Salam to all readers,
| Staycation 3H2M di Jakarta, Indonesia [Part 2] | Btw, selamat tahun baru ualls!! Punya berzaman aku tak sentuh blog weyh, aku buka laptop pun jarang, buka pun hujung bulan, settlekan komitmen, kemudian tutup. Dari haritu nak sambung cerita Jakarta trip, sampai kesudah tak ber update rupanya. Alhamdulillah, aku masih bernafas, dan diberikan kesihatan yang baik, aku doakan korang yang membaca blog ini dalam keadaan baik. Sebelum aku nak story sambungan Jakarta aku ni, bagi aku meluahkan apa yang aku nak luahkan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak melangkah ke bulan Ramadhan, rasa cepat sangat masa berjalan.
Aku nak share dengan korang, aku sekarang tengah aktif buat affiliate tiktok, aku buat lepas kerja dengan weekend, bagi mengisi masa lapang (yang ya, tengah cari duit lebih). Moga ada nampak manis-manisnya kemudian hari. Ayuhlah kita story lagi perjalanan kita berjalan ke Jakarta tahun sudah, tahun ni kalau takde halangan akan ke Indonesia sekali lagi, tapi tempat lain. Jadi mengelakkan tertangguh story ini, mari kita selesaikan malam ni, pada aku 3 hari 2 malam di Jakarta tak cukup puas, walaupun dah padat jadual waktu tu, Hari ke-2 lepas breakfast di hotel, kiteorang naik grab pergi ke By The Sea 2, dia ala-ala JPO, siapa yang tahu local brand Indonesia, dia pasti akan datang ke sini. Tapi disebabkan aku bukan fashionable punya orang, jadi aku tak aware la. Tapi aku nasihatkan, korang bawa kipas kalau datang sini, panas weyhhh.. Datang sini punyalah lama, singgah adalah dalam 30min, terus kiteorang chaw makan tengahari.
Budak ini paling happy, pantang nampak slide, dia boleh main punya lama. Panas pun takpe katanya. Bila nak gerak pergi tempat lain, marah gaklah.
Selain pakaian, di Jakarta pun cukup terkenal dengan perfume weyh. Macam-macam jenama ada. Yang penting dekoraction kedai perfume ini nice sangat. Gemok btul aku masa pergi Jakarta. hahaha.. Memandangkan keadaan dekat sini macam tak berapa best, kiteorang pun chaw terus pergi makan tengahari di Roemah Kroton. (tolong waze mana tempatnya ya). Ini kakak ALif Syukri yang rekomen makan dekat sini kata sedap. Masa kiteorang datang makan dekat sini, kebetulan ada kakak Alif Syukri dengan family makan juga waktu yang sama, tapi kiteorang tak tegurlah.
Restoran Roemah Kroton, Jakarta
Menyajikan masakan Indonesia sajian ayam penyet, ayam bakar semua ada. Orang kata goreng pisang dekat sini sedap. Tapi masa kiteorang datang tu dah habis pula.
Dalam pada nak shopping sikit-sikit, kau tengok dia borak sekotak terus. Asalnya nak cari biskut roti Bagelen tu jer. Sudahnya diborongnya kerepek sekali. Kalau korang datang sini boleh rasa dulu before beli. Kerepek belinjar sini sedap weyhh..
Selesai shopping dekat kedai kerepek ini, kiteorang bergerak ke Grand mall semula, cadangnya nak try kopi iral dalam Plaza Indonesia, tapi terlalu ramai dekat kedai coffee tu, sudahnya kita try minum dekat Coach. Sementara tunggu air siap, moksu aku pergi amek bibik and Aireen dekat playground.




















No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!