Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Style Mak Alang - Azwar Syuhada

Saturday 29 May 2021

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Style Mak Alang

 Salam to all readers,


Resepi Asam Pedas Style Mak Alang | Harini aku belajar masak asak pedas style mak alang dengan mak aku. Untung-untung boleh buat sendiri nanti. Nak keluar rumah tak boleh so kita belajar memasak. PKP ini masing-masing kena kuarantin dekat rumah mesti banyak masa terluang kan. Kalau tak tahu nak buat apa, bolehlah belajar memasak. 




Kalau ikutkan, masak asam pedas macam-macam style ada mengikut negeri. Mak aku ajar ini ikut style arwah mak alang aku masak. Memang sedap tau, kalau korang nak cuba belajar masak asam pedas. Jom tanpa buang masa, aku tunjuk cara masak asam pedas ikan tenggiri ini.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak asam pedas ikan tenggiri;

1) Ikan tenggiri
2) Bawang merah 5 ulas
3) Bawang putih 3 ulas
4) Kunyit hidup
5) Cili merah 
6) Lada mesin
7) Daun kari
8) Air asam
9) Belacan


Cara-cara menyediakan asam pedas ikan tenggiri;

Langkah pertama: Bled semua bahan-bahan bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, belacan, cili merah, lada mesin (3 sudu besar). Blend siap-siap nanti mudah nak masak.

Langkah kedua: Panaskan minyak, masukkan daun kari.

Langkah ketiga: Masukkan bahan yang diblend tadi, kacau sehingga naik minyak

Langkah keempat: Masukkan ikan tenggiri, campur air asam sedikit dan garam secukup rasa. Kacau sehingga ikan masak.


Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Style Mak Alang

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Style Mak Alang


Siap! Dah boleh dihidangkan untuk dimakan. Kalau korang nak bubuh sayur pun boleh sebagai hiasan, seperti tomato ataupun bendi. Selain ikan tenggiri, ikan pari, ikan merah pun sedap untuk dibuat masak asam pedas. Kalau korang rajin, boleh buat telur dadar, perghh makan nasi panas-panas memang sedap. Kuah asam pedas ini pun sesuai dijadikan sebagai pencicah cekodok. Okaylah ni je aku nak kongsi malam ini. Selamat mencuba!


Thank you for reading!

1 comment:

  1. Dapnya Azwa... Simple je resepi nie..
    Nanti nak try buat lah hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!