Azwar Syuhada: Kolaborasi
Showing posts with label Kolaborasi. Show all posts
Showing posts with label Kolaborasi. Show all posts

Monday, 29 November 2021

Cara Atasi Stress & Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown | Solitaire.org Lubuk Permainan yang Menyeronokkan
8:51 am 3 Comments

 

Cara Atasi Stress & Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown | Aku akui sepanjang 2 tahun kita diarahkan duduk di rumah disebabkan Movement Control Order (MCO) bagi menangani kes Covic-19 bukan sahaja membuat kita semua bosan malah sedikit sebanyak memberi impak stress pada semua orang. Bukan sahaja pelajar yang stress tertekan dalam pembelajaran, malah mak ayah, cikgu-cikgu, orang berniaga, senang cerita semua orang terkesan during MCO. Hidup berubah 360 darjah, orang bunuh diri sebab tertekan pun boleh tahan ramai. Hopefully kita dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri even stress macam mana sekalipun.

 

Cara Atasi Stress & Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown | Solitaire.org Lubuk Permainan yang Menyeronokkan

 

Kalau ikutkan tahun ini banyak keputusan yang tak dijangka aku buat. Salah satunya aku decide berhenti kerja dan terima kerja under kontrak. Bercerita perihal kerja ni takkan pernah habis, kadang-kadang kerja tiada masalah, orang keliling pula yang buat masalah. Mana-mana pergi memang ada pro and con. Bersyukur jerlah selagi ada kerja. So, entri kali ini aku nak SHARE perkara-perkara yang aku biasa buat untuk menangani stress. Mana tahu, salah satu perkara yang aku buat korang minat, boleh cuba.

 


Antara perkara yang Menarik Dilakukan Untuk Menangani Stress & Kekal Positif Berada di Rumah


Bersenam/Zumba

Even kita tak dapat keluar ke tempat yang ramai orang, bukan bermakna aktiviti tersebut tak boleh dilakukan di rumah. Disebabkan usia akum akin meningkat dan masih belum berumahtangga, naklah kena jaga badan. Aku akan melakukan senaman hampir setiap hari memandangkan aku bekerja dari rumah. Sambil buat kerja, aku akan stop buat senaman ringan. Bila tiba hujung minggu aku akan buka youtube bentang yoga mat di ruang tamu untuk melakukan Zumba. Now tengah struggle belajar main skipping. Percaya atau tak, korang cuba praktik kan di rumah. Pasti badan korang rasa fresh sepanjang hari dengan mengamalkan gaya hidup sihat di rumah even makan banyak pun senam harus dilakukan.

 

Bila berlari pun sedikit sebanyak boleh kurangkan stress juga. Kalau korang duduk rumah flat or apartment, boleh try lari naik turun tangga. Aku dah cuba, korang bila lagi?

 

Part time Content Writer

Aku juga banyak spend time dengan melakukan part time content writer. Sekiranya aku ada masa terluang, aku ambil juga job untuk war-warkan produk or servis kepada orang ramai. Kalau korang ada bakat menulis as content writer boleh sign up account Influencer. Boleh rujuk sini untuk details lebih lanjut.

 

Mengemas Rumah

Selain itu, aku juga suka mengemas rumah sebab aku tak suka duduk di persekitaran yang tidak bersih. Sebelum mula kerja pun, aku pastikan tempat kerja aku bersih dan selesa untuk membuat kerja. Bila persekitaran bersih auto nak buat kerja pun lebih segar. At least nak selesaikan kerja hakiki pun tak serabut.

 

Mencuba Resepi Baru dan Viral

 

Boleh dikatakan, sejak banyak masa terluang duduk di rumah ini memang kerap jugalah aku membuat resepi baru untuk dimakan. Kalau balik kampong, aku tak rajinlah memasak, sebab aku akan request dengan mak aku nak makan apa. Aku rajin memasak dan cuba resepi viral ini pun dekat rumah sewa. Mujur roommate aku juga pun sama perangai, kaki mencuba resepi viral. Lagi-lagi bila Khairul Aming up resepi dia, kiteorang buat juga. Sebab kalau beli dapat sikit tak boleh bertambah, kalau masak sendiri kiteorang masak macam nak buat kenduri.

