Salam to all readers,
| Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini pada Harga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)! | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan. Moga Ramadan kali ini lebih barakah. Bila tiba Ramadan masing-masing mesti tengah cari port menarik untuk bufet Ramadan kan? Yes, Ramadan kali ini, Bangi Golf Resort (BGR) sekali lagi menawarkan menu Bufet Ramadan, dengan menghidangkan ariasi juadah tradisional yang digemari ramai serta sajian baharu yang kreatif, disediakan dengan penekanan terhadap kualiti dan kelestration, bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026.
Raikan Ramadan 2026 denga Cita Rasa Terkini pada Harga Menarik di Bangi Golf Resort (BGR)!
Ada Lebih 100 Pilihan Hidangan Boleh Nikmati!
Siapa kaki makan bufet korang wajiblah booking berbuka puasa dekat BGR. Pada tahun ini, BGR menawarkan lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa yang menyelerakan, serta menampilkan resipi istimewa hasil sentuhan kulinari BGR sendiri. Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Kambing Golek, yang dipanggang dengn sempurna, Sup Kambing, Satay ayam resepi istimewa, Gyoza Dumpling resepi istimewa, Nasi Kerabu, serta hidangan popular Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma.
Ini paling laju habis dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.
Daging Masak Hitam
Brokoli & Bunga Kubis dengan Sos Sayuran
Telor Podimas
Sambal Sotong Kembang
Telor Tomato Sos Masam Manis
Ayam Gulai Pedas
Daging Masak Hitam
Sayuran Kari India
Memperkenalkan Sajian Tradisi India Selatan
Tahun 2026 ini, BGR memperkenalkan sajian tradisional India Selatan seperti Ayam Pallipalyam, Mutton Ghee Roast, Sayur Kurma, Sambar, Telur Podimas, dan Gobi Manchurian. Pengalaman ini turut dilengkapkan dengan pencuci mulut klasik India Selatan seperti Kesari dan Payasam.
Bukan itu sahaja, tahun ini juga BGR turut membawakan Ramen Ayam tradisional dan Ramen Dumpling Udang yang menyelerakan, ia dimasak menggunakan stok udang Jepun istimewa yang direneh dengan penuh teliti dan diolah khasi mengikut cita rasa tempatan ianya menghasilkan gabungan unik antara keaslian tradisi Jepun dan sentuhan moden yang memikat selera. Wajib try kalau datang iftar dekat sini, betul-betul merecik rasanya.
Pelbagai Jenis Kuih-Muih Tradisional Disajikan
Buat pengemar pencuci mulut pasti terpesona dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional, termasuk Pulut Putih bersama Serawa Durian yang lemak manis dan menjadi kegemaran ramai. Hidangan pencuci mulut ala Barat turut melengkapkan lagi bufet, manakala stesen Churros "Live" yang disajikan panas bersama sos coklat buatan sendiri menambah kemerihan serta memberikan sentuhan ceria dan pengalaman indah sewaktu berbuka puasa.
Manakala, golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan, turut diraikan dengan aneka hidangan manis dan lazat seperti Mac & Keju, Kentang Goreng Berperisa, Ais Krim Lembut, Betih Jagung Karamel, dan Gula-gula Kapas, serta kemudahan Istana Belon untuk hiburan mereka.
Rasai Keenakan Telur Separuh Masak di BGR
Ini one of menu signature dekat Bangi Golf Resort, kalau korang datang berbuka dekat sini. Please try!! Aku repeat sampai 2 kali ya, sedap ya ampung. Gabungan telur separuh masak dan sos espuma cendawan dia memang merecik la. Telur tak bau hanyir langsung. Pasti nak datang nak repeat lagi.
Muka banyak happy dapat makan. Komitmen BGR terhadap kualiti dan keselamatan makanan diperkukuhkan dengan pensijilan HALAL JAKIM (sejak tahun 2009) dan pensijilan HACCP (sejak 2021). Pada tahun 2026, BGR melangkah lagi ke hadapan dengan memperoleh FSSC 22000, sekaligus memperkukuhkomitmen terhadap piawaian kebersihan dan keselamatan makanan bertaraf antarabangsa yang lebih tinggi.
Demi keselesaan para tetamu, BGR turut menyedikan sehingga 800 petak parking percuma serta kemudahan surau yang luas dan selesa untuk kegunaan tetamu lelaki dan wanita.
Nimati Bufet Ramadan BGR dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026 pada harga yang berpatutan:
- Harga Tempahan Awal (Tempoh tempahan: 1 Jan -19 Feb 2026) - Serendah dari RM60.00+ seorang dewasa dan RM30.00+ seorang kanak-kanak
- Tempahan Berkumpulan - Nikmati kadar istimiewa untuk tempahan berkumpulan. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi: https:..bangigolfresort.com/ramadan-buffet-2026/
- Harga Wal-in - RM88.00+ seorang dewasa dan RM44.00+ seorang kanak-kanak
Jadi apa tunggu lagi, book calendar korang semua ajak mak ayah, adik-beradik, rakan-rakan, officemate, datang iftar di Bangi Golf Resort (BGR) dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang penuh bermakna, kaya dengan tradisi serta keistimewaan rasa.
Selamat Menyambut Bulan Puasa yang bakal tiba tak lama lagi guys!
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!