Goodbye Bangsar! Terima kasih untuk memori 6 tahun! - Azwar Syuhada

Thursday 16 February 2023

Goodbye Bangsar! Terima kasih untuk memori 6 tahun!

 Salam to all readers,


| Goodbye Bangsar! Terima kasih untuk memori 6 tahun! | Yes, bulan ini hidup aku ibarat roller coaster, jadi aku malas nak pening kepala just follow the flow. Aku busy pindah rumah dengan hati yang berat. Berat sebab aku duduk lama dah sini since aku intern. Aku ingat dulu, aku cari tempat intern last minute, jumpa pula rumah area tempat intern, terus order grab angkut segala barang aku naik grab. Ya naik GRAB!! Aku je berani buat kerja gila ini, aku rasa waktu tu tiada lagi kewujudan Lalamove. Dari intern, sampailah aku masuk alam pekerjaan, roomate pun bersilih ganti keluar. 


Ada yang baik, ada yang menyakit hati tapi telan sahaja. Dari rumah tu kosong, aku tidur pun atas tilam sahaja tiada katil, sampailah rumah tu banyak peralatan. Kiteorang beli sendiri semuanya, tapi nak keluar ini jenuh jugalah angkut mana barang yang kita punya. Aku sedang fikir perlukah untuk dapatkan khidmat sewa lori pindah rumah? Tuan rumah aku India cukup kedekut, dia hanya tahu duit sewa rumah dia dapat on time. Kenapa aku decide pindah rumah?


Awal-awal dulu masuk sikit je barang, nak keluar punyalah banyak. 


Thank you Abang Lalamove, hantar barang saya dengan selamat


Aku ringkaskan sahajalah ceritanya, dalam pada kita menyewa dengan orang, mesti ada salah seorang perangai macam tahi. Tapi disebabkan aku tak sebilik dengan dia, jarang jumpa, aku buat tak tahu sahajalah. Sampai satu tahap, dalam pada tak jumpa dia duk spam aku punya Whatsapp duk bising tak ada orang menyewa lagi bilik Master ini, duk bising nanti tuan rumah bising. Bilik master tu memang sebelum ini ada orang duduk, last duduk budak tu dalam bulan 11 tahun lepas, baik budaknya baru fresh graduate dapat kerja dekat KL. Duduk sekali dengan member, tapi member tu ada kereta (dia request nak parking dekat dalam). Aku dah mention masa buat iklan haritu memang tiada parking, satu rumah 1 parking, parking rumah tu pula kepunyaaan yang bajet seolah-olah aku menyewa rumah dia. Setiap kereata yang park dekat dalam tu ada sticker, dan dia dah berzaman tak bawa kereta ke KL. Setiap kali balik naik flight, perangai minta kaki kan? Budak tu siap nak bayar dekat dia, dia buat tak tahu sahaja. Jadi, budak 2 tu decide untuk keluar mencari rumah yang ada parking. Mujur dia keluar ada bayar sewa rumah.


Tup-tup kakak tu awal tahun ini, sibuk text aku suruh bayar bilik master tu, nanti uncle bising. Hello? Asal pula aku kena bayar, dan dia pula tidak berterus terang dengan tuan rumah tiada orang duduk situ dah masuk 2 bulan. At least bila bagitau uncle tu tahulah takde orang, dan dia juga perlu cari orang baru duduk rumah dia. Aku nak bayar bilik tu memang tidaklah, jadi aku decide keluar dari rumah bulan ini. Ikutkan ramai juga yang keluar masuk rumah ini disebabkan kakak tu juga. Dengan dia lama tak balik, kalau balik dapur dia guna sangat kotor, last sekali aku malas nak serabut, baik aku keluar rumah. 


Ikutkan dulu, bila iklan memang cepat dapat, maybe sekarang faktor ekonomi tak berapa baik, jadi orang datang kerja dekat KL pun kurang. Tu firasat akulah. Bila aku cakap aku duduk Bangsar, mesti orang judge aku orang kaya. Memang benar Bangsar ikutkan kawasan orang kaya, namun ada juga kawasan tak berapa kaya dekat sini. Seperti kawasan aku duduk ini, aku bukan duduk kondo, aku duduk apartment lama dimana majoriti penduduk di sini hidup sederhana. Bila kau nampak orang susah, automatik kau akan rasa bersyukur dengan apa yang kau ada. Aku rasa bersyukur sangat, selama aku duduk di sini, aku dikelilingi dengan orang yang baik, senang nak minta tolong kalau nak apa-apa. Tuan rumah kalau aku call suruh datang, sebulan kemudian belum tentu muncul. Nak tak nak kena buat sendiri. Lampu rosak, tukar sendiri, tombol pintu rosak, kita sendiri betulkan. Jadi, don't play play with me.


Thank you segala memori bersama rakan-rakan roomate yang sekepala, now masing-masing dah pindah keluar. Akhirnya, tahun ke-7 ini aku decide pindah keluar juga. Rumah baru aku grab sebab near LRT, kalau tak memang aku tak grab. Punya lama aku tak pindah keluar rumah ini, punya banyak barang. Dari sofa, perkakas dapur, katil, ampaian baju, meja makan (jual), pendek cerita semua barang rumah aku ada. seminggu jugalah balik kerja aku kemas barang, aku kumpulkan setempat senang lalamove angkut, 80% barang aku hantar balik rumah mak. Cuma baju je aku pindah rumah baru. 


Permulaan tahun baru 2023 aku baru sahaja bermula, Jan hanya trial bagi aku. Let's start new chapter okay!


Now, aku dah berlapang dada pindah rumah, Next months, mulalah kehidupan baru di tempat baru, suasana baru, paling penting lagi dekat dengan tempat kerja. As long rumah aku duduk dekat dengan LRT aku dah rasa happy, sebab sepanjang aku dekat KL, memang 100% aku bergantung harap naik public transport sahaja. Lepas ini tak perlu runsing lagi, aku balik kerja nak rest sahaja. For you kakak, good luck! Semoga jumpa roomate baru mengikut citarasa kau.


Thank you for reading!

3 comments:

  1. Masa ammi bujang 18 tahun lepas pun ammi ada house mate gini (kat bangsar gak rumah ammi tu)...satu apartment dengan A. Samad Said. Ammi masuk rumah tu atas dasar "sewa bilik" bukan sewa rumah..so bayar duit bilik kita jelahkan + api and air. Bila tak cukup orang dia mintak kita topup duit sewa pulak. ehhhhh punca orang ramai keluar tu sebab ko, dah macam warden pulak dia tu...pastu banyak hal pulak

    ReplyDelete
  2. kalau duduk rumah sewa mcm2 org kena hada kan. kena kuat sabar je la walaupun kdg2 mnyakitkan hati

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!