri). Skintrends Soothing Tonic kira benda penting jugalah kita kena apply dekat muka selepas mencuci. Soothing Tonic ini juga turut diperkaya dengan Pyto-Biotics Technology yang membantu removes impurities, tones & soften the skin dan no dry-tight feeling. Aku suka pakai, sebab baunya wangi sangat macam syampu dan bila apply je dekat muka jadi lembut dan fresh je muka kita. Hanya, curahkan sedikit soothing tonic atas kapas lalu sapu dekat muka dari leher, ikuti dagu dan seluruh wajah. Mudah kan?

Farmasi Skintrends Day Cream SPF15 Nourishing for dry & Sensitive Skin
Akhir sekali adalah skintrends day cream spf15 nourishing for dry and sensitive skin. Benda ini paling penting untuk kita pakai setiap kali nak keluar rumah, tambah-tambah kita sering terdedah dengan cahaya matahari yang panas terik. Ia turut diformulasi dengan Phyto-Biotics Technology dan juga The Acai Berry yang membantu memperbaiki kulit wajah dan bagi kulit kita sentiasa bernafas gitu. Day Cream spf15 ini agak pekat, sekali colit dekat muka terasa ia meresap terus dalam kulit kita. Baunya jangan cakaplah wangi gila. Rasanya tak sampai sebulan dah habis aku pakai. hehehe.. Jadi, lepas dah bersih muka, apply soothing tonic, akhir sekali baru apply day cream spf15. Kalau pakai dengan konsisten, insyallah nampak kesan positive pada wajah kita. Siapa taknak cantik kan?

INGREDIENTS: Aqua (Water), Glycerin, Glyceryl Stearate, Ceteareth-20, Ceteareath-12, Cetearyl Alcohol, Cetyl Palmitate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Benzophenone-3, Cetyl Alcohol, Dicaprylyl, Carbonate, Euterpe Oleracea Fruit Extract, Saccharide Issomerate, Myristyl Myristate, Caprylic/Capric Triglyceride, Dimethicone Tochopheryly Acetate, Prunus Amygdalus Dulcis (Sweet Almond) Oil, Phenoxyethanol, Cera Alba, Butyrospermum, Parkii (Shea Butter), Fragrance, Sodium Polyacylate, Xanthan GUm, Ethylhexylglycerin.
*Approve by ECOCERT according to Ecocert standards for Natural & Organic Cosmetic.

I'm not beauty but I try to improve to look beautiful. Why not you all try that skintrends skincare!

Aku syorkan engkorang rajin-rajinlah jenguk ig atau fanpage FCC untuk mengetahui info terkini produk mereka. Satu lagi, kalau FCC anjurkan contest jangan lepaskan peluang untuk join sekaki. Mana tahu, ada rezeki dapat produk FCC. Faham-faham jerlah, produk FCC ini bukan mudah nak beli guna duit sendiri kalau tak kerja. hehehe..

For more information on Farmasi Colour Cosmetics Skintrends Skincare, please visit:
Facebook|  FCC (Farmasi Colour Cosmetic)
Instagram|  @fccmalaysia

#FCCSkincare #FCCMy #FCCSkinTrends #FCCSkinImpact

Thanks you for reading!

5 comments:

  1. bestnyaa dapat manjakan muka..:)

    ReplyDelete
  2. first time tahu pasal FCC ni dari blogger fatin liyana

    ReplyDelete
  3. Kak Sally kalau beli pun sebab cantik sangat pink dia neh...buat masa ni tak berani nak tukar produk..still kekal dan setia dengan Nature Republic :P

    ReplyDelete
  4. Baru tahu FCC ada keluarkan skincare line dieorang sendiri. I always thought they only do makeups.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!