Tips Mengemas Rumah dengan Cara yang Mudah - Azwar Syuhada

Saturday 13 June 2015

Tips Mengemas Rumah dengan Cara yang Mudah

Salam to all readers,

Cuti sekolah tinggal berbaki dua hari sahaja lagi. Cuba anda fikirkan, apa perkara berfaedah yang anda telah lakukan sepanjang cuti ini? Adakah hanya makan dan tidur, melepak depan tv, menghias diri 24 jam atau terfikir untuk mengemas rumah. Tambah-tambah tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan semakin menghampiri. Bila dah masuk bulan Ramadhan, macam-macam benda nak dibuat khususnya mengemas rumah untuk persiapan raya. Kalau tak raya pun, kan elok rumah kita sentiasa kemas. Sejuk hati memandang, tak gitu?

Kalau aku duduk-duduk ni, terkenang pula dekat arwah atok aku yang suka memakai baju cap pagoda siap dengan kain pelekat menyapu halaman rumah, manakala nenek sibuk mengemas dalam rumah. Biasalah duduk di kampung, banyak benda boleh dibuat. Tambah-tambah kawasannya luas. Berbeza pula duduk di tengah bandar Kuala Lumpur, contohnya rumah pangsa, bumbung orang lantai kita, apalah sangat benda yang boleh dibuat. Melainkan awak berminat untuk mendeko rumah sendiri. Kita sebagai anak, tidak kiralah lelaki atau perempuan haruslah lebih peka dengan keadaan rumah kita sendiri. Tambah-tambah bagi parents yang bekerja. Kan molek, kalau kita berkemas rumah, menyediakan sarapan atau makan malam (kalau tiada orang gaji) bagi mengembirakan mak ayah kita sendiri.

google

Kalau aku mengemas rumah, aku akan mulakan dari kemas dalam rumah barulah di luar rumah. Antara tips untuk mengemas rumah dengan cara yang mudah adalah;

1) Menyapu dalam bilik dan juga ruang tamu. Seeloknya-eloknya, tengok juga bahagian atas kepala mana tahu ada sarang-sarang labah-labah, bolehlah sapu sekali. Pada bahagian belakang perabot-perabot besar juga harus dibersihkan seperti almari dan juga kabinet tv atau buku. Jadi, biarkan ada regangan lebih kurang 3 inci supaya acara pembersihan menggunakan vakum atau penyapu lidi mudah dilakukan. Aku pula lebih suka menggunakan penyapu lidi disebabkan di rumah memang tiada vakum. 

2) Semasa mengemas rumah, hendaklah memastikan perabot kecil dan ringan seperti meja solek haruslah dijauhkan sedikit kerana sisi rapatnya atau sudut belakangnya sangat banyak memerangkap habuk. Bagi yang tinggal di rumah kampung, lagi afdal bersihkan sekali dinding-dinding kayu kerana di situlah terdapatnya banyak habuk. Kalau tak pernah disapu, memang dah boleh di jadikan bedak dekat muka.

3) Pastikan bawah karpet atau tikar buluh di sapu kemudian digulung supaya mudah melakukan pembersihan pada bahagian lain. Selesai acara menyapu, bolehlah lap/mop pada bahagian dinding yang dibersihkan tadi satu persatu dan juga mop sekali pada bahagian lantai. Supaya nampak lebih bersih dan licin sahaja.

4) Ada di antara kita membeli katil yang tidak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap ddi bawah katil memang tersangatlah banyak . Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula menyapu kemudian mengemop.

5) Bagi mereka-mereka yang suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik menawan. Kalau diperhatikan memang tak nampak apa-apa, tapi kalau dipegang, mesti rasa berpasir. Nak tahu tu apa dia? Itu adalah habuk. Jadi bolehlah dibasuh sekali sekala, atau divakum guna mini brush. Mana tahu, ada orang yang dah nak dekat raya barulah sibuk nak membasuh, time tu bolehlah tengok bertapa cantiknya air bila direndam. 

6) Ada di antara kita gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi bagi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang, jadi cara penyelesaian yang terbaik ketika menyapu, sapu sekali rak buku kita kemudian lap menggunakan kain yang sederhana lembap. Kalau payah guna penyapu, boleh gunakan berus khas untuk menyapu habuk.

7) Bagi halaman rumah pula, sapulah daun-daun kering yang bertaburan. Mana-mana bunga pula, potonglah bagi nampak kemas. Longkang dan parit seelok-eloknya diselenggarakan supaya bersih tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

google

Semoga tips ni dapat membantu engkorang semua untuk mengemas rumah. Semoga berjaya!!

6 comments:

  1. kemas rumah lebih mencabar dengan adanya kucing2 yang suka duduk dalam penyodok dan baring di atas lantai yang belum kering airnya selepas dimop.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing tips..salam perkenalan

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sy pun suka jugak guna penyapu lidi. sebab mcm lagi bersih. hehehe. old school pun old school la janji bersih berkilat. hiks

    ReplyDelete
  4. kita kemas bilik je.. wihi.. kemas umah tu malaih sikit..

    ReplyDelete
  5. paling tak suka kemas rumah , bab kemas rumah selalu tolak kat orang lain .. hihi

    ReplyDelete
  6. bab kemas rumah ni mencabar sikit..tapi kalau buat mmg puas hati,,..berpeluh2, badan sihat, rumah kemas!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!