Raysha Perfume, wangian keperibadian anda tersendiri - Azwar Syuhada

Friday 15 May 2015

Raysha Perfume, wangian keperibadian anda tersendiri

Salam to all readers,


Minyak wangi? Satu haruman yang menjadi kemestian buat kaum hawa yang bekerjaya. Bagi mereka, minyak wangi mampu memberi keyakinan untuk kekal segar dan tampil berkeyakinan sepanjang hari. Ada beberapa kategori orang yang addicted dengan perfume. Pertama, ada setengah orang yang suka beli pelbagai jenis perfume untuk dijadikan koleksi. Kedua, ada setengah orang memilih untuk menggunakan perfume paling mahal untuk kegunaan harian. Baginya, lagi mahal harga perfume tersebut, lagi tahan lama wangian melekat pada kita. Manakala, perfume murah pula dikatakan hanya beberapa jam sahaja boleh bertahan.

Aku sebenarnya baru belajar mengenal minyak wangi. Awalnya, aku tidaklah berapa minat sangat menggunakan perfume. Disebabkan dah duduk di asrama, bercampur pula dengan rakan-rakan yang suka menjaga penampilan diri. Secara tidak langsung, mendatangkan minat untuk aku mencubanya. Tambah-tambah, perfume kali ini baunya sangat lembut aromanya, sehingga dapat menarik minat aku mencubanya. Yang paling penting wangiannya kekal sepanjang hari (tahan lama). Jadi, tiadalah istillah bau tengit pada badan kita. Nak tahu perfume apa yang mampu membuatkan aku jatuh hati?

Inilah dia perfumenya, iaitu RAYSHA PERFUME!

google

RAYSHA PERFUMES™ merupakan wangian yang semestinya amat sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan juga perempuam. Ianya bebas daripada alkohol. Tambah-tambah, ia merupakan perfume yang menggunakan sentuhan bahan-bahan semulajadi seperti bunga-bungaan, buah-buahan dari herbal terpilih. RAYSHA PERFUMES™ menjadi pilihan ramai kerana wangiannya yang tahan lama!

Yang menariknya, bagi minyak wangi perempuan terdapat 5 jenis bau untuk spray 15ml dan 12 jenis bau untuk roll on. Manakala, bagi minyak wangi lelaki, ada 3 jenis bau untuk spray 15ml dan 8 jenis bau untuk roll on. Jadi engkorang semua, bolehlah pilih bau mana yang berkenan dihati.


Jujur nak cakap, bau perfume ini sangat-sangat wangi. Tak perlu risau kerananya boleh buat sembahyang. Jadi, apa kata engkorang semua pulak cuba Rasya perfume ini. Mana tahu, berkenan di hati!

google

More info mengenai RAYSHA PERFUMES™ boleh layari:

Website: www.rasya.com.my
Facebook: www.facebook.com./rayshaperfumes
Instagram: @officialraysha

2 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!