McDonald’s Rai 65,000 Penghantar Makanan Malaysia dengan Inisiatif #LekLuMcDBelanja - Azwar Syuhada

Friday 23 July 2021

McDonald’s Rai 65,000 Penghantar Makanan Malaysia dengan Inisiatif #LekLuMcDBelanja

 “Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”



Inilah ungkapan dari seorang rider, Mohamad Azyhan Musa, merangkap seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.


Jangan kita lupa jasa dan pengorbanan penghantar makanan, mereka juga salah seorang frontliner barisan hadapan, dimana sanggup meredah hujan, panas, ribut, bagi memastikan pelanggan dapat makan. Kekadang, perut mereka sendiri belum terisi lagi dengan makanan, mereka lebih enjoy melihat pesanan pelanggan sampai dengan selamat sehingga depan pintu rumah. Bagi mereka itu sudah cukup menggembirakan hati mereka. 



Penghantar makanan McDonald’s menerima set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju sempena kempen #LekLuMcDBelanja #Riderku pada 12 Julai 2021.

Justeru, McDonald’s Malaysia belanja seramai 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 



Usaha ini adalah susulan sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia berkata, “Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.” 

“Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.”

Susulan dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, seramai 65,000 penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan secara PERCUMA Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang, pada 12 Julai 2021, di restoran McDonald’s seluruh negara.



Inisiatif ini sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan. kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Kelihatan wakil penghantar makanan Grabfood, FoodPanda dan McDelivery dari McDonald’s Sunway City Tambun. 

Jelas kelihatan wajah gembira salah seorang penghantar makanan McDonald’s apabila menerima set hidangan PERCUMA Quarter Pounder dengan Keju dari McDonald’s.



Penghantar makanan dari pelbagai platform sedang beratur untuk menebus set hidangan percuma  Quarter Pounder dengan Keju McDonald’s.


Inisiatif #LekLuMcDBelanja mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan, ramai penghantar makanan rasa gembira dengan kempen yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia ini. Sedikit sebanyak mereka rasa sangat dihargai. Boleh lihat dibawah kenyataan dan reaksi dari beberapa penghantar makanan yang menerima set hidangan Quarter Pounder dengan Keju.

William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.


Beliau menyatakan, “Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”


“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” 


Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.

 “Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”


McDonald’s Malaysia Belanja Penghantar Makanan #LekLuMcDBelanja


Diharap usaha murni McDonald’s belanja penghantar makanan, sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak lagi syarikat korporat yang lain untuk lebih prihatin, ambil peduli serta ada inisiatif dengan menyumbang kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh penghantar makanan di Malaysia. Penghantar makanan juga merupakan frontliner, tiada mereka kita semua juga boleh lumpuh tak dapat makan. 

Justeru itu, McDonald’s memandang tinggi penghantar makanan di seluruh Malaysia yang setiap hari bertungkus-lumus bekerja demi memastikan pesanan pelanggan dihantar dengan selamat dan tepat pada waktunya. Tambah-tambah sekarang, rakyat Malaysia memang dinasihati duduk di rumah jikalau tiada urusan penting. 


Diharap sekali lagi, semoga segala usaha murni pihak McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan ini dapat meringankan beban, memberi kelegaan, kemudahaan, kepada pekerja penghantar makanan (frontliner) akan berterusan sehingga negara kita bebas dari COVID-19. Sekali lagi terima kasih McDonald’s Malaysia!

Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini McDonald’s Malaysia, anda semua boleh kunjungi terus Official Facebook McDonald’s Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds.


5 comments:

  1. Wow Quarter Pounder! Sedapnyeee T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan!! Untungnya jadi rider makanan ni :)

      Delete
  2. inisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah

    ReplyDelete
  3. Syok riders kita McD belanja. Tahniah McD sebab menghargai jasa food riders dan semoga berterusan kempen ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah Mekdi kerana menghargai jasa dan pengorbanan para rider. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!