Resepi The Best Butter Cake X Butter Anchor - Azwar Syuhada

Sunday 1 August 2021

Resepi The Best Butter Cake X Butter Anchor

 | Resepi The Best Butter Cake X Butter Anchor | Rasa dah lama tak baking, alang-alang join contest dan rumah sewa pun dah ada oven, apa lagi diri sendiri semangat nak baking cake. Awalnya nak buat chocolate cake, tapi mostly resepi aku tengok banyak guna minyak. So, kita tukar pergi buat butter cake, then buat topping coklat atasnya. Ini first time juga aku try buat sendiri, kalau buat dekat rumah, mak ada dekat tepi boleh tengokkan apa yang betul dan tak patut letak.

Resepi The Best Butter Cake X Butter Anchor

Nak dijadikan cerita aku punya penimbang nak menyukat tepung, dan gula tiba-tiba tak boleh berfungsi dengan baik. Asal bubuh nombor tetiba 0 lepas tu berubah jadi 120 - dalam sekelip mata 0 balik. Hanya beberkal sukatan cup, dan whatsapp video, aku pun gigih video call dengan mak dikampung suruh sukatkan banyak mana ak cukupkan kuantiti gula dan tepung guna cup tersebut. Mujurlah mak aku pandai video call, at least dia boleh tengokkan.


Even challenge buat cake ini hanya semata-mata join contest, aku sangat happy baking sebab dah lama tak makan kek. Bila makan cake yang dibuat dari air tangan sendiri ini lain, lagi lain bila kek dia sedap pula. Lagi berseleralah nak makan. Jom tengok apa bahan yang diperlukan dan bagaimana nak membuat Butter Cake ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Butter Cake

250 gram butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri (aku guna tepung Blue Key)
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Cara pembuatannya;

Langkah 1: Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna seakan-akan putih (kalau pakai mixer boleh adjust higher speed dia, memandangkan mixer aku tak sampai lagi aku gigihkan juga guna hang whisk ini).


Langkah 2: Masukkan telur satu per satu, selang seli dengan memasukkan tepung dan juga susu segar. Pukul sehingga sebati.


Langkah 3: Sediakan loyang bersaiz 8-9 inchi, sapu planta kelilingnya supaya nanti nak keluarkan daripada bekas jadi mudah. Even dah sapu planta, dekat 15 minit jugalah aku stuck adjust loyang aku tu. Bakar dalam suhu 180 C dalam jangkan masa 40 minit. Kerap tengok, takut-takut hangus pula nanti. Dia punya bau, semerbak satu rumah. Sedap gila bau butter cake hari ini.


Nak cantik, boleh buat topping coklat. Sedap juga okay bubuh topping coklat.

Topping:

2 sudu butter
2 sudu serbuk koko
1/2 susu pekat
(Gunakan kaedah double boiler, kacau guna hand whisk) 


Kalau dah pekat, tunggu dia sejuk dulu, baru curahkan dekat butter cake tadi. Aku tengok macam tak berapa menarik kalau letak coklat je, so aku tambah whipping cream brand Anchor kemudian tabur milo atasnya. Nampak berseni sikit butter cake aku, sungguhpun hakikatnya seni tu hanya tahan 5 minit sahaja. hahaha..


Resepi The Best Butter Cake X Butter Anchor


Paling penting, rasanya betul-betul sedap. Jadi, kalau korang nak pastikan cake korang buat tu sedap, aku syorkan korang guna butter jenama Anchor. 100% buatan dari negara New Zealand. Lemak ber cream butternya. Boleh tengok full video aku buat kek di Reel Instagram. Btw, resepi Butter cake ini aku refer blog Azie Kithcen.


Thank you for reading!

8 comments:

  1. Sedapnya kek butter. aroma kek fresh from oven tu yang tak sabar nak makan tu. Sedap buat topping chocolate.

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa tngokk. bila dh letak whipping cream lg brtambah menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, terhangus pula atas dia tu. Letak topping cantiklah sikit

      Delete
  3. sedapnya, ada je butter baru beli, still xtaw nk masak ape, huhu..

    ReplyDelete
  4. Macam best jer. Ingredients pun tak berapa nak banyak.Bolehlah cuba nanti😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba, Azwar pun first time juga buat ni. Tak sangka menjadi. ;)

      Delete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!