Cara Mudah Menggunakan Perkhidmatan MyTeksi - Azwar Syuhada

Tuesday 15 December 2015

Cara Mudah Menggunakan Perkhidmatan MyTeksi

Salam to all readers,

Siapa pernah naik teksi? Dulu waktu aku kecik-kecik selalu jugalah naik teksi. Kalau dulu sekitar tahun 1980-an atau 1990-an orang takut juga nak naik teksi seorang diri. Kenapa? Orang kata pemandu teksi ni macam-macam jenis manusia. Salah satunya tambang mahal, dapat pula pemandu teksi yang menggerunkan, bahaya kalau naik sorang-sorang. Tapi kalau bab bahaya naik teksi ceritanya masih sama dari dulu sampai sekarang.

Baru-baru ini aku telah menggunakan perkhidmatan MyTeksi, canggih juga perkhidmatannya. Engkorang semua, pernah dengar tak mengenai aplikasi MyTeksi ni? Dah berzaman aku download dalam phone, tak pernah sekali pun aku guna. Baru-baru ini sahaja, buat pertama kali dalam sejarah aku menggunakan perkhidmatan MyTeksi. Kebiasaannya, aku naik teksi sapu je.

Untuk pengetahuan semua, MyTeksi ini merupakan aplikasi android untuk kita semua menempah teksi dan menuju ke destinasi yang ingin dituju dengan selamat. Yang pasti ia dijamin selamat dan pantas. Aku sendiri dah mencubanya.

google


MyTeksi is a Malaysian startup that aims to revitalize the taxi industry. We want to improve the safety and efficiency of our town taxis by leveraging on advancements in GPS and mobile technology. As a social enterprise, and we believe that business and social value can be achieved in parallel.

Sebenarnya, pertama kali aku nak naik pun cuak juga. Mana taknya, naik seorang diri tapi disebabkan member-member dalam rumah aku ni semua pernah naik MyTeksi siap meyakinkan aku lagi yang MyTeksi ini selamat, aku pun mulalah rasa yakin sikit nak naik MyTeksi. Orang kena yakinkan aku dulu kot, baru aku berani sikit. Hidup ini mesti conffident beb!! Jadi, disebabkan aku dah yakin dengan perkhidmatan MyTeksi harini aku nak ajar engkorang semua macam mana nak menempah teksi menggunakan aplikasi MyTeksi. 

PERINGATAN buat semua, anda semua perlu mengaktifkan location, dan data mahupun internet mesti laju okay!


LANGKAH PERTAMA: Pastikan anda telah install aplikasi MyTeksi dan selepas itu tetapkan perjalanan anda dari mana nak ke mana. Kalau dah bukak sahaja aplikasi MyTeksi, nanti terus keluar macam ini, anda hanya isikan apa yang nak. Mudah kan? 


LANGKAH KEDUA: Kalau dah siap isi dekat mana tempat ingin dituju, anda boleh pilih nak naik MyTeksi jenis apa. Terdapat 4 jenis MyTeksi, bolehlah pilih naik teksi yang mana. Makin eksklusif korang pilih jenis MyTeksi, tinggilah sikit harganya. Masa aku naik haritu, aku pilih budget teksi je, tapi okay jugalah!

google

Mudahkan? Harga pun dia dah tunjuk, mudah sikit kerja kita siapkan duit. 

LANGKAH KETIGA: Dah siap-siap isi tempat, pilih teksi, anda pilihlah pula sama ada nak pick up teksi sekarang ataupun waktu yang korang nak naik. Macam aku dulu, aku dah siap-siapkan diri baru aku call MyTeksi. Dalam masa 15 minit teksi pun sampai. Cepat dan pantas, yang bestnya anda boleh lihat di mana kedudukan teksi tersebut sekiranya dia terlewat. Harga perjalanan anda juga, dia dah siap buat anggaran. Best kan?

google

LANGKAH KEEMPAT: Hanya tunggu di dalam rumah, menanti MyTeksi tiba. Bila dah sampai, boleh hoorayyyy... Anyway, engkorang semua tidak perlu was-was lagi seandainya ingin menempah MyTeksi kerana semua pemandu telah berdaftar. Yang pastinya, aplikasi MyTeksi ini boleh digunakan di seluruh Malaysia! 

Anda tidak perlu risau kerana sekiranya teksi yang kita order itu dah sampai sudah pasti dia akan call kita. Buat relaxx sahaja, jangan macam aku gelabah semacam je!

google

p/s: Memandangkan, tambang lrt mahupun ktm dah naik mendadak, baiklah kita semua naik MyTeksi. Sama sahaja mahalnya. Semua pilihan terletak di tangan kita, sama ada nak naik ataupun tidak. Jadi, selamat mencuba!


Thanks you for reading!

6 comments:

  1. aaaaa senang je rupanya tp mcm malas nak guna ahahaha
    tetiba teringat fake taxi T_T
    takuttt

    ReplyDelete
  2. Wah menarik..lepas ni nak download app ni..nak g KLIA senang je..Tak payah garu2 kepala nak naik apa nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. Thanks share! Nak try lah lepas ni :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!