Percutian 3H2M ke Pulau Redang, Terengganu [Part 2] - Azwar Syuhada

Thursday, 28 August 2025

Percutian 3H2M ke Pulau Redang, Terengganu [Part 2]

 Salam to all readers,


| Percutian 3H2M ke Pulau Redang, Terengganu [Part 2] |  Hari kedua di Redang, sesudah solat Subuh masing-masing pakat siap awal, sebab pagi tu kiteorang kena get ready jam 9.30am untuk pergi snorkelling lagi dan lagi. Jam 8.30am pagi dah keluar pergi dewan makan untuk breakfast. Breakfast sini meriah juga ada nasi lemak, roti bakar pun ada. Better datang awal, makanan pun elok tak berkocah sangat. Nanti dah ramai datang mesti rupa tak semengah punya.




Group aku kira kecik yang join, banyak lagi group yang datang dalam kelompok besar, jadi dorang nak pergi snorkelling more privacy, nak naik boat satu kumpulan dorang dorang je. Mujur ada satu family ni ramai juga tapi okay je kiteorang join sekali naik boat. Family tu pun jenis sporting. Konon dah siap awal takdelah benda tercicir, rupanya kena pakai tag Redang dekat pergelangan tangan masa kiteorang sampai first day tu pula. Sudah, nak kena pergi cari balik dalam bilik.



Hari ke-2 kami snorkelling dekat sini. Memang ramai sebab banyak agensi lain datang port yang sama. Jadi bila dah ramai-ramai kena lebih peka dengan keselamatan. Air laut memang cantik, tapi kadang-kadang makan diri juga. 


Mujur abang yang bawa kiteorang tu kata takpe bawa je resit tiket masuk tu pun boleh. Tu je kiteorang ada. Perjalanan nak ke bahagian snorkelling ni ambil masa 30minit macam tu. Masa kiteorang sampai tu punyalah ramai orang dari group-group lain. Time kiteorang sampai tu, air memang tengah tinggi, jadi pic yang incharge kiteorang tu ada advice mana tempat kiteorang boleh berenang. Aku memang idaklah nak ketengah, aku main pasir je, si Hanum and Zira yang gigih ke tengah. Tambah phone aku tak boleh buka,jadi tak keruanlah. Aku phone ni macam nyawa kedua akulah, sebab everything in there. Aku pula jenis suka snap and rekod apa benda aku buat, bila tak dapat rekod/ or snap picutre auto tak keruan. 


Hanum adalah bagi pinjam guna phone dia snap photo and video, tapi takkanlah aku nak penuhkan album dia. Sikit-sikit jelah aku tangkap. Selesai mandi manda, kiteorang bergerak balik ke chalet semula, sampai chalet dah masuk makan tengahari, jadinya sebelum balik ke bilik, kiteorang makan tengahari siap-siap. Sini tak usah risau, makanan banyak dan mengenyangkan. Selesai makan, baru kiteorang balik ke bilik. Petang tu ikutkan ada lagi 1 round untuk pergi snorkelling. Tapi kami bertiga sepakat tak join belah petang, konon nak jalan-jalan sekitar challet. Memang jadi setelah masing-masing kekenyangan tidur lepas balik makan tengahari. Disebabkan phone aku tak boleh onn, aku kemas beg apa patut dulu, sebab keesokan harininya kena check out jam 9.00am. Takut kalut kemas je apa patut.



Yeahh!! Petang tu, lepas Asar kami berjaya keluar dari bilik untuk bersiar-siar di keliling pantai. Teman Hanum shoot video Hindustan, aku dengan video affiliate (tolong support siapa follow dekat TikTok). hehehe..Lama jugalah kiteorang melepak dekat luar, konon nak tengok matahari terbenam, sekali tak tahu pula belah mana.Tengok jelah pantai. Area pantai juga ada jual-jual pisang goreng, keropokk lekor air kelapa pun ada. Cuma keras sikitlah harganya dekat tepi pantai ini. 


Maka, berkahirlah trip kami dekat Pulau Redang. Pada aku syok juga datang sini cuma tak banyak aktiviti boleh buat melainkan kau pergi bercuti dengan family ramai-ramai. Memang syok. Tak dapat disangkal juga, sini memang sesuailah orang baru kawen datang honeymoon, pantai cantik, kawasan bersih, pulau kira terpencil, boleh buat snorkelling sampai lebam. hahaha..


Hari-3, awal pagi masing-masing kalut bersiap, selesai mandi pagi kami cepat-cepat ke kantin untuk breakfast (nasi lemak, dan roti bakar). Tak dan nak tangkap gambar. Selesai breakfast balik ke bilik keluarkan barang kena check out jam 9.00am.Tapi nak dijadikan cerita, kiteorang memang kena keluar jam 9.00am tapi duduk melanggut dekat luar sampai jam 11.00am pagi weyhh.. Kalau tahu boat tu lambat sampai jam 11.00am awat suruh kiteorang keluar jam 9.00am. Kesian mak bapak yang angkut baby kecik. Aku bantai tidur dekat pondok. Asalkan bersih berangin, kita okay je tidur mana-mana.



Finally Ferry pun sampai, sambung lagi tidur dalam ferry, memandangkan perjalanan naik ferry ini pun lama wak. Sejam lebih jugalah. Dalam pukul 1.00pm macam tu kiteorang masih dalam ferry. Sampai dekat tamadun Islan dekat pukul 2.00petang, terus solat baru keluar. Sebelum berangkat pulang ke Selangor kiteorang sempat singgah ke Pasar Payang, Terengganu, untuk shopping. Disebabkan aku takde cash, nak guna ewallet takde terpaksa juga aku meminjam duit member. Aku shopping pun tak banak.


Selesai shopping barulah kami berangkat balik ke Selangor. Thank you Zira, drive pergi balik dengan selamat walaupun berzikir juga aku dia bawa kereta. Mujur semua baik-baik sahaja. Hopefully next round ada rezeki pergi tempat lain pula.


Thank you korang sudi baca!


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!