Selamat Tahun Baru 2014! - Azwar Syuhada

Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014!

Salam to all readers,


Semasa pertengahan tingkatan 6 atas (STPM), member-member aku dah merancang untuk mencari kerja sambilan selepas habis exam nanti. Kebanyakan mereka mencari kerja di shopping mall, KFC, McD, dan beberapa tempat lain lagi. Serius aku cakap memang aku tidak pernah ada pengalaman bekerja. Kebanyakan member-member pula, memang sudah ada pengalaman bekerja sejak berumur 17 tahun lagi iaitu ketika lepasan SPM lagi. After SPM, memang aku stay di rumah sahaja. Mak tak bagi green light dekat aku kerana dia anggap masih bawah umur lagi. Dah diberi cuti, jadi nikmatilah cuti itu sepuas-puasnya. Setakat ini, keturunan belah mak aku memang tidak ada lagi yang bekerja sewaktu lepasan SPM.

Ada juga member-member yang mengajak bekerja di shopping mall area Klang. TAPI disebabkan aku ini memang kedekut, semua benda berkira dari segi tambang pergi balik, duit makan, semua benda tu aku berkira. Jadi aku mengambil keputusan tak payah pergi bekerja di sana. hahahaaha..Seminggu selepas tamat exam, barulah aku mula mencari kerja di sekitar kawasan Telok Panglima Garang. Hari yang aku merancang untuk mencari pekerjaan itu pula hujan, jadi aku pergi belah petang. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk dengan muka tak malunya. Pada keesokkan harinya, salah satu kedai yang aku masuk tempoh hari telah menelefon aku lalu menyuruh untuk datang ke kedai pada sekian hari. Dalam hati dah kembang kuncuplah, seronok dapat kerja katakan! hari pertama aku nak bekerja, malamnya aku dah bersemangat waja untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Hari yang dinantikan itu rasa macam terlampau lama masanya. Tidak sampai satu hari, salah seorang stafnya yang paling baik dan penuh bergaya telah menyuruh aku untuk pulang ke rumah dan tidak perlu datang lagi. Alasannya aku pun tidak tahu. Takpelah, aku anggap sahaja iainya bukan rezeki aku. Aku rasa, aku sudah terlebih mesra ataupun mereka sendiri rasa tercabar dengan kedatangan aku. Mungkin juga, kedatangan aku ini boleh mencaras kerjaya mereka. Tapi dalam hati ini, geram jugalah. 

Agaknya aku terkena badi dari penangan novel MENANTU DATIN IZZAH yang baru sahaja diterbitkan. Jalan cerita novel tersebut terkena jugalah pada aku ini. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan keadaan yang sangan 'GEMBIRA', aku masuk juga di salah satu kedai lagi untuk mencuba nasib. Manalah tahu, rezeki aku di situ. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seminggu selepas kejadian itu berlaku, ada orang text aku untuk bekerja. Rasa gembira jugalah, dapat kerja. Tapi taknaklah terlalu excited takut kena tendang lagi.

Alhamdulillah, tempat kerja kali ini aku rasa macam seronok dan lebih relax sahaja. Walaupun, terkadang aku merasa aku macam di planet yang lain. Pekerjaan kali ini, tidak pernah aku terfikir dan sangka untuk melakukannya. Boss, rakan sekerja dan keadaan tempat itu pun boleh ngam dengan akulah. Mereka lebih friendly lagi dengan aku. Rasa macam dah lama kenal pun ada. Tempat kerja pun rasa tidak berapa jauh. Bak kata orang dulu-dulu sepelaung sahaja dah sampai. Dekat kan?

Semalam boss ada juga tanya aku, apa aktiviti malam tahun baru, aku cakap sahajalah aku nak tidur. Dia ada juga pelawa aku untuk countdown. Tapi aku ini jenis yang tak suka tempat sesak sebab rimas. Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.


p/s: Agak-agak korang apa pekerjaan aku? Cubalah korang teka! Nanti-nantilah aku cerita, sekarang ini tiada benda yang excited sangat. 




28 comments:

  1. Happy new year! God bless :) xo

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya hahahahah.
    Selamat tahun baru kak :D Hihihihi
    Alaa nak teka cmane hm

    ReplyDelete
  3. Takkan lah pembantu rumah mcm Ain Safiah kot :p hihihi

    ReplyDelete
  4. Ehem ehem, macam tahu :p

    Happy New Year Azwa, moga makin success ye :)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru dear.. :)

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  6. Seronok kalau keje dgn orang yang boleh terima kita dengan baik

    ReplyDelete
  7. Apalah agaknya kerja tu..Selamat tahun baru 2014

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru, Azwa.
    Jom join GA ni http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....

    Selamat Tahun Baru 2014 buat insan yang ku kenali di alam maya. Semoga dikau berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Semoga tahun baru ini memberi sinar kehidupan yang lebih cemerlang buat kamu. Insya Allah...Mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang persahabatan kita. Sudilah kiranya dikau mengunjungi coretan saya sempena tahun yang paling mencabar ini.

    Selamat Tahun Baru 2014

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru adik.. tahniah dah dapat kerja.. :D

    ReplyDelete
  11. selamat thn baru..dpt keja apa tu ye? hehe xdpt nk guess..:P

    ReplyDelete
  12. Selamat tahun baru kak. Wah seronoknya kalau semua orang ngam dengan kita kan! Kerja baik2 ya.. Tak tahulah nak teka kak kerja apa.. Hihik.. :D

    ReplyDelete
  13. selamat tahun baru..moga tahun ini lebih baik ^_^

    ReplyDelete
  14. happy new year azwar..tahniah juga :)

    ReplyDelete
  15. happy new visit my site too at pingnw.com....

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru azwa :)
    jom join GA ni hadiah dia menarik tau dapat handphone lagi :)
    http://wawaabdulhadi.blogspot.com/2014/01/handphone-giveaway-by-syuhada1981com.html

    ReplyDelete
  17. jemput singgah sini, happy new year

    ReplyDelete
  18. tqvm awak :")

    http://www.hafizhafizol.my/2014/01/update-senarai-bloglist-2014.html

    ReplyDelete
  19. wah kerja apa ni eh? tahniah sebab dapat kerja :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.

    Dik, nanti habaq mai no pengalaman kerja.. anyway, tahniah kerana berani keluar cari kerja,hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!