Pengalaman Hiking di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan! - Azwar Syuhada

Saturday 18 February 2023

Pengalaman Hiking di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan!

 Salam to all readers,




| Pengalaman Hiking di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan! | Dalam pada sibuk nak pindah rumah, bila member ajak hiking terus ONN je. Kalini kita ke Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan. Kejelabak ke jelebu tuai padi... Ikutkan ini merupakan gunung ke-2 aku naik, sebelum ini aku naik Gunung Siku yang terletak di Cameron Highland. Orang hiking ini hati dia kental k, naik sakit-sakit badan pun, next pergi juga. Tak pernah serik orang kata. Awal tu aku taknak pergi, sebab aku dilema tengah nak pindah rumah. Bila banyak barang aku dah siap kemas,  aku rasa nak kena masuk hutan bagi tenang sikit.


Sini parking area, aku sempat snap lepas turun. Masa datang tak dan nak snap. Disebabkan baru lepas turun, aku snap asal bolehlah. Kalau datang ke sini, waze je Gunung Datuk, Insyallah jumpa lokasinya.

So, aku text Sue aku ONN. Macam biasa aku check in rumah Sue malam tu dekat Hulu Langat (21//1/2023). Kali ini seperti biasa ada penambahan ahli baru, turut disertai kawan Sue iaitu Nora, Syud dan juga Razin. Pada keesokan pagi, kiteorang meet up dekat MRT area Cheras sana, aku tak ingat apa nama station nya, seawal jam 5.00am (22/1/2023). Disebabkan ada seorang lelaki join, jadi dialah yang dikerah untuk drive pergi dan balik. Function jugalah bawa Razin, bukan jadi tukang drive je, malah dia jugalah jadi penjaga kami berempat. Perjalanan dari Hulu Langat nak ke Gunung Datuk, Rembau ini mengambil masa sejam 1/2 jugalah. 


Kami sampai seawal jam 8.00am tapi memandangkan waktu tu hujan lebat kami betapa dalam kereta. Duk menyanyi dalam kereta, sampai uturn keluar pergi cari station minyak nak ke toilet punya pasal. Datang balik hujan dah start reda. Kami drive sampai atas, tengok-tengok berduyun kereta dekat atas, mujur tak park dekat bawah, jenuh jugalah nanti nak turun dapatkan kereta. Bila tengok hujan dah mula berhenti sekitar jam 10.00am macam tu barulah kami mengambil keputusan untuk start mendaki. Ini 1st time aku datang ke mari, jadi debar sikit. 


Muka masing-masing masih bersemangat lagi, setelah berjam duduk dalam kereta. Dari kiri, Sue, Syud, Nora, aku dan Razin.


Ini pintu masuk nak ke Gunung Datuk, Rembau. Korang kena register terlebih dahulu dekat pondok ini dan bayar permit. Permit berharga RM5/per pax. Bayar guna cash sahaja. Sebelum kepenatan menguasai diri, haruslah bergambar 1 kali.



Masing-masing dah bersiap sedia pakai baju hujan, kebetulan baru mulakan pendakian dah start hujan semula. Razin awal jumpa senyap, bila kita start hiking mulut dia serupa perempuan ada je benda dia nak bercakap. At least menghiburkan hati kami berempat yang dah mula kepenatan di pertengahan jalan. Dia dengan lawak bodoh dia tu memang tak boleh bla, kalau kiteorang nak stop memang akan tunggu. Disebabkan keadaan cuaca tak berapa baik dengan hujannya, jadi persekitaran, keadaan tempat pendakian agak licin. Jadi kena berhati-hati setiap pergerakan kita.



Gunung Datuk ini memang tak bagi chance langsung, dia punya mencanak naik memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bila kiteorang nak turun, toleh belakang semula, dasyat jugalah kiteorang panjat batu-batu besar gitu. Serius seram gila trekking dia. Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan ini merupakan salah satu gunung yang cukup popular untuk orang mendaki dan menjadi laluan running trail. Ada orang naik sampai 2 kali, aku and the geng still separuh jalan. 


