Movie Review: Pulang, Filem Diadaptasikan dari Kisah Benar - Azwar Syuhada

Sunday 12 August 2018

Movie Review: Pulang, Filem Diadaptasikan dari Kisah Benar

| PULANG: FILEM DIADAPTASIKAN DARI KISAH BENAR | Sana-sini orang bercerita movie Pulang ini best gila. Sampaikan satu hari masa turun pergi event blog minggu lepas, blogger Kak Atie direct ajak tengok movie Pulang lepas event, memandangkan takde apa nak buat aku onn jerlah. Orang kata best gila cerita ini, taknak terlepas peluang punya pasal aku pergi menonton juga. Kak Sally pun join sekali, kami tengok wayang di KLCC sebab waktu tayangannya lagi awal dibandingkan dengan panggung lain. 

Filem "Pulang" ini meruapakan filem diinspirasikan dari kisah benar dan berlaku di Malaysia pada sekitar tahun 40-an dan dikeluarkan oleh Primeworks Studio arahan Kabir Bhatia. Filem ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton dan sudah mula ditayangkan pada 26 Julai 2018 lagi sehingga ke harini. 

google
Sumber: Facebook "PULANG"

SINOPSIS FILEM PULANG

Filem Pulang mengisahkan cerita cinta pasangan suami isteri, Othman dan juga Cik Thom. Othman mengambil keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan menjadi kaya. Sebelum pergi belayar, Othman berjanji pada isterinya, Thom dia akan pulang bersama kekayaan dia ingin melihat isterinya berhias dengan emas. Dengan penuh kesabaran, Cik Thom akur denan pemergian Othman dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Filem Pulang ini sedikit sebanyak membawa keinsafan dan mesej yang dimalam iaitu tentang kekayaan dan kemewahan, apalah erti sebuah kemewahan jika pada akhirnya, kita keseorangan tanpa keluarga dan orang tersayang di sisi kita? Filem ini padat dengan sinematografi yang menakjubkan dan penuh elemen CGI yang inovatif dalam filem ini.

Filem ini menelan belanja RM6juta ini membariskan pelakon yang cukup power seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azreil Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Rahim Razali, Dato Jalaludin Hasan dan ramai lagi. Filem ini berdurasi selama 2 jam dan ia merupakan filem arahan Kabir Bhatia, pengarah tershor jugalah untuk filem melayu.

PANDANGAN MENGENAI CERITA PULANG

Seperti yang sedia maklum, cerita ini diadaptasikan dari kisah benar. Aku jarang tengok drama Melayu dekat wayang, apa yang aku harapkan seperti digembar gemburkan oleh umum cerita ini best dan banyak teladan dapat dipelajari. Memang tidak dapat dinafikan, filem pulang ini menghidangkan jalan penceritaan yang cukup menarik dan setiap scene memberi impak yang membina. Ia bukan sekadar kisah percintaan, malah menitikberatkan tentang erti persahabatan. Sekali aku tengok cerita ini seperti aku membayang cerita Titanic pula. Sudah! Dima Thom di usia tua, menceritakan semula kisah kehidupannya pada cucunya. 

Setiap babak aku tak tinggal untuk filem pulang ini, cuma ada scene terkejut-kejut dengan bom tu tertutup jugalah mata aku ini. Watak utama, Othman (dilakonkan oleh Remy Ishak) dan Thom (dilakonkan oleh Puteri Aishah) cukup bersahaja sehingga menampakkan filem ini hidup. Tidak terkecuali pelakon-pelakon lain. Persoalan yang sering membuat penonton dan Thom tertanya-tanya, hanya satu sahaja "Kenapa Othman tidak pulang?". Aku pun tertanya-tanya sehinggalah Othman meninggal dan mengirimkan surat kepada anaknya untuk disampaikan kepada Thom.

Rupa-rupanya, semua berlaku disebabkan salah faham. Bagi aku cerita ini bagus dan banyak memberi teladan pada penonton. Apa guna kaya raya, kalau tiada keluarga dan orang tersayang di sisi. Tapi yang buat aku tak puas hati, aku tak menangis pula tengok cerita ini. Aku tak tahu nak nangis part mana, apa-apa pun cerita ini boleh tahanlah. 

Aku pun baru tahu juga, yang filem ini merupakan kisah benar Datuk Ahmad Idzham Omar yang merupakan CEO Media Prima dimana kisah 3 generasi keluarga beliau bermula dari datuk beliau Othman bin Haji Alias sebagai klasi kapal melayu pertama di Tanah Melayu. Kau rasa? Aku dapat tahu pun dari sumber pembacaan di beberapa buah lama web baru-baru ini.

Secara keseluruhan, cerita ini BEST! Akak bagi 3.9/ 5 BINTANG!

So, lepas ini nak tonton filem apa pula Kak Atie & Kak Sally?

Thank you for reading!

1 comment:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!