Lalamove Kini Tembusi Pasaran Malaysia | Perkhidmatan Penghantaran Lebih Pantas Kurang 1 Jam dengan Lalamove - Azwar Syuhada

Friday 10 August 2018

Lalamove Kini Tembusi Pasaran Malaysia | Perkhidmatan Penghantaran Lebih Pantas Kurang 1 Jam dengan Lalamove


| PERKHIDMATAN PENGHANTARAN LEBIH PANTAS KURANG SATU JAM DENGAN LALAMOVE, KINI DI HUJUNG JARI ANDA | Pernah tak anda mengalami situasi genting bilamana anda harus deliver dokumen penting pada client last minute, waktu itu pula tenaga pekerja tidak mencukupi, nak taknak terpaksalah meredah jem sendiri tambah-tambah badan pula tak berapa sihat. Bak kata budak-budak sekarang, berkicap la dekat tengah-tengah highway! Alangkah indahnya, kalau wujudnya perkhidmatan atas talian untuk deliver kerja yang urgent pada hari yang sama dan waktu yang ditetapkan ataupun dalam tempoh tidak kurang dari satu jam? Ini bukan mimpi, Lalamove kini sudah berada di Malaysia!

google

Berita baik buat semua, terutama usahawan kecil yang baru nak berniaga bolehlah guna perkhidmatan Lalamove. Lalamove, pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) global, kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia setelah mengumumkankemasukannya ke negara ini dua bulan lalu. Khidmat penghantaran Lalamove ini telah digunapakai secara meluas di negara Asia terlebih dahulu iaitu di Hong Kong, Singapore, Thailand, Taiwan, Filipina, VIetnam, Indonesia serta lebih 100 bandar di China kemudian kini tembusi pasaran Malaysia iaitu di sekitar Klang Valey, dan Kuala Lumpur.

Aku cukup rasa teruja bila dapat melihat sendiri bagaimana Lalamove ini melakukan operasi pada majlis pelancarannya di Malaysia baru-baru ini. Ialah pada kita betul ke boleh sampai dalam tempoh sejam ini? Bila dapat melihat dengan mata kepala sendiri, wow syok gila ada aplikasi macam ini. Bukan aku sahaja rasa senang hati lepas ini, tak payah pening-pening nak order makanan, hantar dokumen, pendek cerita semua jenis servis ataupun barangan boleh dengan Lalamove (Tertakluk terma & syarat).

Menariknya, dengan adanya Lalamove ini penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit bukan lagi hari. Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja. Bagus kan dengan kewujudan alternatif penghantaran Lalamove ini, kerja lebih lancar dan sistematik lepas ini. 

google
Sewaktu pelancaran haritu, mereka turut melakukan demo untuk penghantaran makanan. Makanan pun boleh hantar wei, mana tak syok! Lepas ini, hari-harilah aku guna aplikasi ini nanti untuk order makanan. Tak sampai sejam, makanan yang di order berjaya sampai ke destinasi pelancaran. Itu yang seronok, diyakini cepat dan selamat!

Aplikasi Lalamove membolehkan keperluan penghantaran para perniaga dipenuhi oleh berbagai jenis kenderaan termasuklah motosikal dan kereta. Pihak Lalamove juga bakal meluaskan pilihan perkhidmatan tidak lama lagi untuk turut merangkumi van dan trak bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna berbeza.

Malah, penghantaran jarak dekat boleh dipenuhi dalam tempoh satu jam dan membolehkan pengguna Lalamove untuk mengembangkan perniagaan dengan pesat tanpa dibebani masalah logistik mahupun kos operasi yang tinggi. Jimat tenaga dan masa! Perkhidmatan penghantaran Lalamove ini dah makin meluas dekat Malaysia, setakat ini mereka cover sekitar Kuala Lumpur dan Klang Valley, serta bakal meluaskan empayarnya ke Johor dan juga Pulau Pinang selepas ini. Nantikan orang kedatangan Lalamove ke negeri anda!


Setelah menamatkan proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur, Lalamove telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja. Pantas dan cekap perkhidmatan Lalamove. Secara purata, Lalamove berjaya menyempurnakan sekitar 300 penghantaran setiap hari. Kini, Lalamove menyokong operasi lebih 200 PKS dengan rangkaian lebih 1,800 pemandu berdaftar.

Lalamove betul-betul memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian (sharing economy) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on demand) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata.
Di mana platform penghantaran Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.  Bukan itu sahaja, aplikasi Lalamove juga turut membantu para PKS untuk mencapai kecekapan dari segi sistem logistik dan rantaian bekalan dengan meringkaskan proses dan meminimumkan dokumentasi.

Caj perkhidmatan Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej.

google

Kini aplikasi Lalamove boleh dimuat turun menerusi "Google Playstore" dan juga "Apple Apps Store", apa tunggu lagi cepat-cepat DOWNLOAD!

Untuk makluman lanjut, boleh layari:



No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!