 

Bermain Games di atas talian Secara PERCUMA di Solitaire.org

 

Kalau 24-hours hadap kerja sudah semestinya boleh jadi stress. Kerja hakiki lain, kerja part time lain, hadap customer lain, kadang-kadang otak jadi penat piker semua benda dalam 1 masa. Untuk elakkan tekanan dan nak bagi otak rehat sikit aku main games atas talian. Aku boleh chills bermain pelbagai games secara PERCUMA hanya di atas talian pada bila-bila masa, menariknya games nya tak perlu download pun, iklan pun tiada. Tak perlu buang masa nak skip-skip iklan.

 

Cara Atasi Stress & Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown | Solitaire.org Lubuk Permainan yang Menyeronokkan

Layari laman sesawang Solitaire.org untuk mengembara pelbagai games yang menyeronokkan.


Laman sesawang games yang aku maksudkan adalah Solitaire.org. Jom tengok apa yang best games dekat sini. Aku nak share permainan yang aku main. Dekat sini korang boleh main pelbagai jenis solitaire games yang menyeronokkan. Ikutkan games ini dah terkenal dari dulu lagi, zaman computer yang jenis berat tu sampailah sekarang pc dah jadi flat. Disebabkan aku tak berapa sangat pro main games, aku lebih prefer main Solitaire games Classic, ini kira basic games. Walaupun basic games ia tetap menyeronokkan.

 

Cara Mudah Bermain Games PERCUMA Tanpa Perlu Download

Jangan risau if tak familiar main games, di Solitaire.org ada tunjuk tutorial bagaimana nak bermain games dalam setiap permainan yang ditawarkan. Salah satunya seperti Solitaire Classic Games. Mission games ini adalah susun kad mengikut turutan dan sut. Turutan mengikut kasta ataslah dari tinggi sampailah ke bawah.

 

Contohnya, kad akan disusun K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. Sut pula kad yang ada bentuk merah & hitam (itu yang dinamakan sut).

 

Kad sut merah

Bentuk hati 💓

Berlian (diamond) 🔶

 

Kad sut hitam

Bentuk Spade

Kelab

 

Ini contoh games Classic Solitaire Card yang aku main. Belah kanan yang ada 3 bar tu korang boleh pilih new games. Tengah-tengah ada button untuk new games untuk restart balik. Undo button kalau nak patah balik kalau salah susun card dan satu lagi korang boleh nampak timing korang main games tersebut.

Belah kiri, korang akan nampak markah korang banyak mana dalam permainan ini. Disebabkan aku tak berapa familiar games card ini, jawabnya memang ciput jerlah aku score. Yang bestnya games ini, bila kau dah kalah, kau struggle main lagi nak dapatkan markah tinggi. Tak pernah reti putus asa orang kata.


Cara Atasi Stress & Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown | Solitaire.org Lubuk Permainan yang Menyeronokkan


Siapa yang tak biasa main mesti sangkut, tapi jangan risau Solitaire ada tunjuk tutorial bagaimana cara permainan dimainkan. Sekiranya korang clueless bolehlah tengok tutorial yang disediakan terlebih dahulu sebelum bermain. Ikutkan banyak lagi permainan PERCUMA korang boleh cuba dalam Solitaire ini, antaranya;

Klondike: also known as classic solitaire / simply as solitaire

 FreeCell: game has 4 FREE cells you can temporarily store cards in

  Spider: game where you create a royal flush on the table to remove the cards from the playing field. Play 1, 2, or 4 units.

