Salam to all my readers,
| Pengalaman Hiking Gunung Silipat, Betong Thailand! | Nak jadikan cerita minggu lepas aku berkesempatan sertai trip hiking ke Gunung Silipat. Dia dalam pada sakit baru baik, training pun tak, duit ada sejemput, gigih juga korek nak pergi. Bila lagi ya dak? Trip ini under tripbudget. Aku pergi 26-27 February 2025. Hiking 2H1M. Tapi malam Jumaat dah gerak dari KL, tak dikiralah, kita kira dah sampai sana seawal 7pagi di imegrsen Thailand. Ini merupakan solo trip aku, aku kenal pun sorang member je dalam ini, kenal pun kawan atas kawan. Jangan risau dekat sana ramai je kenalan baru korang boleh jumpa.
Trip ini ada 42 orang, rata-rata student, husband and wife even Chinese people pun join sekali. Gunung Silipat ini tidak asing lagi, yang cukup popular untuk melihat awan karpet. Alhamdulillah urusan dari awal pergi sehingga nak balik dipermudahkan. Ini kira first time aku gerak solo, sampai sana baru dapat kenalan. Ikutkan jadual agak pack trip ini, memandangkan ia percutian bajet 2 hari 1 malam. Jumaat malam tu tak dikira sebab baru nak gerak dari KL. Aku pergi under Tripbudget, korang boleh tengok IG dorang if ada open lagi tak trip ini.
26/4/2025 - Sabtu
Sekitar jam 7.00am macam tu kami dah pun masuk sempadan Thailand, sementara menunggu urusan imegresen selesai kami sempat bergambar. Ada certain jalan kita semua tak dibenarkan bergambar, tapi dah msuk Welcome to Thailand yes korang dah boleh start bergambar. Azab bila mana nak kena turunkan barang, aku macam biasalah pergi 2 hari, tapi bawanya macam sebulan punya packing. hahaha.. Aku pun kadang tak faham. Selesai urusan imegresen kiteorang semua terus dibawa ke basecamp Anasia, dekat sini, semua orang diarahkan turunkan semua barang, sinilah tempat untuk tinggalkan barang, seeloknya korang dah asingkan baju mana nak bawa naik gunung, and baju nak balik tinggalkan dekat basecamp ini. Nak bersihkan diri semua dekat basecamp Anasia ini, dekat atas tak ada mandi ya. Setelah masing-masing dah selesai turunkan beg, kita semua berangkat ke destinasi pertama iaitu ke Skywalk Betong, Thailand.
Skywalk Betong Thailand ini merupakan destinasi tarikan pelancong dimana kita dapat melihat panorama awam karpet. Sumpah cantik, tiket masih dah include dalm trip. So korang just amek ticket dan enjoy the moment. Kiteorang diberi masa sejam lebih juga dekat sini, so boleh explore tempat ini sambil ambil gambar.
Masing-masing akan dapat sarung kaki, korang kena pakai sebab dekat atas ada glass, takut calar. Handbag semua korang boleh simpan dalam locker dekat bawah. Selesai explore Skywalk sampai tingkat paling tinggi, kiteorang turun kebawah pula untuk ambil gambar. Dah puas bergambar korang boleh layan kopi dekat bawah tu ada cafe. Datang Thailand ini, teh ice jelah menjadi kegilaanku. Setelah hampir sejam lebih bergambar di Skywalk Betong ini, kami pun bergerak turun naik tutuk, untuk pergi breakfast di Restoran 32.
Restauran 32- Breakfast
Restoran 32 ini cukup popular juga dekat area Betong Thailand ini dimana korang boleh try masakan panas, dan goreng-goreng dekat sini. Yang aku punya ini macam nasi putih berlauk. Okay jelah pada aku, aku prefer masakan tempat kita kalau masakan macam ini.
Air Terjun Raja 9
Keindahan air terjun yang cukup indah, depend pada korang nak basah lencun pun boleh. Disebabkan family aku cukup tak berkenan kaum keluarga dia mandi air, aku datang bergambar sipi-sipi pun jadilah. Air sungai, air laut memang indah dalam pada masa sama amat bahaya. Jadi hati-hati kalau nak mendekat, tak kisahlah pandai berenang ataupun tidak. Sekali lagi, dekat sini jugalah aku punya sunglass hilang. Bila sampai dekat powil baru perasan dah takde.
Hiking GunungSelipat - 3pm (waktu Thailand)
Selesai main air terjun tadi, kami pun balik semula dekat basecamp Anasia, sampai sini masing-masing pakat bersihkan diri dan solat mana belum solat dan bersiap sedia untuk bergerak ke check point hiking. Yang mana naik powil tak hiking kena siap awal sedikit. Yang mana hiking pun akan naik powil tapi akan diberhentikan di check point tempat pendakian. Pendakian untuk naik ke Gunung Selipat ini anggarannya 2km, mengambil masa sekitar 1-2 jam bergantung kepada pace masing-masing.
Sungguhpun aku lembab, alhamdulillah dalam 1 jam jugalah aku sampai ke tempat kem.
Cerita ini akan bersambung....
No comments:
Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!