Family Day Out! Coretan Buat Adik Aku yang Dah Dapat Kerja! - Azwar Syuhada

Thursday, 29 May 2025

Family Day Out! Coretan Buat Adik Aku yang Dah Dapat Kerja!

 Salam to all readers,


Aku tak sure masih relevan lagi ke tulis blog ini. Aku dari dulu rasa nak stop menulis tapikan, jiwaku meronta-ronta tak bagi aku stop, disebabkan di sini port aku coret apa terluah dihati, benda-benda yang mengembirakan aku untuk aku kenangkan semula. Mana tahu, dah tua nanti aku tak ingat boleh aku baca blog aku ni ibarat baca diary. Aku pula tak boleh tulis diary, tulisan aku bulat-bulat, not nice pada aku. Berbalik pada tajuk, semenjak setahun dua ni, family aku kerap jugalah outing bersama. Tambah-tambah tahun lepas adik aku free, asyiklah dia ke Puncak Alam angkut mak aku, dah serupa orang balik kampung. Sampai aku ini, jarang balik ke Klang, asyik balik rumah moksu aku. Dah mak aku dekat Puncak Alam, abang aku turun rumah moksu aku jelah.



Aku kena balik jugalah Klang, kang merajuk anak bulus aku sekor tu. Asyik kena tinggal hujung minggu. Awal tahun haritu je, aku betul-betul bercuti dekat rumah mak, disebabkan kaki patah. Now, kaki dah baik asyiklah hilang hujung minggu. Tak lekat dirumah, now family nak ajak keluar pun booking 2 minggu awal. Aku ada je aktiviti buat. Don't waste your time dear, hari-hari adalah masa yang begitu berharga untuk generate income. Adakala orang nampak kita seronok jalan sakan sana sini, aku seronok-seronok juga, tapi ada had nya. Contoh kalau bulan ni aku dah spend banyak ni untuk pergi mana-mana trip, next month aku takkan berjalan topap balik duit yang aku guna. Ukur baju dibadan sendiri, kalau nak pergi memana-mana, kita tak boeh nak terikut-terikut apa orang buat. Duit banyak belakang kira.




Panjang pula mukadimah aku, walhal aku nak story perihal adik aku seorang ini. Ya, adik aku dah dapat kerja. Syukur Alhamdulillah! Apa yang diimpikan tercapai jua, setelah sekian lama meratib siang malam pagi petang,dekat mak aku bila nak dapat kerja. Bila nasihat tak mendengar, kita jadi pendengar jelah. 



Aku kalau dekat dia memang mendidih je dibuatnya, tapi tulah air dicincang takkan putus. Buruk mana pun darah daging kita. Adik aku ni ada je baiknya, biasalah budak baru nak meningkat remaja, tak kenal dunia lagi. Dia dengan abang aku nampak je ganas, walhal kuat menangis, apa-apa mesti cerita mak. Dua-dua mengata each others, walhal perangai dua-dua sama. Aku malas nak melayan.


Aku pula perahsia sikit, tak semua aku story dekat mak aku. Aku suka buat keputusan sendiri. Bila aku penat aku tidur, paling baran bila cuit masa aku tidur. Kalau aku marah, aku senyap. Tapi bila aku meletup, semua habis terkeluar, jadi jangan sesekali bermain dengan api. Aku kalau tak suka, memang aku cut off. Aku okay sensorang, sebab aku boleh berfikir dengan waras. 


Berbalik pada adik aku nak dapatkan kerja, aku nampaklah kesungguhan dia nak mencari kerja. Kita tengok pun kesian tak dapat kerja lagi, tapi disebabkan dia ni baran, kita mampu cakap rezeki tu ada cuma lambat atau cepat. Ada orang menganggur 2-3 bulan, ada sampai setahun menganggur untuk capai pekerjaan yang diidamkan, ada gak yang kerja luar bidang yang dipelajari. Semua berbalik pada rezeki masing-masing. Now, berkat kesabaran kau duk meratib pagi petang siang malam, pergi port Klang, sana sini interview, dapat juga syarikat perkapalan kau nak tu. Punyalah menyengih sampai ke telinga, kita tumpang happylah dia dapat kerja, walaupun perangai dia kadang-kadang buat aku menyampah kekadang.




Adik aku kalau menyembang ibarat ceritanya gajah pun boleh terbang. Kalau kita tak dengar story dia mulalah nak merajuk. Iakan je apa dia cerita. Perangai yang tidak-tidak. Hidup ini tak harmonilah kalau tak gaduh, hidup kita kena gaduh sikit baru erat lagi hubungan. Lepas ini mak boringlah takde siapa nak dijeritkan hari-hari. Si Citamlah lepas ni kena tadah telinga. 




Aku ni bukanlah kakak yang suka guna madah-madah manis lagi dekat laman sosial, nak acah-acah adik beradik sweet memang taklah. Jauh sekali. Apa aku boleh nasihatkan, jagalah diri dekat negara orang, jangan lupa solat, mengaji. Simpan duit, bagi mak duit. Jangan nak baran. Jauh mana kita berada berbalik pada Tuhan. Apa-apa pun selamat maju jaya, dan Selamat berangkat ke Singapore.

 


No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!