Museum of Illusions, Kuala Lumpur @ANSA Hotel - Azwar Syuhada

Sunday 29 January 2023

Museum of Illusions, Kuala Lumpur @ANSA Hotel

 Salam to all readers,


Museum of Illusions, Kuala Lumpur @ANSA Hotel | Aku dah lama tahu akan kewujudan Museum of Illusions, Kuala Lumpur ini cumaa tiada masa nak pergi. Ia betul-betul terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Bukit Bintang. Disebabkan aku dah lama gila tak keluar dengan Elly dengan Sue, jadi aku planlah keluar ajak lepak pergi Museum of Illusions ini. Antara kami bertiga, Sue seorang sahaja pernah datang sini, dia kata BEST! Sekali weyh, bila aku jejak kaki ke Museum of Illusions ini memang betul-betul menakjubkankan dia punya Illusions. Best gila dan semua tempat memang menarik untuk bergambar. Korang mesti pergi!



Korang berpeluang merasa sendiri pengalaman menarik, yang melibatkan visual, deria dan pendidikan termasuk beberapa ilusi yang cukup popular. Paling penting muzium illusions ini ibarat satu pengembaraan juga. Museum of Illusions, Kuala Lumpur ini terletak di dalam ANSA Hotel dekat Bukit Bintang, jadi kalau korang naik MRT, turun sahaja dekat MRT Bukit Bintang, kemudian keluar pintu Lot 10. Jalan sikit dah nampak ANSA Hotel, masuk naik level 1, jumpa dah Museum of Illusions, Kuala Lumpur. Siapa yang kaki bergambar, make sure your phone fully charge, and bawa spare power bank.


Tempat ini memang port menarik, bukan sahaja boleh buat kita gelak ketawa, ada masa buat kita rasa nak menjerit, menggerunkan, berlari untuk merakam video dan gambar dan lebih dari itu..Yang penting kami rasa happy gila dalam museum ini. Tempat ini memang sesuai la lepak dengan member untuk chills, bukan untuk orang dewasa je, kanak-kanak pun amat dialu-alukan datang ke mari. At least dia boleh berkembang mindanya dalam akademik sains. Kalau mak ayah tak tahu nak plan bawa anak-anak pergi mana, hujung minggu, aku cadangkan bawa anak-anak hangpa pergi sini. Bukan, anak-anak je seronok, mak bapak pun ikut seronok sekali. Aku pula memang jenis cepat teruja bila nampak sesuatu yang luar biasa.


Kalau nak tahu, Museum of Illusions ini berasal dari Nikola Tesla di Zagreb, Croatia pada tahun 2015. Kuala Lumpur merupakan destinasi ke-7 Museum of Illusions selain Eropah. Jom, tengok pengambaraan aku dalam Museum of Illusions ini, mesti korang teruja sama.




AMES ROOM



Korang dapat alami ilusi yang memberikan korang pandangan yang berbeza dari segi visiual dimana korang boleh kelihatan kecil / besar melalui teknik ilusi visual. Korang mungkin kelihatan bersaiz normal tapi teknik ilusi visual ini mampu  memberi pengalaman baru tentang dunia ilusi lain. Setiap tempat, dia ada penanda arah untuk photograher berdiri untuk snap gambar. Kalau korang, tak jumpa kedudukannya lagi, boleh je tanya staff dekat situ, nanti dorang akan bantu.


REVERSED ROOM


Port ini ibarat pusing 180 darjah. Korang boleh pilih nak ala-ala terapung pun boleh. Ini percubaan ke-3 ia untuk mendapatkan hasilnya. Punya lama aku main loncat-loncat. Kawan aku pun sama, sampailah mendapat hasil yang kita mahukan. Usaha tangga kejayaan!







Atas ini aku tak ingat nama, tapi dia punya hasil begini, 2 orang kena duduk bertentangan pandang cermin, nanti mulut, hidung, mata korang bergabung menjadi 1. Memang kelkar tengok wajah si Sue & Elly waktu ini.


HEAD ON THE PLATTER


Sini seronok, ibarat kepala kau tergantung. Nampak nice gila, aku siap buat video keluar masuk kepala.

Ikutkan banyak lagi tempat aku nak share, tapi rupanya aku banyak rekod video dari gambar, nanti aku share dalam TikTok aku okay. Jangan lupa tengok. Museum ini buka hari-hari jadi korang kalau ada kelapangan bolehlah ajak, kawan-kawan, family, adik-beradik, anak-anak datang ke sini. Butiran harga dan alamat boleh refer dekat bawah.

Museum of Illusions, Kuala Lumpur @ANSA Hotel
Alamat: 1st Floor & 2nd Floor, Ansa Hotel Kuala Lumpur, 101 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10am-10pm (Monday to Sunday)

Harga Tiket:
Dewasa: (MyKad: RM35 / Tanpa MyKad: RM45)
Kanak-kanak: (MyKad: RM25 / Tanpa MyKad: RM35)
Keluarga: (MyKad: RM90 / Tanpa MyKad: RM120)
Pelajar: (MyKad: RM30 / Tanpa MyKad: RM40)
Warga Emas: (MyKad: RM30 / Tanpa MyKad: RM40)

Jadi, jangan lupa pergi okay! Nantikan video aku di TikTok. 

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!