Top 5 hotel yang Sesuai untuk Seisi Keluarga - Azwar Syuhada

Thursday 22 July 2021

Top 5 hotel yang Sesuai untuk Seisi Keluarga

  | Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga | Malam tadi duduk scroll gambar dalam galeri phone, scroll-scroll nampak gambar-gambar waktu bercuti dengan family sebelum Covic-19 datang. Diam tak diam dah hampir 2 tahun kita semua tak boleh nak pergi mana-mana. Melainkan keluar bekerja ataupun hal emergency dibenarkan. Awal tahun pertengahan bulan 3, aku sempatlah Staycation KL dengan roommate aku di salah satu buah hotel di bandar Kuala Lumpur. Waktu tu kes tak sampai beribu lagi. Dapatlah release tention, tidur dekat katil yang empuk, bergosip sampai tengah malam sambal melihat keindahan pencakar langit.


Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga


Sekarang kes naik mendadak, masing-masing tak boleh nak pergi mana-mana, balik kampong pun tak boleh. Kalau Covic-19 tak ada, waktu sekarang ada je plan nak merayap. Hujung tahun pula, dah pakat plan untuk bercuti dengan keluarga tersayang. Biasanya, mak usu aku yang akan uruskan tempat penginapan, lokasi ke mana, port menarik untuk dikunjungi, memandangkan dia memang pro bab bercuti ini. 


Rindunya nak bercuti dekat hotel, wabak Covic-19 kalini betul-betul melumpuhkan semuanya, bukan setakat meragut nyawa orang, ekonomi negara semakin tenat, hospitaliti makin lumpuh, banyak orang kena buang kerja, termasuklah sector industri pelancongan dan perhotelan juga turut tidak terkecuali. 


Aku nak cerita sedikit pengalaman aku Staycation di KL dengan roommate aku di Cheylonz Hotel, awal tahun haritu. Waktu ini kes Covic-19 tak seteruk sekarang. Awal-awal kami plan nak bercuti dekat Port Dickson, gigih buat carian nak staycation di Grand Lexis Port Dickson. Tup-tup tak boleh nak rentas negeri, boleh rentas daerah je waktu tu. Jadi, kami teruskan sahajalah Staycation di KL. Nak balik rumah pun dekat.



Even aku dan roommate hanya menghabiskan masa dalam hotel, kami rasa sesangat puas hati finally dapat lepaskan rindu tidur hotel. Mostly hotel sekarang sesangat menitikberatkan SOP. Dari awal kami sampai depan pintu masuk hotel, guard siap-siap suruh scan My Sejahtera, ambil suhu, pergi kaunter, dorang akan check semula sama ada bilik dah sedia ke belum (sanitize lagi). Had orang duduk hotel pun mereka tidak akan ambil ramai orang dalam satu masa. Buat mereka yang berkeluarga dan anak kecil pun kalau dapat spent time bersama dekat hotel mesti rasa seronok. 

Macam-macam aktiviti boleh dibuat kalau pergi bercuti dengan keluarga yang ada anak kecil. Antaranya;

1) Spend masa bersama anak-anak sambil menonton televisyen.
2) Waktu petang atau malam, parents boleh bawa anak-anak beriadah di taman permainan tak pun boleh juga bermain air dalam swimming pool. Port ini la paling anak-anak suka pergi bila berkunjung kemana-mana hotel.
3) Buat mereka yang datang dengan kawan-kawan, maybe boleh lepak dekat gym, sauna, ada juga hotel yang menyediakan tempat massage (sangat membantu pada mereka yang nak relax kan badan)
4) Kalau pergi hotel, benda yang wajib cuba adalah menikmati juadah breakfast, lunch, dinner yang disajikan oleh pihak hotel (kalau include sekali dalam pakej korang ambil). Biasa family aku, akan ambil slot breakfast di hotel, breakfast dekat hotel macam-macam hidangan kau boleh cuba. Jadi, nikmatilah peluang yang ada, lepas makan roti bakar, makan pula bihun, diikuti pancake, koko crunch dan macam-macam lagi. Inilah salah satu nikmat bila bercuti di hotel.
5) Hotel sekarang, mostly dah buat inovasi sedikit dengan menawarkan pakej “Work From Hotel”. Aku rasa konsep Work from hotel ini sesangat berguna buat mereka yang dah bosan work from home, bolehlah sekali sekala tukar angina buat kerja dari hotel.



