Apa Yang Menarik Di Busan? - Azwar Syuhada

Tuesday 23 September 2014

Apa Yang Menarik Di Busan?

Salam to all readers,



| Apa yang menarik di Busan? | Aku teringin sangat nak pergi melancong. Kalau setakat dalam Malaysia ini, dah banyak tempat yang aku pergi. Naik kapal terbang pun dah pernah, tapi melancong dalam kawasan Malaysia lagilah. Aku teringin sangat nak melancong ke luar negara. Salah satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi ini ialah Busan. Aku tengok pemandangan Busan di kaca televisyen nampak macam gah sahaja.

Busan merupakan sebuah kota pelabuhan dan metropolitan di sebelah tenggara Korea Selatan. Busan juga adalah kota kedua terbesar selepas Seoul. Ia juga adalah bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan kelima paling sibuk di dunia dengan tan kargo. Busan kawasan metropolitan yang dibahagikan kepada 15 daerah pentadibiran utama dan sebuah daerah tunggal. Pada tahun 1995, Busan menjadi sebuah Bandar Metropolitan yang pesat membangun. Inilah serba sedikit sejarah mengenai Busan.

Antara tempat menarik yang kita boleh kunjungi di Busan adalah;

1) Shinsegae, Centum City


Shinsegae Centum City merupakan gedung terbesar di dunia. Shinsegae Centum City adalah seperti sebuah bandar gergasi yang menerapkan pusat membeli-belah, pusat hiburan, hasil seni, dan keindahan seni bina. Ia juga turut menggambarkan sebagai pusat gedung terbaik kerana membina kedai jabatan pertama di Korea.

2) Busan Tower


Kalau di sini kita terkenal dengan KLCC, di Busan pula tak kurang hebatnya popular dengan Busan Tower. Busan Tower yang mempunyai ketinggian 118 meter ini mula dibina pada tahun 1973. Busan Tower amat sesuai untuk menikmati pemandangan panorama yang indah, di atas Menara Busan turut terdapat sebuah kafe kecil untuk bersantai, yang hanya boleh diakses semasa waktu bekerja melalui lif berkelajuan tinggi.

Busan Tower ini sering menjadi sebutan pemandu pelancong sebagai tempat yang baik untuk mendapatkan pandangan pelabuhan di bandar Busan ini.

3) Haeundae Beach

Pantai Haeundae merupakan pantai yang cukup terkenal di Busan. Pantai Haeundae ini terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom. Pantai dengan panjang 1.5 kilometer ini pernah memecahkan rekod dunia sebagai pantai dengan jumlah payung yang banyak serta beraneka warna.

Kebiasaannya, pantai ini akan sesak dengan orang ramai (pelancong) setiap tahun apabila tiba bulan Jun hingga bulan Ogos iaitu musim panas. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan apabila menjelang musim panas. Contohnya, membuat patung pasir. Pantai ini cukup popular dengan semua jenis sukan air.

Selain itu, Pantai Haeundae juga pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem Tsunami. Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang mengatakan pantai ini cukup popular di korea kan? Jadi, Pantai Haeundae ini amatlah sesuai untuk kita bersiar-siar bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

4) Taejongdae


Taman Taedongjae ini membentangkan pelbagai jenis eksotik sepanjang 9.1km di pantai Yaengdo, di hujung selatan Busan. Taedongjae nama diberi bersempenakan dari nama raja ke-29 dari Dinasti Silla yang berkuasa dari (57SM - 935). Taedongjae juga merupakan salah satu sumber monumen di Busan.

Untuk menikmati keindahan Taman Taedongjae ini, kita akan diberi peluang untuk berjalan kaki dengan menyusuri tebing-tebing tinggi yang dipenuhi puluhan sepesis tanaman. dari atas tebing inilah secara tidak langsung kita boleh pilih tempat yang sesuai untuk mengabadikan hamparan lautan yang begitu eksotik. Alangkah indahnya menikmati keindahan Allah!

5) Busan Aquarium


Busan Aquarium ini terletak di Pantai Haeundae yang menempatkan kira-kira 250 spesis dan 35000 hidupan laut yang kita boleh lihat disini. Aquarium ini juga merupakan aquarium terbesar di Korea Selatan. 

Seandainya kita melawat Busan Aquarium ini, pastinya kita berpeluang menyaksikan sendiri perkerja di Aquarium ini memberi makan kepada ikan yang ada di dalam aquarium tersebut, dan kita juga turut disajikan dengan persembahan ikan-ikan yang berada di dalam aquarium ini. Tempat ini amatlah sesuai untuk bercuti bersama keluarga tercinta. Dimana anak-anak kecil boleh melihat sendiri hidupan laut.

