Handbag dari Zalora.com.my - Azwar Syuhada

Thursday 26 June 2014

Handbag dari Zalora.com.my

Salam to all readers!


Ingat lagi tak entri mengenai Accessories Menarik di Zalora? Awal bulan Jun haritu, Azwar ada dapat baucer RM100 dari pihak Zalora. Sape tak suka dapat baucer kan? Punya excited dapat baucer, depa suruh pilih mana yang berkenan di hati. Azwar tengok, semua barang dekat Zalora ni menarik sangat, sampai rambang mata. Almaklumlah, shopping online ni jarang buat, selalu kalau online pun beli tudung sahaja. Bila diberi peluang, suruh membuat pilihan sampai tak reti nak memilih Jadi, pilih punya pilih handbag Rip Curl (bernilai RM99.00) menjadi pilihanku.

Kebetulan pula, masa Azwar order barang tersebut Azwar pergi bercuti ke Cameron Highland. Esoknya, pihak Zalora dah maklumkan bahawa, barang tersebut telah dihantar. Azwar kira-kira bila balik dari Cameron Highland, barang dari Zalora dah sampailah ke rumah. Rupa-rupanya bila balik dari bercuti barang dari Zalora masih belum kunjung tiba. Hati ni, masih bersabar jadi tunggu dalam dua hari lagi. Selepas hampir dua hari menunggu barang, ianya masih tak sampai-sampai lagi. Jadi, Azwar check tracking number dekat laman web Gdex. Bila check, dah hampir seminggu masih dalam pencarian. Bila call, dia kata mungkin pihak Gdex tak tahu jalan ke rumah. Masalah, kalau tak tahu, kenapa tak call kan? Esoknya, Azwar call sekali lagi, baru nak ambil tindakan. Kira-kira pukul 8.00 malam baru barang dari Zalora sampai. Azwar ingat, isu ini terjadi pada Azwar sorang sahaja. Bila buka page Gdex dekat Facebook, perghhh.. banyak gila orang mengamuk dekat Gdex.

Kesimpulannya, bagi yang kerja dalam menghantar barang orang. Seelok-eloknya, hantarlah pada masa yang telah ditetapkan. Manalah tahu, barang yang dalam parcel itu urgent kan? Jadi, beringat-ingatlah. Marah memanglah marah, tapi tak sampai hatilah sampai nak memaki dekat page facebook tu. Macam memalukan diri sendiri pun ada juga.

Apa-apapun Azwar happy gila, dapat shopping handbag dekat Zalora.com. Dapatlah, bergaya di hari raya nanti!

 Handbag Rip Curl

Sudut hadapan dan belakang handbag Rip Curl. Untuk pengetahuan korang semua, sekiranya terdapat kerosakkan pada barang korang bolehlah memulangkannya semula dengan menukarkannya dengan item yang baru ataupun mendapatkan semula wang korang. Syok kan?

p/s: Semakin hari, semakin pendek entri di dalam blog ini. Entah apa nak jadi, tak tahulah. -_-

29 comments:

  1. Wahhh xsbr nk tebus jgk ni.. Singgah sni. :) cntiknye!!

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat baucer free. cantik beg tu

    ReplyDelete
  3. cantik beg..dlu penah dapat baucer zalora jgk..shopping kasut, dress..mmg best!

    ReplyDelete
  4. wah bestnya dapat baucer zalora rm100... ; pcl dok tunggu jugak dari zalora ...lama dah tak buat kerjasama dgn zalora. ..

    ReplyDelete
  5. Best gile dapat voucher free!!! Yeahhh ade handbag raya baru! Nak join segmen banyak2 laa lps ni..hehehe..mna thu bernasib baik mcm azwa nnt kan..

    ReplyDelete
  6. hehehe tahniah una pun dpt haritu,, so belikan utk mama.. owhhh kita menabung utk awk kt sini :)

    ReplyDelete
  7. wah bestnya dapat baucer , Hehehe beg pun cantik taau

    ReplyDelete
  8. raya ketiga nanti pinjam..muahahaha :P

    ReplyDelete
  9. seronoknya dapat voucher ^-^

    ReplyDelete
  10. Rezeki tu dapat voucher dari zalora.com.my. :)

    ReplyDelete
  11. cantiknyaa. rasa gatal pulak kaki ni nak pegi zalora. haha :p

    ReplyDelete
  12. Wahhh...best nya dapat free voucher... kita pun nak nak nak jugaklah...ahaksss.

    ReplyDelete
  13. kurier ni kadang2 cepat sampai.. kadang2 mcm problem kn...

    ReplyDelete
  14. comel beg biru tu. :D hoho. df suka yg simple mcm ni :D

    ReplyDelete
  15. cantik n comel! sesuai dengan ko dik :)

    ReplyDelete
  16. wah bestnya dapat voucher zalora

    ReplyDelete
  17. Wah... shopping sakan la yea dpt baucer rm100.. heheh

    ReplyDelete
  18. huwaaa...bestnya dear dapat voucher. dan dear buat pilihan bujak pilih beg. oh oh my comel sunggguh beg azwa. kalau tak nak bagi momoy tau =)

    ReplyDelete
  19. beg yang kaler hitam tu memang stylo...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. Akk xpnh shopping kt zalora..

    ReplyDelete
  21. Saya jumpa kedai baju laki yang murah dekat www.ellemaristore.com
    Dah beli satu kemeja, style gila.

    "Sharing Is Caring."

    ReplyDelete
  22. Thank you for sharing this post and it is really interesting to read.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!