Top 5 Hotel yang Sesuai untuk Seisi Keluarga

Kalau bercuti di Kuala Lumpur dengan keluarga, normally makcik aku akan cari dengan mall, ataupun hotel tu ada laluan khas untuk access masuk mall. Sebab apa? Sebab tak perlu bazir masa redah traffic jem ke tempat lain. Boring duduk dalam hotel, boleh masuk mall jenjalan, shopping, tengok wayang. Jom tengok, top 5 hotel yang sesuai untuk seisi keluarga;


1) The Garden -  A St Giles Signature Hotel & Residences Kuala Lumpur

Hotel ini terletak di bandaraya Kuala Lumpur, near Midvalley, Kuala Lumpur. Pemandangan dia sangat lawa bila waktu malam. Bilik hotel pun luas, banyak kemudahan yang ditawarkan seperti makan minum, bathtub, hairdryer, bathtub, FREE WIFI, 24-hour security, ada swimming pool, gym. Dekat dengan  ATM, salon kecantikan, grocery, supermarket.

Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga

Kalau rasa nak tengok wayang boleh jalan kaki masuk Midvalley. Inilah salah satu sebab kenapa harus ambil hotel near mall? Anak-anaklah paling happy sekali bila dapat bercuti dalam hotel. Mak ayah kalau dapat tengok anak dia seronok, dia auto gembira juga.

2) Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Berjaya Times Square Hotel ini pula terletak betul-betul di bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bawah hotel ini ada mall dia, mostly students banyak lepak dekat sini. Aku pun tak terkecuali, kerap juga dulu shopping dekat Berjaya Times Square. 

Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga

Lokasi hotel ini betul-betul strategik, mesra untuk penjalan kaki. Korang boleh ke Lot 10, Pavillion, bergambar di tengah-tengah ibu kota ini memang port paling cantic. Jangan lepaskan peluang kalau korang menginap di hotel ini. 

Berjaya Times Square Hotel turut menyediakan tempat permainan kanak-kanak, fitness center, tempat massage, sauna, spa, swimming pool. Swimming pool dia punya sport boleh lihat pemandangan KL Tower dan juga KLCC. Panorama yang cukup indah bila malam menjelma. Buka itu sahaja, port untuk bermain basketball, tennis turut disediakan. Pada mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan sebegini boleh berkunjung Berjaya Times Square Hotel.


3) Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

Hotel Istana Kuala Lumpur ini terletak di lokasi yang strategik, korang hanya perlu jalan kaki 5minit untuk ke Bukit Bintang, 20 minit untuk KLCC, 5 minit untuk access ke LRT/MRT station. Walaupun hotel ini dah lama menapak, ia punya servis masih tiptop dan bersih. 

Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga


Company aku dulu pernah buat event dekat Hotel Istana Kuala Lumpur, sebelum pandemic lagi. Pakej event include makan dan minum, memang puas hati. Mereka punya servis memang smooths sahaja, staff mereka pun banyak membantu apa yang patut. 


4) Grand Lexis Port Dickson

Hotel Grand Lexis Port Dickson ini juga salah satu hotel paling top yang korang patut kunjungi. Aku pernah pergi ke sini, rasa taknak balik. Cukup mendamaikan suasana di sana dengan melihat pemandangan air laut. Konsep hotel Grand Lexis Port Dickson ini cukup mengujakan bilamana kolam renang ada dalam bilik kita menginap. Kau rasa? Mak aku yang tak pernah-pernah berenang dalam pool dulu pun ikut sama terjun.

Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga

Bila waktu petang, boleh ronda-ronda naik basikal. Memang puas hati sesangat, mana-mana yang baru berkahwin tengah cari hotel untuk berbulan madu, aku syorkan korang datang Grand Lexis Port Dickson ini. Bilik sangat luas, ada televisyen, FREE Wifi, ada sauna, massage, gym. Kalau rasa nak kawin dekat sini pun boleh, sebab Grand Lexis Port Dickson turun menawarkan servis dewan.


5) Seri Pacific, Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel ini juga cukup popular dan lokasinya pun betul-betul strategik. Pada mereka yang yang nak bercuti, backpacker yang nak staycation di KL boleh menginap di sini. Dekat dengan Sunway Putra Mall, PWTC, Chow Kit pun dekat kalau nak ronda-ronda sekitar sini. 

Top 5 hotel yang Sesuai untuk  Seisi Keluarga

Bilik sangat luas, ada kemudahan seperti parking, coffee shop, early check-in, restoran, swimming pool, heater, ruang rehat, televisyen, Free Wifi dan ada banyak lagi. Staycation dekat KL ini tak perlu risau, banyak public transport yang ada boleh memudahkan lagi destinasi korang. Kalau drive tu yang sakit, kena redah traffic jem. 


Hopefully, wabak Covic-19 ini cepatlah pergi, nak bercuti duduk hotel seperti dulu kala. Ikutkankan banyak lagi hotel-hotel best tau. Cuma 5 top ini cukup sesuai untuk seisi keluarga untuk bercuti. Jom sama-sama kita doakan Covic-19 ini cepat pergi, dan kita semua boleh kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.


Thank you for reading!


1 comment:

  1. syiok lah zaman sebelum covid nih, semoga covid cepat2 berakhir tak tahan kaki ni nak berjalan-jalan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!