Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store! - Azwar Syuhada

Friday 30 July 2021

Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!

 Finally, Intellifluence Influencer now available dekat Google Play Store & Apple App store. Lagi senang nak monitor lepas ini, tengok dalam smartphone sahaja, tak perlu nak buka laptop access website. Aku yakin korang juga suka dengan penambahbaikan yang dibuat oleh Intellifluence Influencer ini. Sesuatu yang lebih convenience untuk semua orang terutama buat freelance menulis sebagai jana side income.


Buat mereka yang tertanya-tanya apa itu Intellifluence Influencer ini, boleh refer previous entry.


Jana Side Income Tanpa Modal dengan Intellifluence


Nak menulis ini, tak perlu pun nak guna ayat yang mombastik, paling penting kena rajin practice. At least 1 entry setiap hari (kalau ada masa terluang pun boleh juga practice). Yang penting apa yang kita nak sampaikan dekat orang, orang faham apa kita tulis. But, penulisan aku banyak pada personal ikutkan. Hadaplah, kisah kehidupan aku naik turun, jatuh bangun sendiri, bila diatas jangan pernah mendabik dada.


Berbalik kepada point asal, now Intellifluence Influencer dah ada dekat Google Play Store dan aku pun dah download dan view sendiri aplikasinya. Tak ada lack setakat ini, dari download sehingga review. Ada setengah aplikasi, ambil masa yang lama untuk access akaun, tapi Intellifluence Influencer ini lepas download untuk access akaunnya sangat smooth dan tak mengambil masa yang lama untuk loading.


Langkah-langkah Muat Turun Aplikasi Intellifluence Influencers di Google PlayStore


Langkah 1: Pergi ke Google Playstore search "Intellifluence" logonya seperti di bawah. Klik pada pautan "Install". Ambil masa tak sampai 5 minit dah boleh access akaun.


Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!



Langkah 2: Selesai muat turun dah boleh access akaun Intellifluence Influencers. Log in akaun Intellifluence, klik button sign ini. Lepas dah berjaya sign in akaun, paparan screen korang akan keluar seperti di bawah seperi profile, reports, marketplace, transactions dan juga dashboard.



Bahagian profile, memaparkan profile diri kita sendiri, ranking sosial media kita, pitch kita untuk tatapan client. Make sure, profile kena tip top, so potential client dan peluang untuk dapatkan job pun cerah.


Bahagian marketplace korang akan nampak seperti di atas, campaign yang masih on going dan suit dengan korang punya profile. Kalau invite friends register akaun Intelliflience Influencers pun ada dapat percentages dia. 


Bahagian transactions pula, korang boleh nampak progress kerja korang bersama Intellifluence Influencers, berapa banyak yang dah archieve, berapa banyak pending, task yang dah complete. Boleh monitor pada bahagian transactions ataupun report. Dua ini lebih kurang sahaja.

Intellifluence Influencers Now Available at Google Play Store & Apple App Store!

Bahagian report korang boleh tengok total earning, sama ada dah masuk account belum. Aku jarang juga buka, banyak campaign yang terlepas. Kalau korang rajin, betul-betul nak jana income menerusi penulisan, Intellifluence Influencers ini salah satu platform yang legit untuk korang buat duit. 


Market luar bayar tinggi, at least korang belajar asah penulisan hari demi hari. Pasti peluang lagi cerah nak dapat job. Pada mereka yang guna IOS aps / Apple Store boleh muat turun aplikasi Intellifluence Influencers di SINI.



Boleh refer video ini, langkah muat turun aplikasi Intellifluence Influencers di Google Playstore. Selamat mencuba!


Thank you for reading!

5 comments:

  1. tq fo sharing awk.. mmg berguna untuk semua blogger.. busyra pun dh dpt 2 job dri mereka.. alhamdulillah. jom sama2 kita buat duit.

    ReplyDelete
  2. memang berbaloi dengan Intellifluence ni...entry umi pun dok terbengkalai dalam draf hehee

    ReplyDelete
  3. Dah register juga. Tapi tak explore lagi. huhu

    ReplyDelete
  4. Syu pun guna apps ni. Senang nak monitor job dekat Intellifluence. Lagi satu tak payah nak log in banyak2 kali macam guna kat website tu😂

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnye tapi belum register lagi hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!