Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan - Azwar Syuhada

Sunday 7 August 2022

Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan

 

Salam to all my readers,

| Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan | Boleh dikatakan lama jugalah aku tak pergi hiking until baru ini aku ada nampak posting seseorang dalam group hiking. Dia pergi hiking solo ke Bukit Batu Sawa, N9. View cantik gila dengan berlatarbelakangkan awan carpet. Jadi, aku sajerlah text Sue, cakap kat dia jom pergi minggu ini. Sekali member ONN weyhh..Aku cakap pergi Ahad pun takpe kalau Sabtu ko kerja. Dia kata dia cuti pula, jadi jalan jerlah. Plan nak ajak Elly sekali, tapi member ada urusan lain, jadi kami gerak berdua jerlah.


Macam biasa, sebelum pergi buat research sikit mana pintu masuk, parking, selamat ke tak, berapa km naik ke atas. Aku buat survey 2 3 blog lain juga, kot-kot ada info tambahan. Malam nak pergi tu, aku tidur rumah Sue, Sue cakap kalau gerak dari rumah aku nak ke sana ambil masa dekat 2jam, kalau gerak dari rumah dia hanya ambil masa 1jam 1/2 je. Aku pun on jerlah, dah dia kata tidur rumah dia. Jumaat malam lepas magrib, dia dah terpacak depan rumah aku. Sebelum tu kami siap-siap pergi ke KK mart, beli roti & biskut untuk sarapan keesokan hari.


30/7/2022 - Pengalaman Hiking Bukit Batu Sawa, Negeri Sembilan


Kalau nak ke Bukit Batu Rawa, N9 ini korang just waze/google maps Bukit Batu Sawa Parking/ Trailhead. Kami gerak sekitar jam 5.00am macam tu, solat dekat mana-mana perhentian. Google maps bawa jalan dalam sekali nak masuk jalan nak hubungkan highway tu pula tutup (tanah runtuh). Jauh jugalah nak patah balik nak ke jalan besar. Takkan tak jadi lagi pula kan, so kami decide patah balik masuk highway betul.  Bagi mengelakkan tak jumpa perhentian sembahyang, kami solat siap-siap dekat masjid area hulu langat tu juga, baru gerak ke N9.


Ada hikmah kami patah balik lalu jalan raya besar, sebab kami lalu jalan New Zealand ini. Cantik gila weyhh!! Tenang je laluan sini, jalan pun masih cantik lagi. Dalam pada menyanyi-nyanyi dalam kereta, know know dah sampai Jelebu. Singgah pula stesen minyak, masuk tandas siap-siap. Cantik juga area kawasan perkampungan N9 ini, sejuk, tenang, laluan kawasan kampung yang banyak berkabus sepanjang jalan. Pendek cerita sungguh mendamaikan.

Finally sampai juga lorong Bukit Batu Sawa, so kena masuk lorong ini. Kalau korang nampak Sekolah Kebangsaan Perondong tu tandanya dah nak sampai, selekoh ini terletak di hadapan sedikit.


Tempat Letak Kenderaan- Terhad


Dah sampai korang teruskan perjalanan sampai nampak satu kawasan lapang untuk park kereta, sini kena bayar RM3. Nanti ada akak minta bayaran. Dari sini nak ke pintu masuk Bukit Batu Sawa, kena jalan dalam 10min jugalah. Kalau tak tahu boleh tanya akak dekat situ juga, nanti dia maklumkan nak lalu mana.


Btw, pada mereka nak naik Bukit batu Sawa ini kena dapatkan permit terlebih dahulu, boleh dapatkan permit dekat pintu masuk nanti. Ada abang jaga, just bayar RM5 seorang.



Nampak laluan ini, jalan depan lagi, terus je until jumpa papan tanda dekat bawah.


Dapatkan permit nak masuk abang ini, hanya bayar RM5 seorang, nanti dapat tag kena pakai dekat tangan. Kiteorang masuk seawal jam 8.00am tapi keluar jam 12.00pm Maigad nak ketar lutut dibuatnya. Salah diri sendiri. Abang ini bagi direction nampak pencawang tnb terus belok kanan, tapi makesure korang kena betul-betul sampai dekat pencawang baru belok ke kanan, bukan half way nampak pencawang belok ke kanan. Nanti jadi macam aku entah mana ceruk rantau.