  Pyramid Tripeaks: sum pairs of cards to 13, with the king being worth 13

 Golf: 3 overlapping pyramids where you can remove cards one above or below the top card the waste pile

Agak tricky jugalah permainan Solitaire Games jenis Classic ini, even permainannya kena susun sahaja. Kalau tiada strategic, kelaut jugalah score kita. Selain dari card games ini, korang boleh juga cuba games yang lain tau, seperti Card Games, Mahjong Solitaire Tile Games, Hidden Object Games, Match 3 Games, Logic Puzzle Games, Word Games, dan juga Fun Arcade Games. Semuanya best dan boleh tahan mencabar.

 

Apa yang aku boleh katakana, aku enjoy gila main games dalam website Solitaire.org ini. At least boleh hilangkan rasa stress dan boleh buat otak berfungsi dengan lebih baik. Nampaknya lepas ini, ada lebih banyak games menarik bakal masuk dalam website Solitaire. Aku harap sangat lepas ini Solitaire aka nada games seperti harvest, candy, pinball, kedai burger, kerana aku suka games seperti ini. Dimana games macam ini cenderung kita untuk mengurus masa untuk urusniaga hasil sendiri.

 

Apa tunggu lagi, jom beramai-ramai ke laman sesawang Solitaire.org untuk bermain games secara PERCUMA. Korang boleh dimana-mana sahaja dan bila-bila masa pun boleh. Paling penting tak perlu download hanya akses website Solitaire.org sahaja. Korang mesti cuba, aku pasti korang juga turut akan seronok bermain games di sini.

 

Selamat bergembira bermain games guys!

Reading Time:

Thursday, 23 September 2021

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Usaha Cegah Covic 19 Dengan Eskayvie Diffenz
8:14 am 2 Comments

Hampir 2 tahun kita hidup dalam suasana pandemik yang mengganas. Tambahan pula, yang menetap di Lembah Klang ini, beribu kes kita hadapi setiap hari, dan baru-baru ini barulah nampak penurunan itu pun selepas ramai yang ambil vaksin.

 

Dalam pada kita sibuk dengan kes Covid-19, group Whatsapp mak ayah kita sendiri pun tidak ketinggalan. Masing-masing sibuk bagi petua untuk mengurangkan jangkitan virus ini. Seperti amalkan minum cengkih, air kelapa dan banyakkan consume makan vitamin C. Memang benar, sebagai seorang Islam kita tak boleh hanya berserah kepada takdir. 


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI, USAHA LINDUNGI DIRI DARI COVID-19 DENGAN ESKAYVIE DIFFENZ



Kita sendiri kena berusaha mencari alternatif lain untuk mencegah penyakit Covid-19. Sepertimana pihak kerajaan mengesyorkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin. Sungguhpun program vaksinasi ini bukanlah 100% membunuh Covid-19 ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko untuk kena Covid-19. 

Azwar percaya semua orang dekat sini sudah berusaha sehabis baik untuk melindungi diri dan keluarga dengan mematuhi SOP seperti kerap cuci tangan, pakai pelitup mulut, bersihkan diri setiap kali keluar bekerja. Tidak terkecuali pengambilan supplement mahupun vitamin amat bagus untuk meningkatkan imun badan kita.

Seperti yang dimaklumkan YB Khairy Jamaluddin baru ini, kita kena terima kenyataan yang kini kita semua kena hidup dalam fasa endemik. Di mana, kita akan hidup dalam persekitaran yang ada Covid-19 ini cuma ianya masih boleh dikawal lagi. Justeru, even dah boleh dine in, rentas negeri seboleh-bolehnya kita still kena berwaspada. 


BERSEDIA HIDUP DENGAN VIRUS (CABARAN VARIAN BARU)

Virus Covid-19 ini amat luar biasa, berbeza dengan bakteria dan parasit, virus tidak mampu dihapuskan oleh antibiotik. Secara aslinya, virus hanya bebenang asid amino yang membawa resipi bagi membentuk protein tertentu yang mengarahkan sel yang dijangkitinya untuk menghasilkan lebih banyak zarah virus bagi menjangkiti sel lain.

 

Sel ‘asing’ yang berlebihan ini akan cuba dihapuskan oleh sistem pertahanan badan kita demi kesejahteraan keseluruhan tubuh. Pertambahan sel berjangkit virus yang terlalu banyak, akan melemah dan memudarat tubuh ke tahap yang tidak mampu diselamatkan.