Had ini baru nak mendapatkan check point ke-2. Checkpoint 1 dah rasa mencanak juga naik, sebab kena mengharungi batu-batu besar. Seelok-eloknya pakailah kasut yang bersesuai kalau nak hiking ke sini. Masa aku hiking ada yang berselipar sahaja, dan turun sangat laju. Kita hiking bukan tujuan untuk berlumba, lebih kepada ingin melihat keindahan alam. Jadi, jagalah diri. Sampai check point ke-2 kami berhenti berehat sekali lagi, hiking tak boleh berhenti lama-lama, paling kuat pun 3 min. Lebih-lebih nanti kau merangkak pula naik ke atas.




Check point ke-2 boleh relax sikit sebab jalan dah start mendatar sekejap, sebelum ke check point ke-3. Check point ke-3 ada kena mengharungi liku-liku batu barulah sampai ke puncak. 

Waktu ini masing-masing barai kejap, walhal dah nak dekat sampai. Razin tak sudah-sudah nyanyi lagu yang sama. Dengan berkat kesabaran, penat lelah semua orang, silih berganti berselisih dengan hiker lain (yang bila ditanya jauh lagi ke bang, kak?), mereka membalas lagi sikit, dalam 10 minit lagi. Aku sukalah jawapan mereka yang cakap lagi 10 minit, hakikatnya jauh lagi perjalanan. Kadang-kadang mereka membalas sebegitu, sebagai pembakar semangat untuk kita jangan stop biar daki sampai ke puncak. 



Batu besar ini menandakan korang dah nak sampai ke puncak. Trekking dekat sini memang clear, Insyallah tak sesat. Biasa ada yang dah start naik seawal jam 3.00am dan bermalam pun ada dekat atas. Kami ini still newbie, jadi balik hari jerlah. Sampai tahap tidur tu belum lagi. Dengan berkat semangat kami ada, akhirnya sampai juga ke puncak gunung Datuk, Rembau most wanted ini. Sekitar jam 1.00pm baru sampai ke puncak.


isebabkan naik punyalah payah, jadi kami duduk bertapa dekat atas puncak lebih kurang 2 jam jugalah. Disebabkan baru lepas hujan, jadi dekat atas puncak terasa sejuk, bolehlah duduk lama sikit. Kalau panas, setengah jam jerlah jawabnya. Naik ke puncak pun kena berhati-hati jangan terlampau seronok, tambah jalan licin. 


Finally, aku sampai juga ke atas. Bila dah sampai sini, korang kena naik beberapa anak tangga seperti gambar dibawah, barulah sampai ke puncak. Dengan adanya bantuan tangga scafholding ini sedikit sebanyak membantu para pendaki naik sampai ke puncak. Kalau tak merangkaklah kami ke atas. 



Dekat atas Gunung Datuk, Rembau ini juga korang berpeluang melihat bekas tapak kaki Hang Tuah. Ada sejarahnya disini, nak tahu korang boleh google okay. Apa yang penting, we get it!! Kadang-kadang seronok dengar cerita hiker ini tau, bila berselisih dapat berborak rasa terinspirasi sangat. Kalau korang nak start hiking pergi je, tapi jangan terus redah gunung, pergi bukit-bukit kecil yang perjalanan dia tak berapa jauh. Awal-awal memang terasa sakit, bila badan kau dah dapat pace dia jadinya, kau rela nak pergi. Dulu aku rajin running, now aku tak ada masa nak pergi, jadi during weekend aku suka habiskan masa dengan member aku pergi hiking. 


Apa-apa pun Gunung Datuk, Rembau memang padu! Walaupun track dia mencabar, hati wa kental sampai puncak. Naik tak perlu berlumba siapa cepat dia menang, hiking kau relax relax je. Pasti sampai ke puncak. Jangan mudah putus asa okay! Selamat mendaki! 


Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan mission complete!


Thank you for reading!



3 comments:

  1. fuhh...stamina kena tiptop kalau hiking ni, umi siang2 dah pengsan

    ReplyDelete
  2. seram pulak tengok duk posing atas batu tu. gayat. hihihhi

    ReplyDelete
  3. Wah, perjalanan yang seru kak. salam kenal from indonesia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!