Review Korean Drama: Vincenzo (2021) - Azwar Syuhada

Saturday 29 May 2021

Review Korean Drama: Vincenzo (2021)

Salam to all readers,


Review Korean Drama: Vincenzo (2021) | Finally, kerajaan umumkan juga total lockdown seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Aku percaya, semua rakyat Malaysia memang mengharapkan total lockdown kali ini apabila kes meningkat saban hari, masuk harini sahaja dah capai 8k. Hopefully total lockdown kali ini mampu mengurangkan jumlah yang ada sekarang. So, pada mereka yang boring tak tahu nak layan cerita apa di rumah, apa kata korang cuba layan cerita Vincenzo (2021). K-drama Vincenzo ini baru sahaja ditayangkan pada bulan Februari lalu, total episode ada 20 episode.

Review Korean Drama: Vincenzo (2021)


Cerita Vincenzo ini berkisarkan perihal Vincenzo Cassano (Song Joong Ki) merupakan seorang pengacara keturunan korea yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya orang Itali dan bekerja untuk orang-orang mafia sebagai seorang consigliere. Dia punya jalan cerita nampak real dekat Italy walhal tak pergi sana pun tau. Ibarat pengarah filem KRU buat cerita Cicakman. 


Disebabkan perang dalam kelompok Mafia yang tiada kesudahan, justeru Vincenzo Cassano ini pun melarikan diri ke Korean Selatan, tempat asalnya. Dia kembali ke Korean Selatan semula pun sebab 1 misi. Sampai-sampai Korean, dah kena rompak mujur si Vincenzo ini banyak duit dan ia cukup popular di media sosial.


Review Korean Drama: Vincenzo (2021)
Why you looks so flawless?

Review Korean Drama: Vincenzo (2021)


Di Korea juga dia bertemu dengan seorang wanita bernama Hong Cha Young (lakonan Jeon Yeo Bin), seorang peguam bermulut laser dan bekerja di firma guaman Wusang. Bapa Hong Cha Young ini juga merupakan seorang peguam dimana ia lebih cenderung masyarakat yang ditindas oleh orang-orang berpengaruh. Dalam pelariannya juga, Vincenzo turut menghadapi seorang penjahat pyscho yang menjalankan empayar Babel Group yang telah merugikan ramai orang termasuklah penduduk di Geumga Plaza, tempat dimana Vincenzo tinggal sini. Orang yang kita tak sangka jahat tulah orang jahat tau. 



Cerita ini tidak mengisahkan soal percintaan sangat, ia lebih fokus menceritakan pasal rasuah di negara tersebut. Orang bawah selalunya ditindas dan tiada siapa nak tolong. Vincenzo ini sungguhpun kerja dengan mafia, tapi bila Hong Cha suruh buat sesuatu ia turut kan aje, adakah ini namanya cinta? Ehh..



Aksi watak Vincenzo Cassano yang cukup berkarisma, humble, suka berjenaka, semangat setia kawan menjadikan cerita ini tidak membosankan malah nak membuatkan kita sendiri ternanti-nanti apa akan jadi dengan episode seterusnya. Sungguhpun Vincenzo ini main watak utama, tidak lupa juga dengan pendukung lakonan di barisan belakang mereka semua memainkan peranan penting terutama penduduk di Geumga Plaza, masing-masing membantu Vincenzo ini menyeselesaikan misi memindahkan emas dari bawah tanah ke rumah Hong Cha, dalam pada masa yang sama bekerjasama untuk menjatuhkan penjahat pyscho Babel Group. Penjahat ini betul-betul jahat gila bilamana upah orang membunuh mak Vincenzo, tu memang kejam gila. Mujur Vincenzo ini balas balik dalam keadaan bermaruah gitu..



Salah satu character yang membolehkan cerita ini naik adalah watak si penjahat Jang Han Seo ( lakonan Kwak Dong Yeon). Dia punya perubahan watak tu agak smooth je, watak budak nerd alih-alih bila muka jadi jahat memang physcho habis. Jadi, tak mustahil, cerita ini naik melonjak disebabkan watak dia ini juga dari tontonan umum.


Review Korean Drama: Vincenzo (2021)


Nak tahu apa kesudahan cerita ini kenalah tengok sendiri, boleh layan dekat Netflix. Setiap episode jangan pernah missed sebab setiap episode tu ada kisahnya tersendiri. Yang pasti tak rugi pun tonton korean drama Vincenzo Cassano ini. 


Thank you for reading!


1 comment:

  1. lockdown belum mula lagi, kaella dah separuh jalan tengok cerita ni sebab dah mula free, memang kena marathon korea la katakan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!