BEST Water Park at Selangor! SplashMania @Gamuda Cove! - Azwar Syuhada

Saturday, 6 September 2025

BEST Water Park at Selangor! SplashMania @Gamuda Cove!

 Salam to all readers,


| BEST Water Park at Selangor! SplashMania @Gamuda Cove! | Siapa mengikuti aku di TikTok or Instagram tahulah aktiviti hujung minggu kalini dah kurang pergi hiking lebih banyak masa dengan family. Ada je niat pergi hiking, tapi now kumpul duit nak jenjalan je dulu. Kita join running chills je. Auto jadi parenting punya profile pula, dah asyik pergi keluar port tempat main budak-budak. Disclaimer, budak-budak tu sorang anak buah aku Aurora, had kecik tu si Aireen anak moksu aku. Ikutkan banyak je nak story dalam blog, tapi nak curi masa buka laptop, nak menaip lagi, perghh macam bercinta malasnya.


So, disebabkan weekend ni cuti panjang aku curi masa type dalam blog, bagi blog aku ni hidup sikit. Takdelah korang baca cerita basi. Kali ni aku nak share story kiteorang pergi SplashMania @Gamuda Cove Kuala Langat sana. Ya, yang had tepi jalan tu. Bagi menceriakan 2 kiddo yang suka main air. Kiteorang pergi July haritu, perghh September baru nak update. Korang patut bersyukur, aku bangun pepagi lepas Subuh, menaip blog, bukan senang ya. Kalau tak aku bangun pagi duk sental bilik air, kemas rumah then continue buat content affiliate TikTok aku. Weekend kira aku kerja untuk sosial media aku. Penat memang penat tapi aku nak tengok hasilnya. Sekarang masih menuai baja lagi. hehe.. Doakanlah ya.


SplashMania takdelah besar mana kalau nak bandingkan SUnway Lagoon. Tapi bagi aku just nice place nya. Aku prefer pergi SplashMania sebab jalan tak berapa nak jauh, Sunway memang besar nak jalan satu tempat ke satu tempat, jauh mat. Trip kalini, family abang aku ikut, Abang, Kak Yana, Aurora, Moksu, Aireen dan juga bibik. Abang aku gerak dari rumah dia, aku dengan moksu gerak dari Telok sebab balik rumah mak hujung minggu tu. Kiteorang sampai dekat SplashMania around jam 10.00am macam tu, time tu pun dah start ramai beratur ya, mujur parking senang dapat.



Orang dah start beratur dari luar untuk ke main entrance. 



Ruang parking, bayaran per entry RM10 tak silap aku.


BEST Water Park at Selangor! SplashMania @Gamuda Cove!

Sungguh pun ramai, nak masuk tak ambil masa yang lama pun, tahu-tahu je dah masuk. Abang, Kak Yana dan Aurora dah hilang entah ke mana. Apa aku suka sini banyak slides, ada port khas untuk kana-kanak yang bawah 5 tahun, jadi selamat sikit, paling penting parents pun boleh join sekali.


BEST Water Park at Selangor! SplashMania @Gamuda Cove!

See! Ini port budak-budak, if korang ada anak-anak kecik kalau tengah cari port riadah during weekend boleh consider SplashMania ini, anak enjoy, parent pun tak ketinggalan seronok sakan. Slides tu Aurora dengan Aireen naik ada lebih 5 kali jugalah. Dah pusing-pusing sini, aku dengan bibik tak lepaskan peluang main slides yang besar tu, Monsta Twists. Best gila, naik sekali jelah sebab kena beratur panjang. Kiteorang naik pun dah start jam 12.00pm beratur.




Sementara tunggu turn nak naik, minta bibik ambilkan gambar jap. Had belakang tulah kami naik. Tengok orang naik terjerit-jerit. Sampai aku dengan bibik naik, duk ketawa je. hahaha..Bibik tak takut naik benda alah ni. Dia lagi berani dari aku tau.





Inilah slide untuk budak-budak juga. Kalau budak 3 tahun ke bawah kena ada sorang parents naik sekali. Best juga tengok budak-budak main benda alah ini. Paling Aireen suka masuk dan semua orang kena kerah main sekali adalah masuk river, lebih 10 kali jugalah kiteorang kena round. 




Kita sewa pelampung ini nak bagi senang Aireen main, sekali dia taknak guna ya, akulah jadi dugong naik pelampung, gilir-gilir dengan bibik. Si Aurora naik kejap, mentang-mentang dua-dua pandai berenang, terkapai-kapai aku naik pelampung ini hah. Lama jugalah kiteorang berendam dari jam 10.00am sehinggalah ke pukul 2.00pm lebih. Dekat pukul 3.00pm jugalah baru kami keluar dari SplashMania.



Dekat laluan rier ini ada port-port nice bergambar, salah satunya, Pinnacle Creek ini. Cantik sangat ukirannya, nampak macam real punya ya. Ada satu port renang tu macam ombak. Aku tak snap gambar pula dalam tu sebab bila masuk terloncat-loncat. hahaha..



Dah puas berendam, mesti lapar punya. Jadi kiteorang berhenti main jap makan. Port makan sini ada satu stall boleh beli dekat situ, boleh bayar guna QR. Don't worry. Sediakan duit jelah, tapi harga makanan sini boleh tahan mahal jugalah. Kiteorang makan burger, fries, spagetti tak silap.


Ini port beli makan, i tempat beli. Port untuk ambil makanan, kena jalan sikit. Tapi takdelah jauh mana. Kiteorang park beg mandi dekat slides budak-budak. Letak beg situ, dan merayau la mana-mana tempat mana nak mandi. Lepas makan ni, sambung lagi mandi sampai penat main. Budak 2 kiddo tu tak reti penat, bila mak-mak dah penat nak naik, kena pujuk ya, adalah babak-babak akal taknak naik tu.


Ruang toilet wanita dia pun bersih dan luas. Lepas mandi, boleh solat. Bilik mandi ini dengan bilik solat link, jadi senang nak gerak. Bilik locker pun satu port. Kiteorang amek satu locker je yang had besar boleh sumbat banyak barang. 



Dah masuk jam 11.00am ke atas orang dah semakin ramai, dan hari semakin panas ya. hahah...Tapi masing-masing enjoy, mana taknya dapat main air sehari suntuk. Berendam lama-lama pun takpe. Jadi, net time kalau korang nak bawa anak-anak pergi mandi manda bolehlah consider SplashMania @Gamuda Cove ini. Memang sesuai bawa kanak-kanak bawah 7 tahun, banyak port mak ayah boleh naik sekali. Taman tema air dia pun cantik, slides tak usah cakaplah banyak okay.

Orang kata, datang malam lagi best, boleh layan lampu. Cuaca pun sejuk. Mana-mana pun okay je pada aku, asalkan dapat pergi. Harga tiket masuk SplashMania boleh check di bawah;




Harga tiket Masuk SplashMania @Gamuda Cove;


[Weekday] Entrance Ticket
Orang dewasa (13 tahun 59 tahun): RM112.50
Kanak-kanak  (3 tahun-12 tahun) / Senior Citizen (60 ke atas): RM99


[Weekend/Holiday] Entrance Ticket
Orang dewasa (13 tahun 59 tahun): RM125.00
Kanak-kanak  (3 tahun-12 tahun) / Senior Citizen (60 ke atas): RM110



Ini harga dekat Klook. Kalau korang nak jimat boleh guna Shopback masa beli, boleh dapat pulangan balik. Jangan lupa follow SplashMania punya official laman sosial kot-kot ada diskaun/promo. Apa-apa pun, hidup kena enjoy.

Thank you for reading guys!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!