 

Walaupun secara strukturnya, virus tidak mampu wujud secara sendiri tanpa menjangkiti mana-mana sel hidup, namun keupayaan untuk meruntuhkan sistem pertahanan tubuh organisma yang jauh lebih kompleks daripadanya memang amat mengagumkan. 

 

Terdapat beberapa virus berbahaya yang hidup bersama kita sejak sekian lama. Virus influenza, yang mengakibatkan antara 290,000 hingga 650,000 kematian setahun, disebar melalui udara daripada manusia kepada manusia.

 

Di penghujung 2019, seluruh dunia diperkenalkan dengan satu lagi spesies virus, iaitu si korona (kerana permukaannya yang dipenuhi struktur seolah-olah mahkota) SARS-CoV-2. 

 

Dengan bentuknya yang anggun dengan cangkuk protein berbahaya di seluruh permukaan molekul yang menyimpan bebenang asid ribonukleik (RNA), virus ini merebak dengan begitu pantas. Serangan virus itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan reda dalam masa terdekat. 

 

Ditambah pula dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih agresif akan menyukarkan lagi usaha sistem badan untuk membendung masalah ini. Penemuan varian baru ini amat membimbangkan kerana ia,


Lebih mudah menjangkiti 
Menyebabkan gejala yang lebih teruk
Mengurangkan keupayaan antibodi untuk melawannya 
Mengurangkan keberkesanan rawatan dan ubat yang sedia ada
Mengurangkan keberkesanan vaksin atau boleh melepasi perlindungan vaksin


Jadi apa yang kita patut terus lakukan bagi mencegah Covic-19?

Jaga Gaya Hidup

Tingkatkan sistem imun badan dengan lebihkan pengambilan sayuran dan buahan, antioksidan, dan vitamin-vitamin tertentu
Banyakkan minum air kosong 
Aktifkan diri dengan senaman 
Tidur mencukupi
Elakkan stress
Kurangkan atau hadkan makanan yang tidak sihat seperti makanan bergula dan makanan terproses. 


Jaga SOP

Selalu basuh tangan dengan sabun
Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
Kurangkan perjumpaan sosial
Elakkan tempat yang sesak dan sempit
Jauhi kontak rapat dengan individu yang sakit atau bergejala
Bersihkan tempat atau objek yang disentuh menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap


TIDAK ADA PENYAKIT TIADA PENAWAR

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan Dia menurunkan segala penawar setiap penyakit yang diturunkan. Justeru kita sebagai seorang yang beragama Islam harus percayakannya dan berusaha untuk mencari penawar. Antaranya adalah seperti;


QS. Yunus Ayat 57

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ


57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.

QS. An-Nahl Ayat 69

 

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ


69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" 

(Riwayat Muslim dan Ahmad) 


Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.  


Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga: 

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)” 


Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 


Bayangkan tumbuhan hutan semulajadi yang menjadi khazanah berharga dan hanya tumbuh di lantai hutan. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh daripada titisan susu harimau? 


Di sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet. 

 

Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga. 


Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19


Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Usaha Cegah Covic 19 Dengan Eskayvie Diffenz

Apa itu Eskayvie Diffenz?


Eskayvie Diffenz ini merupakan produk suplemen keluaran Eskayvie yang dapat menyokong gaya hidup sihat setiap individu. Ia dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid, Halal dimakan dan paling penting produk ini telah pun mendapat kelulusan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

 

Eskayvie Diffenz diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.




Antara Manfaat Eskayvie Diffenz


1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5. Menyokong Kesihatan Sendi
6. Menyihatkan Jantung
7. Memberikan Tenaga
8. Mengawal Gula di Dalam Darah
9. Mencantikan Kulit
10. Anti Kanser & Anti Virus


4 Kandungan SUPERFOOD Terbaik Eskayvie Diffenz

Menariknya lagi Eskayvie Diffenz ini kaya dengan 4 kandungan SUPERFOOD terbaik untuk perlindungan tubuh badan kita. Di antaranya cendawan susu harimau, buah camu-camu, vitamin D, dan juga vitamin C.