6) Jagalchi Market


Nama pun melancong ke negara orang, mesti nak juga tahu keadaan dan persekitaran di sana kan? Jadi bagi sesiapa penggemar makanan laut haruslah mengunjungi Jagalchi market ini. Pasar tradisional (pasar basah) yang dibangunkan sekitar tahun 1889 ini merupakan pasar terbesar di kota Busan. Pelbagai jenis ikan segar yang terdapat disini kerana Jagalchi ini betul-betul berada bersebelahan pelabuhan Busan.

Di sekitar Jagalchi ini juga turut terdapat pelbagai jenis restoran makanan laut. Jadi, bolehlah kita singgah di Jagalchi ini sama ada untuk membeli ikan segar mahupun untuk menikmati makanan laut yang segar. Jadi, pilihan di tangan anda! :)

7)  Headong YongGungsa Temple


Kuil Haedong Yonggungsa ini terletak di pantai bahagian utara-timur Busan. Kuil Haedong Yonggungsa ini merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilewati kerana kuil ini menawarkan pelancong / pelawat untuk mengunjunginya. Kebanyakan kuil di korean terletak di kawasan pergunungan. Menarik kan?

8) Makanan Korean


Kalau kita lihat rata-rata orang yang kaki melancong ini, selain suka mengambil gambar pemandangan mereka juga suka mencuba makan makanan di negara tersebut. Tak salah rasanya kita mencuba makanan tempatan orang korea ini asalkan ia tetap HALAL.  

Bagi orang yang beragama Islam, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan. Hal ini, kerana di sini terdapat beberapa jenis restoran yang menyediakan makanan yang halal. Contohnya, restoran Shabana. Restoran Shabana ini terletakdi luar kampus Busan. Restoran ini dikatakan sering dikunjungi orang ramai ekoran ia antara kawasan komersil yang sibuk di Busan. Antara hidangan yang dapat dinikmati di restoran Shabana ini ialah nasi biryani, ayam, kambing, dal, tandori, dan sayur campur. Ia terletak di Busan-si Geumjeong-gu Jangjeon 3-dong 420 23.

| Kesimpulannya, Busan merupakan tempat yang paling sesuai untuk bercuti bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Seandainya, kita diberi peluang ke sana janganlah kita lepaskan peluang tersebut untuk melakar seribu satu kenangan. |

Entri ini ditaip untuk cabaran 'Winter in Busan' yang dianjurkan oleh Blooggers dan Majalah Libur dengan penampilan khas TRIP ke Busan bersama Man Raja Lawak.

p/s: Moga hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki ke Busan. Jutaan terima kasih kepada Bloggers dan Majalah Libur kerana mengadakan contest seperti ini. 

Sumber rujukan: Wikipedia, JourneyLife, Yupyup, Visit Korean dan Majalah Libur .

20 comments:

  1. wowowow ..... indah sangat tempat2 macam diatas ,,,, :) kpn sy bertolak ke tampt macam tu ,,,, :)

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak joinnnnn ;D hee

    ReplyDelete
  3. All the best Azwar !! Kalau dapat dua tiket, ajak saya sekali ye kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih!! Jom ler join sama untung-untung dapat pergi...kahkahkah..

      Delete
  4. bestnya! memang salah satu tempat yang aim nk pegi selain seoul. pernah ke seoul tp tetap nk jugak ke busan sbb dr sana boleh ke pulau jeju kan?

    ReplyDelete
  5. Tahu Beach dengan Aquarium tu je.

    ReplyDelete
  6. owhhh kalau lah boleh pergiii huhuhu

    ReplyDelete
  7. gudluck ya! hehe best tempat tu =)

    ReplyDelete
  8. Best ni..kena masukkan dalam list nest trip...thanks azwar bagi kita idea..

    ReplyDelete
  9. SUBHANALLAH, CANTIKNYA VIEW DI SANA...TEMPAT2NYA MENARIK DAN UNIK...EM BILALAH DAPAT PELUANG G SANA DENGAN AZWAR NI..

    ReplyDelete
  10. impian pasti jadi nyata.... all the best azwa... semoga jadi kenyataan ! hakakk pun tumpang gembira.... nampak best je tempat kat Busan ye :)

    ReplyDelete
  11. Wah...Cantiknya...
    Dapat jemputan present paper ke Busan...tapi tengah fikir...
    TQ for the INFO...very good indeed.

    ReplyDelete
  12. best of luck dik! semoga terpilih...boleh la g main salji :P

    ReplyDelete
  13. insyaAllah...ada rezeki nnti sampaila ke sana..:)

    ReplyDelete
  14. wah, menarik tempat-tempat dia ye
    akak ni naik kapal terbang pun tak pernah
    apapun moga berjaya ye, insya ALLAH ada rezeki, memang ler tu =)

    anyway akak membalas kunjungan
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  15. azwar!! akk joining too..cume blom ada masa..haha..soon mb :p

    ReplyDelete
  16. Best kalau dapat jalan-jalan ni.. :-)

    Jemput singgah www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  17. teringin.. salah satu tempat nak nak pegi jugak.. romantik ni.. hehe

    jemput lawat ye http://goo.gl/rHbK7R

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!