Unboxing Welcome Gift Box Angels | Althea Turns 3! - Azwar Syuhada

Wednesday 8 August 2018

Unboxing Welcome Gift Box Angels | Althea Turns 3!

Salam to all readers,

Siapa sangka diam tak diam Althea telah meraikan ulangtahun yang ke-3 tahun ini. Masih belum terlambat untuk aku wish kan? Happy birthday Althea, semoga kekal sukses dalam industri kecantikan. Siapa dekat sini masih tak tahu apa itu Althea? Masih belum terlambat untuk ketahui, Althea merupakan satu website yang menjual 100% authentic barangan dari Korean. Ini bukan cubaan, ini betul betul dimana barangan yang korang order dari Althea diterbang khas dari Korean. Bagi mana-mana wanita yang nak cantik presis K-beauty bolehlah dapatkan barangan dari website Althea terus.

Siapa sangka, aku blogger tak berapa nak cun ini juga turut terpilih menjadi salah seorang Angel Althea a.k.a Althea's Beauty Abbassador Community! Makin luas empayar Althea sekarang menjangkau tahun ke-3 kalini. Bukan calang-calang orang yang terpilih menjadi Angel Althea, dimana Angel ini terdiri daripada vloggers, beauty bloggers, youtubers, dan juga influencers. Mana-mana yang terpilih menjadi Althea's Beauty Abbasador Community berpeluang menikmati barangan kecantikan K-beauty seperti;


  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaway
  • Birthday Kredits
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Diskaun Code
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access 
dan banyak lagi. Janganlah jeles, korang pun nanti dapat keistimewaannya. Jadi, rajin-rajinlah baca blog aku. Okay!

google
Sempena Althea Turns 3 ini, aku sebagai salah seorang Althea Angels dapat Welcome Gift Box khas diterbangkan dari korea sendiri. Kalau tak dapat pun, aku biasa juga shopping sini sebab yakini dengan produk 100% K-Beauty daripada produk jamu keluaran Malaysia. haahah..

Antara barangan yang terdapat dalam  Welcome Gift Box Angels ini kali adalah;


  • Canvas Bag
  • Makeup bag
  • Mirror (Spread your Wings)
  • Real Fresh Skin Detoxer (GREEN TEA)
  • Real Fresh Skin Detoxer (ROSE)


WOW! New Baby Althea- Real Fresh Skin Detoxer

Baru-baru ini Althea telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu Real Fresh Skin Detoxer dimana kini anda boleh dapatkan terus melalui website Althea! Kalau nak tahu, untuk keluaran terbaru kali ini, Althea telah mengorak langkah bergabung meletup dengan Get it Beauty (No.1  rancangan TV kecantikan di Korea) slot khas untuk memperkenalkan produk Althea kepada umum bermula bulan September ni nanti di GIB's TV. Jangan lupa bookmark calendar siap-siap, karang melepas gigit jari pula.
Memperkenalkan Real Fresh Skin Detoxer diformulasi daripada bahan-bahan premium iaitu dari alam semulajadi. Mask Real Fresh Skin Detoxer 10 saat telah dibanjiri dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi bagi memastikan kulit kita kekal sihat dan bersih sepanjang hari. Terdapat 2 jenis iaitu Real Fresh Skin Detoxer (ROSE) dan juga Real Fresh Skin Detoxer (GREEN TEA).

Real Fresh Skin Detoxer (Rose)

google
Real Fresh Skin Detoxer (Rose) diperkaya dengan 100% kelopak bunga ROs May, dipetik dengan tangan setahun sekali sepanjang bulan Mei di Grasse selatan Perancis. Dasyat kan? Nak cantik punya pasal. Menariknya, kelopak bunga ini dapat membantu melicinkan permukaan kulit yang kasar dan membuat kulit kelihatan lebih berseri dalam masa 10 saat. Kau petik setahun sekali, kau cantik dalam 10 saat je. Kau rasa? 

Rose (refining) bertindak untuk menapis dan ia sesuai digunakan pada waktu pagi iaitu selepas bangun tidur. Real Fresh Skin Detoxer (Rose) ini berfungsi melindungi dan kawal keseimbangan pH kulit muka kita agar kekal lembap dan sihat sepanjang hari. 

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) diperkaya dengan daun teh hijau muda yang dipetik dari Pulau Jeju sendiri bagi melegakan dan membersihkan kulit yang sensitif dalam masa 10 saat. Bukan itu sahaja ia turut terkandung dengan ekstrak kelapa bagi membantu melembutkan kulit tanpa memberi kesan kerengsaan kulit dengan cebisan daun teh hijau itu. Siapa spesis kulit sensitif macam aku bolehlah cuba, best wei!

Green Tea ini sesuai dipakai pada waktu malam kerana ia bertindak untuk bersihkan kulit wajah secara menyeluruh dengan bahan-bahan semulajadi daun teh hijau muda. Di mana ia mengandungi 5x lebih vitamin C dari lemon dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV. Bertambah menarik lagi, daun teh hijau ini turut membantu mengawal kehadiran minyak sekaligus membersihkan kekotoran secara mendalam. So, pada mereka yang muka berminyak berkilo bolehlah try mask Green Tea ini. Datang aku haritu, pakai Green Tea ini waktu siang, best punya pasal pagi dengan malam pun tak reti bezakan. hahaha..

Cara penggunaan bagi kedua-dua skin detoxer ini cukup mudah. Hanya picit sedikit di tangan kemudiannya titik setiap permukaan muka, dan urut perlahan-lahan dari bawah dagu sehingga secara rata di seluruh permukaan wajah. Biarkan selama 10 saat, bolehlah bilas dengan air bersih. Ataupun lagi satu cara, bila dah colet mask secara rata di seluruh wajah, tunggu dalam 10 saat, kemudian ambil sedikit air di tangan dan urut perlahan-lahan di seluruh muka sehingga keluar buih dari wash off mask detoxer ini. Barulah bilas dengan air hingga bersih.

Cuba dulu, pasti syok!! Lepas cuci dengan skin detox ini rasa kulit lebih lembut, segar dan bertenaga. Rasa hilang semua blackhead, kertas pasir dekat muka aku ini hah! hahaah...Setiap orang dia punya testimoni lain-lain kan? Apa yang aku perasan sejak aku gunakan skin detoxer green tea ini kulit aku lebih segar dari sebelumnya. Makin berseri gitu, orang taknak puji kita angkat bakul sendiri. Boleh kan?

Tak dinafikan kedua-dua Real Fresh Skin Detoxer ini dah jadi favourite aku pula. Mana taknya, ia membantu menghapuskan segala kotoran degil a.k.a daki dekat muka sekaligus memberi nafas baru pada kulit wajah. Dua-dua bau harum, paling best guna Skin Detoxer Green Tea waktu malam rasa kulit fresh bila nak tidur. Kalau korang nak juga Real Fresh Skin Detoxer ini boleh beli menerusi website Althea terus dengan cerita sekarang Althea tengah buat sales. Rugilah tak grab sekarang!

Untuk makluman lanjut boleh terus layari;

Website: www.althea.kr/
Facebook: www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram: www.instagram.com/altheakorea/

3 comments:

  1. memang bestkan pakai skin detoxer ni..serius best

    ReplyDelete
  2. Tahniah Azwar sebab terpilih sebagai salah seorang Althea Angel :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!