Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia - Azwar Syuhada

Monday 8 August 2022

Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Salam to all readers,


Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia


| Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia | Hari yang sama aku pergi makan Pak John Steamboat BBQ dengan Elly dengan laki dia Alep, kiteorang sambung jalan-jalan ke Galeri Seni Bank Negara Malaysia pula. Bak kata Elly, aku panas punggung duduk rumah, kena keluar memanjang. hahaha.. Mujurlah si Elly & Alep jenis tak kisah, ONN je aku ajak, lagipun tempat aku ajak pergi semua FREE, cuma nak kesana mesti kena naik kereta. Haritu pergi dengan Sue, tapi tak boleh masuk, kena buat appointment 2 hari awal baru boleh datang, kalau pakat terjah, dia suruh balik. hahaha...


Dah try Pak John Steamboat BBQ, Great Eastern Mall


Jam dah menginjak ke pukul 2.00pm. alang-alang sebelum nak ke Galeri Seni Bank Negara, kiteorang solat siap-siap dekat Great Eastern Mall, selesai solat barulah berangkat ke Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Est perjalanan nak kesana tiadalah jauh mana, cuma jalan jem waktu tu, ikutkan boleh sampai jam 3.00pm, 3.30pm baru sampai. Bukan KL la kalau tak jem. Sampai-sampai, even dah register online, still kena beratur panajng, tunjuk dekat staff kaji selidik kesihatan, tunjuk bukti dah register semua. Biasalah bukan gomenlah kalau xnyusahkan orang. Kaunter pun seorang je bertugas, dah tahu weekend ramai yang akan datang taknak pula tambah staff kerja waktu puncak. Okay malas komen panjang-panjang jom tengok apa menarik.


Nak ke sini, WAZE je Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Jangan taip Bank Negara Malaysia je kang dia hantar dekat office dekat luar tu, jenuh pula nak berjalan.


Muzium Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini ada 4 tingkat, include ground floor. Ualls boleh pilih samaada nak naik tangga ataupun lif. 


Tingkat 3: Merupakan galeri seni yang mempamerkan Central Bank of Malaysia's art collection. Siapa pencinta seni mesti suka masuk galeri seperti ini. Elly cakap dia bukan orang seni, dia tak faham apa maksud lukisan dalam tu. Aku pun sendiri tak faham, tapi aku suka masuklah.

Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia



Tingkat 2: Numismatics Gallery (belah kanan) - Discover the arly history of money and go back to a time when objects of different shapes and sizes were commonly accepted as currency within the region. Play the "Barter Trade" game, explore the unique "River of Coincs and see the display of world banknotes.




Tingkat 1: Galeri Bank Negara Malaysia dimana anda akan dapat lebih banyak info penting apa kepentingan dan tanggungjawab Central Bank of Malaysia dalam mengekalkan financial dan juga kesihatan ekonomi dalam sesebuah negara. 


Menariklah pergi tempat macam bawa anak-anak, sedikit sebanyak bagi dia ruang belajar dan kenali apa itu Bank Negara Malaysia. Aku kalau jadi cikgu, setiap minggu aku plan bawa jenjalan. Hanya mampu berangan jerlah, sekarang hidup hadap jerlah kerja yang ada.


Melawat Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Aku sekarang busy, buat part time jadi penolong gabenor. Okaylah ada banyak port korang boleh bergambar dalam galeri ini.

Inilah dia port tangga yang orang duduk ambil gambar bila datang ke Galeri Bank Negara Malaysia. Nak dapatkan orang tak lalu bergantung pada luck juga. Tambah pergi during weekend, ko jangan expect tak ada oranglah pula.

Ewahh sweet pula depan aku, weyhh Wa ambil gambar aku dengan Alep nanti. Yaaa aku tangkapkanlah ini. Elly ini pangkat akak-akak la pada aku & Sue. Kalau group kiteorang tu senyap je, mesti akak Elly akan mulakan conversation dalam group. Tiba-tiba jadi geng, dulu 1 office nak borak tak dan langsung.


Ground Floor: merupakan galeri kanak-kanak. Tapi kiteorang masuk juga sebab dia punya daya tarikan tu lagi menarik. Masuk-masuk je, kita lalu terowong yang penuh duit. Perghh... berangan jadi orang kaya kejap aku. Dah puas bergambar, masuk akak guard informed lagi 10min galeri nak tutup. 

Huarghh..cepat-cepatlah kami bergambar port mana yang elok. Sebelah galeri kanak-kanak ini ada juga kedai cenderamata, kot-kot korang nak beli keychain, baju, benda-benda membazir, bolehlah masuk beli.

Sampai galeri tutup, barulah kami berangkat pulang, sempatlah lepak mamak sebelum aku dengan Elly berpisah pulang ke rumah masing-masing. So, pada mereka tak tahu nak buat apa hujung minggu, aku rasa Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini merupakan port terbaik kalau korang suka masuk muzium. Tempat pun free je masuk. Parking jerlah kena bayar.


Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Waktu Operasi: Isnin - Jumaaat (10.00am until 6.00pm)
Masuk adalah PERCUMA
Buat appointment di > https://museum.bnm.gov.my/

Thank you for reading!





No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!