Review: Tudung Bawal Exclusive - Azwar Syuhada

Wednesday 16 July 2014

Review: Tudung Bawal Exclusive

Salam to all readers,

Diam tak diam World Cup dah tamat dah, tahniah buat team German! Ada yang menangis tengok bola ke? Lepas Brazil kena tibai 7-1 dengan German. Takpelah takde rezeki nak menang. Apa-apa pun, sahur jangan lupa bangun pula.


Harini Azwar nak share satu tudung yang Azwar rasa sangat best apabila dipakai. Sekarang, lambakan tudung di pasaran begitu banyak dengan pelbagai jenama yang terkenal. Sebagai contoh, tudung Ariani, Fareeda, Adi Juma, Sincerelybyus (SBU) dan bermacam-macam lagi jenama. Kalau dulu paling familiar, tudung bawal, sekarang tudung jenis sarung atau shawl. Pernah juga dulu-dulu pakai shawl, tapi bila bab lilit-lilit tu failed terus! Jadi dari kecik sampai ke besar, memang setia pada tudung bawal sahaja. Tudung bawal yang paling murah yang Azwar boleh dapat adalah dengan harga serendah RM8. Sekarang, Azwar nak memperkenalkan tudung bawal juga sebenarnya, tapi bawalnya sangatlah selesa apabila dipakai iaitu tudung 'Bawal Exclusive'. Kalau tudung bawal yang murah ianya tiada batu bata, tapi kalau bawal Exclusive terdapat batu bata yang bermutu tinggi, dari jauh dah nampak berkilat-kilau. Makin banyak batu permatanya, makin bergandalah harganya. hehehe..

Yang paling best, batu bata yang melekat dekat tudung 'Bawal Exclusive' ini takkan tanggal, senang dicuci, mudah digosok, dan yang paling penting senang dibentuk serta selesa dipakai. Benda kalau mahal sekalipun tapi selesa dan syok dipakai, orang akan beli juga. Tapi walaupun benda murah, selesa dipakai dan nampak mahal, orang tetap akan membeli juga! Umpama ikan bawal, walaupun kecik tapi harga berpatutan, isinya sedap orang tetap beli juga.

Di sini, Azwar sertakan beberapa keping gambar tudung bawal exclusive yang pelbagai jenis design dan nama tersendiri. Kalau korang ada instagram, rajin-rajinlah usha tudung bawal exclusive dekat situ. Tekan sahaja hashtag #bawalexclusive. Pasti ada punya! Sebagai contoh IG yang jual tudung bawal exclusive ialah @myplaceselection, ataupun @naniecollections.

 Bawal Exclusive Mahkota Polkadot

 Bawal Exclusive Batu Tabur 60

 Bawal Exclusive Bawal Kristal

Bawal Exclusive Mahkota Lara

Ini gambar masa hangout bersama Mei Hong, seminggu sebelum nak puasa sambil menggayakan tudung bawal Exclusive Tabur 60. Berkilat-kilau batu permatanya, sampai silau mata! Azwar mula pakai tudung bawal exclusive ini pun sejak raya tahun lepas. Itupun makcik gua hasut, katanya best. Jadi belilah yang harga paling rendah nak merasa. Sekali pakai, pasti nak pakai lagi. heheeh..Jadi, raya tahun ini Azwar masih setia pada tudung BAWAL EXCLUSIVE! Kalau nak tahu, apa yang best bila pakai bawal exclusive, korang kenalah cuba sendiri. -_- (Sengaja nak menghasut korang, nak dekat dah nikan?hahaha).

More info:
Website: Bawal Exclusive
Facebook: Bawal Exclusive
Address: No. 205, Tingkat 1, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Apa tunggu lagi? Pergilah serbu BAWAL.COM.MY sekarang! =D

23 comments:

  1. ayah akak sensitive sikit bab berkilau2 kat pakaian ni..so tak berani nak pakai walaupun berkenan sikit kat tudung bawal kristal tu hewhewhew
    daripada kena bebel dengan abah akak the whole day of raya..baik laa pakai bawal plain je hewhew..sedihhhh..tp nak usha jgk ni website tu heeee ;D

    p.s invest smart, promoted conten n dove untuk azwa :)

    ReplyDelete
  2. saya peminat setia tudung bawal. shawl berlambak, tapi tudung bawal gak tetap menjadi pilihan

    ReplyDelete
  3. dulu kalau nak beli tudung bawal kemain mahal..skrg dah murah dah..
    cantik2 betul koleksi tudung bawal exclusive nie..=D

    ReplyDelete
  4. kak sally malas nak gosok -___-''

    ReplyDelete
  5. saya pon pengguna bawal..comel azwar

    ReplyDelete
  6. betul, tudung bawal senang nak pakai..hee

    ReplyDelete
  7. Saya pencinta bawal..hehe..walaupun ada pakai selendang, tapi bawal tetap di hati..:)
    Jemput join segmen pertama Wanie..

    http://norniwanie.blogspot.com/2014/07/segmen-pertama-wanie.html

    Terima kasih..:)

    ReplyDelete
  8. Lawa pulak bila kau pakai weh haha jgn hasut. Aku lagi suka shawl :p

    ReplyDelete
  9. comelnya. mesti koleksi azwa banyak kan. =)

    ReplyDelete
  10. Asslmkm azwar.. Akk pun suka pkai tdung bawal.. Best sebab senang nk bawa g memana.. Cuma sejak prgnt mlas nk mengiron tudung.. Haha.. Jd pkai tdung awning aje laaa.. :)

    ReplyDelete
  11. buat tudung raya pun okay gak ni..cantik bling bling kan..

    ReplyDelete
  12. wah...tantiknye tudung2 tu..huhu...

    ReplyDelete
  13. Wuwuwuwuwu Untunglah cantik pakai pape pun hm

    ReplyDelete
  14. google tudung bawal tiba-tiba tersesat kat sini.. HAHAHA... tgh usha tudung bawal nie

    ReplyDelete
  15. Easy to wear bawal with simple stone designs... i like the idea.

    ReplyDelete
  16. saya pun setia dengan tudung bawal ...bawl exclusive memang best!

    ct-natasha.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. pakai tudung bawal ni muka lebih nmpk muda.. berbanding tudung awning..

    ReplyDelete
  18. bawal all the way for me ... jarang saya pakai awning juga

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!