1. Kaya dengan Vitamin C dan D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet
Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri,

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat
Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati. 




Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru serta meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga. 

 

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas. 




Testimoni Eskayvie Diffenz

Ikutkan dah ramai yang telah mencuba produk Eskayvie Diffenz ini dari rakan artis sehinggalah orang biasa. Boleh lihat testimoni mereka dibawah.
 
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati, Usaha Cegah Covic 19 Dengan Eskayvie Diffenz




Pengalaman Paknil selepas menerima suntikan pertama vaksin


 Angkara seorang habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19


Kisah tragis yang menimpa keluarga Effa


SOALAN & JAWAPAN

1) Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

 

2) Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

 

3) Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

 

4) Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

 

5) Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.


Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 6 019-6083027 untuk maklumat lanjut. 


Untuk makluman lanjut dan info terkini berkenaan Eskayvie Diffenz boleh rujuk dibawah:

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita

Thank you for reading!
Reading Time:

Friday, 30 July 2021

Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!
4:58 pm 5 Comments

 Finally, Intellifluence Influencer now available dekat Google Play Store & Apple App store. Lagi senang nak monitor lepas ini, tengok dalam smartphone sahaja, tak perlu nak buka laptop access website. Aku yakin korang juga suka dengan penambahbaikan yang dibuat oleh Intellifluence Influencer ini. Sesuatu yang lebih convenience untuk semua orang terutama buat freelance menulis sebagai jana side income.


Buat mereka yang tertanya-tanya apa itu Intellifluence Influencer ini, boleh refer previous entry.


Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence


Nak menulis ini, tak perlu pun nak guna ayat yang mombastik, paling penting kena rajin practice. At least 1 entry setiap hari (kalau ada masa terluang pun boleh juga practice). Yang penting apa yang kita nak sampaikan dekat orang, orang faham apa kita tulis. But, penulisan aku banyak pada personal ikutkan. Hadaplah, kisah kehidupan aku naik turun, jatuh bangun sendiri, bila diatas jangan pernah mendabik dada.


Berbalik kepada point asal, now Intellifluence Influencer dah ada dekat Google Play Store dan aku pun dah download dan view sendiri aplikasinya. Tak ada lack setakat ini, dari download sehingga review. Ada setengah aplikasi, ambil masa yang lama untuk access akaun, tapi Intellifluence Influencer ini lepas download untuk access akaunnya sangat smooth dan tak mengambil masa yang lama untuk loading.


Langkah-langkah Muat Turun Aplikasi Intellifluence Influencers di Google PlayStore


Langkah 1: Pergi ke Google Playstore search "Intellifluence" logonya seperti di bawah. Klik pada pautan "Install". Ambil masa tak sampai 5 minit dah boleh access akaun.


Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!



Langkah 2: Selesai muat turun dah boleh access akaun Intellifluence Influencers. Log in akaun Intellifluence, klik button sign ini. Lepas dah berjaya sign in akaun, paparan screen korang akan keluar seperti di bawah seperi profile, reports, marketplace, transactions dan juga dashboard.



Bahagian profile, memaparkan profile diri kita sendiri, ranking sosial media kita, pitch kita untuk tatapan client. Make sure, profile kena tip top, so potential client dan peluang untuk dapatkan job pun cerah.


Bahagian marketplace korang akan nampak seperti di atas, campaign yang masih on going dan suit dengan korang punya profile. Kalau invite friends register akaun Intelliflience Influencers pun ada dapat percentages dia. 


Bahagian transactions pula, korang boleh nampak progress kerja korang bersama Intellifluence Influencers, berapa banyak yang dah archieve, berapa banyak pending, task yang dah complete. Boleh monitor pada bahagian transactions ataupun report. Dua ini lebih kurang sahaja.

Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!