Ini jalan permulaan, santai-santai je jalan. Kita akan masuk dari kebun getah dahulu, sampai dekat pencawang baru redah hutan belantara gitu.


Ini pun muka confident, masa kiteorang nak naik tu ada lagi 1 kumpulan awal dari kiteorang, tapi tak terkejar dorang dah mendahului dulu. So, terpaksalah berdua je jalan.


Inilah hutan kiteorang sesat, aku cakap dengan Sue ini macam dah lain, dah sejam orang tu kata 20 min je sampai. So, aku dengan Sue patah balik ke pencawang. Mujur sampai dekat pencawang ada orang baru turun, kiteorang terus tanya korang lalu mana, then dia pun tunjukkan laluan masuk. Aku dengan Sue waktu tu dah 50% je, tapi dah datang jauh tak naik rasa rugi, jadi slow2 daki ke atas.


Ikutkan kalau kiteorang naik ke atas dalam jam 8.30am sempat je tengok awan karpet, waktu tu memang banyak lagi kabus kepuk-kepuk. Ini kawasan yang salah kiteorang lalui. Still belah kanan, namun kiteorang masuk lorong halfway dari pencawang. Dekat 2 jam jugalah perjalanan membuang masa, sempat jugalah merasa pengalaman kena gigit pacat. Alhamdulillah sepanjang perjalanan baik tempat sesat & nak naik ke atas, laluannya cantik, kawasan nak mendaki pun tak menggerunkan sangat, cuma nak turun agak curam, so kena berpaut pada tali yang disediakan.


Dia jadi mengah dan memenatkan sebab kiteorang dah salah jalan, then patah balik nak mendaki laluan yang betul. Perghhh dia punya kegigihan tu Tuhan je tau. So, aku taknak korang sesat macam kami berdua, jadi, makesure korang betul-betul berada di pencawang, nanti lalu belah kanannya. Bukit Batu Sawa ini teletak di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Ia berketinggian 333.33M  dan membolehkan orang ramai mendaki dalam jangka waktu yang singkat. Est boleh sampai ke puncak bukit sekitar 20min sahaja. Bergantung pada pace masing-masing. Jangan paksa diri untuk cepat-cepat, buat santai-santai Insyallah sampai. Aku rasa, semalam aku dan Sue cover 2 bukit. Dekat 3 jam nak sampai atas. 2 jam buang masa sesat. hahaha...Pengalaman sungguh!


Kalau korang dah dekat dengan dahan pokok kemerah-merahan ini, itu tandanya korang dah nak sampai ke puncak bukit.  Awal perjalanan dari pencawang kena mendaki sedikit, jadi jalan je slow-slow. Tak lari pun bukit tersebut. 


Nanti akan jumpa beberapa laluan bertali. Laluan bertali tu juga merupakan hint dah nak sampai puncak bukit. Ambil masa 10-15min nak sampai ke puncak.



Muka dah barai gila sebab kepenatan. Aku dengan Sue cadang nak repeat ke sini lagi nanti, nak makesure naik betul-betul pagi bukan jam 12.00. Lawa je waktu tengahari, tapi nak sangat tengok awan karpet. Dalam pada perjalanan nak ke atas, korang juga boleh lihat tumbuh-tumbuhan yang cantik seperti di bawah.



Okaylah, ini merupakan trail pertama kiteorang hiking luar daripada KL. Next time kiteorang nak repeat lagi ke sini. Sebelum terlupa, korang boleh juga tengok moment2 kiteorang pergi hiking Bukit Batu Sawa, N9 dekat channel youtube aku. Aku saje buat, untuk kenangan di hari tua. Enjoy!!



Thank you for reading guys!

6 comments:

  1. wah bestnya. entahlah akak larat ke tidak hiking sekarang ni. baguslah simpan buat kenangan. kenangan sesat tu yang mahal. hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya pemandangan dekat atas tu, tapi itulah hiking memang bukan aktiviti kegemaran akak hehehh

    ReplyDelete
  3. kne gune guider x.. ye . sbb risau lk sesat2 tu . kami dr jauh jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tak perlu pun takpe. Sepatutnya dekat menara letrik tu mereka kena pacak penanda, mudah sikit orang nak tahu. :)

      Delete
    2. alhamdulillah...kami slmt hike dh..tq info

      Delete
  4. nice view atas bawah 👍👍

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!