Fry-volution: Philips Memperkenalkan Penggoreng Udara Serba Boleh Siri 5000 - Inovasi SteamFry hadir mengubah cara kita menikmati masakan kegemaran - Azwar Syuhada

Thursday, 5 February 2026

Fry-volution: Philips Memperkenalkan Penggoreng Udara Serba Boleh Siri 5000 - Inovasi SteamFry hadir mengubah cara kita menikmati masakan kegemaran

 Salam to all readers,




|  Fry-volution: Philips Memperkenalkan Penggoreng Udara Serba Boleh Siri 5000 - Inovasi SteamFry hadir mengubah cara kita menikmati masakan kegemaran |  5 Feb 2026 - Philips sekali lagi menempa pencapaian yang membanggakan dengan mengeluarkan inovasi terbaru dan lebih canggih, pendek cerita serba boleh iaitu Penggoreng Udara Philips Siri 5000. Ia direka khas untuk merombak gaya memasak di rumah, penggoreng udara model ini menggabungkan fungsi Mengukus, Menggoreng Udara dan Mengukus + Menggoreng Udara dalam satu peranti canggih yang dikuasakan oleh  Teknologi RapidAir™ yang dipatenkan. 



“Penggoreng udara ini bakal meningkatkan pengalaman memasak di rumah dengan menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng udara serta pembersihan yang mudah dalam satu peranti, dikuasakan oleh Teknologi RapidAir™ kami untuk mendapatkan hasil yang sekata, rangup di luar, berjus dan lembap dengan penambahan fungsi mengukus. Kami yakin ini adalah permulaan kepada satu fry-volusi sebenar di dapur, dan kami semua amat teruja,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial, Philips Domestic Appliances Malaysia.



Antara ciri-ciri utama Penggoreng Udara Philips Siri 5000 termasuk:


  • Kapasiti 7.2L, sesuai untuk seisi keluarga dalam menyediakan hidangan lengkap dengan mudah
  • Teknologi RapidAir™ untuk memasak dengan pantas dan sekata tanpa kesan hangus
  • Fungsi mengukus untuk membantu mengekalkan kelembapan dan zat dalam makanan
  • Fungsi menggoreng udara untuk hasil rangup dengan menggunakan minyak yang minimum atau tanpa minyak
  • Fungsi Mengukus + Menggoreng Udara menggabungkan fungsi mengukus dan menggoreng udara menjanjikan tekstur, rasa dan kualiti makanan yang optimum
  • Fungsi SteamClean pembersihan sendiri, menggunakan wap untuk menanggalkan kesan minyak dan memudahkan pembersihan selepas memasak

Ada lebih 50 wartawan jemputan, pencipta kandungan gaya hidup serta personaliti popular untuk
mencuba sendiri keupayaan peranti ini melalui demonstrasi memasak secara langsung, sesi merasa
interaktif dan penerokaan produk secara peribadi datang menghadiri majlis pelancaran Penggoreng
Udara Philips Siri 5000 yang berlangsung di sebuah acara eksklusif di Kuala Lumpur. Acara
ini mempamerkan bagaimana gabungan mengukus dan menggoreng udara mampu mengubah
hidangan harian menjadi sajian bertaraf restoran dengan usaha minimum.



Fry-volution: Philips Memperkenalkan Penggoreng Udara Serba Boleh Siri 5000 - Inovasi SteamFry hadir mengubah cara kita menikmati masakan kegemaran

Pelbagai aktiviti menarik boleh sertai before majlis pelancaran, dimana ada 4 mission kami kena
selesaikan, antaranya draw an ingredients dalam air fryer, snap and win, philips airfryer feature finder,
and testimonial (dapat rasa masakan brokoli lepas masak dalam air fryer). Sedap ya!





Selain itu, demonstrasi memasak secara langsung oleh Pencipta Kandungan Jemputan, Shafique Cute yang menunjukkan cara Penggoreng Udara Philips Siri 5000  ini membantu mengekalkan kualiti makanan, zat serta meningkatkan tekstur melalui fungsi Mengukus + Menggoreng Udara. Ini diikuti dengan SteamFry Showdown yang meriah oleh Chef Sarah Huang Benjamin, dengan memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk menguji sendiri keupayaan peranti tersebut, sekali gus membuktikan fungsi serba boleh, penggunaan mudah dan hasil masakan yang sekata.



Antara peserta yang menyertai challenge memasak menggunakan Air Fryer Siri 5000. Masing-masing memang talent. Tahniah buat mereka yang berjaya!



Penggoreng Udara Philips Siri 5000 ini adalah sebuah evolusi sebenar dalam bidang masakan di rumah: Masakan Lazat Kini Lebih Mudah. Dengan menggabungkan kapasiti besar, teknologi memasak paling canggih dan penyelenggaraan yang mudah dalam satu peranti, peranti ini memudahkan isi rumah yang sibuk untuk menyediakan makanan sihat dan berkualiti untuk seisi keluarga dengan cepat dan mudah setiap hari. 








Kami turut dijamu makanan yang sedap semasa majlis pelancaran eksklusif Airfryer Siri 5000 ini. Ada yang dah ready nak
ada Airfryer Siri 5000 ini? Mana parent yang sibuk bekerja tapi nak masak dengan cepat, orang bekerja, wajib
ada satu benda ini dirumah. Jimat masa dan tenaga tau.


Berminat untuk Membeli?

Penggoreng Udara Philips Siri 5000 ini boleh dibeli di semua cawangan Harvey Norman. 


Dapatkan Penggoreng Udara Philips Siri 5000 menerusi kedai Harvey Norman dengan baucar diskaun eksklusif yang ditawarkan khas kepada semua tetamu jemputan. 


Penggoreng udara ini kini boleh didapati untuk tempoh terhad pada harga RM799.



Apa tunggu lagi, pergi serbu Harey Norman segera!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!