Bahagian report korang boleh tengok total earning, sama ada dah masuk account belum. Aku jarang juga buka, banyak campaign yang terlepas. Kalau korang rajin, betul-betul nak jana income menerusi penulisan, Intellifluence Influencers ini salah satu platform yang legit untuk korang buat duit. 


Market luar bayar tinggi, at least korang belajar asah penulisan hari demi hari. Pasti peluang lagi cerah nak dapat job. Pada mereka yang guna IOS aps / Apple Store boleh muat turun aplikasi Intellifluence Influencers di SINI.



Boleh refer video ini, langkah muat turun aplikasi Intellifluence Influencers di Google Playstore. Selamat mencuba!


Thank you for reading!

Reading Time:

Friday, 23 July 2021

McDonald’s Rai 65,000 Penghantar Makanan Malaysia dengan Inisiatif #LekLuMcDBelanja
9:23 am 5 Comments

 “Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”



Inilah ungkapan dari seorang rider, Mohamad Azyhan Musa, merangkap seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.


Jangan kita lupa jasa dan pengorbanan penghantar makanan, mereka juga salah seorang frontliner barisan hadapan, dimana sanggup meredah hujan, panas, ribut, bagi memastikan pelanggan dapat makan. Kekadang, perut mereka sendiri belum terisi lagi dengan makanan, mereka lebih enjoy melihat pesanan pelanggan sampai dengan selamat sehingga depan pintu rumah. Bagi mereka itu sudah cukup menggembirakan hati mereka. 



Penghantar makanan McDonald’s menerima set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju sempena kempen #LekLuMcDBelanja #Riderku pada 12 Julai 2021.

Justeru, McDonald’s Malaysia belanja seramai 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 



Usaha ini adalah susulan sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia berkata, “Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.” 

“Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

Susulan dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, seramai 65,000 penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan secara PERCUMA Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald’s seluruh negara.



Inisiatif ini sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan. kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Kelihatan wakil penghantar makanan Grabfood, FoodPanda dan McDelivery dari McDonald’s Sunway City Tambun. 

Jelas kelihatan wajah gembira salah seorang penghantar makanan McDonald’s apabila menerima set hidangan PERCUMA Quarter Pounder dengan Keju dari McDonald’s.



Penghantar makanan dari pelbagai platform sedang beratur untuk menebus set hidangan percuma  Quarter Pounder dengan Keju McDonald’s.


Inisiatif #LekLuMcDBelanja mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan, ramai penghantar makanan rasa gembira dengan kempen yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia ini. Sedikit sebanyak mereka rasa sangat dihargai. Boleh lihat dibawah kenyataan dan reaksi dari beberapa penghantar makanan yang menerima set hidangan Quarter Pounder dengan Keju.

William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.


Beliau menyatakan, “Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”


“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” 


Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

 “Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”


McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan #LekLuMcDBelanja


Diharap usaha murni McDonald’s belanja penghantar makanan, sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak lagi syarikat korporat yang lain untuk lebih prihatin, ambil peduli serta ada inisiatif dengan menyumbang kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh penghantar makanan di Malaysia. Penghantar makanan juga merupakan frontliner, tiada mereka kita semua juga boleh lumpuh tak dapat makan. 

Justeru itu, McDonald’s memandang tinggi penghantar makanan di seluruh Malaysia yang setiap hari bertungkus-lumus bekerja demi memastikan pesanan pelanggan dihantar dengan selamat dan tepat pada waktunya. Tambah-tambah sekarang, rakyat Malaysia memang dinasihati duduk di rumah jikalau tiada urusan penting. 


Diharap sekali lagi, semoga segala usaha murni pihak McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan ini dapat meringankan beban, memberi kelegaan, kemudahaan, kepada pekerja penghantar makanan (frontliner) akan berterusan sehingga negara kita bebas dari COVID-19. Sekali lagi terima kasih McDonald’s Malaysia!

Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini McDonald’s Malaysia, anda semua boleh kunjungi terus Official Facebook McDonald’s Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds.


Reading Time: