Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam - Azwar Syuhada

Monday 5 December 2016

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Seksyen 13 Shah Alam

Salam to all readers,

| Keenakan menikmati Steamboat BBQ BUffet D'kayangan, Seksyen 13 Shah Alam | Rasanya sebelum ini pernah kongsi pada engkorang semua mengenai Steamboat BBQ Buffet D'kayangan ini pada korang tahun sudah. Now, aku nak kongsi semula tempat yang sama aku makan memandangkan sekarang D'Kayangan ada buat sedikit transformasi di kedainya. Walaupun sekarang dah banyak orang buka kedai steamboat di area KL dan juga Selangor, namun Steamboat D'Kayangan tak boleh orang lain lawan. Semalam aku sempat singgah makan steamboat D'Kayangan memandangkan tekak ini dah lama tak merasa makan steamboat.

google

Dah lama tak berkunjung kemari, dah banyak perubahan dimana Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan telah memperkenalkan konsep terbaru iaitu konsep 2 dalam 1 (Steamboat + Grill) - All you can eat. Duduklah berjam-jam dekat sini, makan sampai hijau pun boleh. Kalau nak tahu, semua hidangan ini disediakan oleh Chef Shahnizam, merangkap seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari.

Beliau telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam/ daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili kering, bawang putih, lada hitam dan beberapan jenis lagi rempah-ratus bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Memang terasa aroma bau perapan masa aku dan kawan-kawan sidang asyik menggril. Syok wei!!
Inilah antara menu yang ada, semuanya nampak menyelerakan. Sampai 3 kali round jugalah ulang alik ambil makanan pergi ke meja. Antara menu grill yang disediakan di sini adalah seperti Chicken Moza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.

google
Ini pula antara bebola yang kita boleh steamboat, bebola ikan, daging, udang, sotong yang paling penting semuanya enak dimakan! Kalau nak tahu lagi, Chef Shahnizam yang arif dalam bab makanan turut membuat pembaharuan dengan cara menggunakan masakan satil Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Jadi, orang yang selalu berkunjung ke sini pasti rasa gembira kerana dapat merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. 

 Beberapa menu yang menarik turut ditambah dalam Buffet kali ini seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut.

 Ini pula port sayur-sayuran semuanya masih segar-segar.  Paling best, cendawan tu. =)

google
Tak sah rasanya bila berkunjung ke sini tidak mencuba daging kambing. Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing panggang tersebut. Ia dihidangkan bersama-sama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut.



Selain menu steamboat, juadah buffet juga turut disediakan seperti nasi, ayam masak kari, mee goreng dan macam-macam lagi. Kesemuanya nampak menyelerakan.

google
Tak sedap rasanya bila menjamu menu grill begitu sahaja, pasti kena ada pencicahnya. Ini antara sos yang disediakan bagi penambah rasa dalam menu grill kita. Paling sedap sos manis-manis pedas.


Kalau singgah sini, jangan lupa mencuba manisan yang disediakan oleh Buffet D'Kayangan serti kek, tembikai, oren, agar-agar dan banyak lagi.


Ini pula aiskrim dan juga slurpee pelbagai perisa sebagai pencuci mulut. Dekat sini juga ada ABC, korang boleh cubalah nanti bila berkunjung ke sini.

Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan mempunyai ruang yang agak besar dan boleh menempatkan seramai 400 orang dalam pada satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka.. Tambah-tambah ia mempunyai ciri-ciri restoran yang mewah, elegan, selesa, bersih, yang pasti amat berpuas hati serta ia amat sesuai untuk mengadakan sebarang event, seperti jamuan keluarga, company dinner, birthday party, seminar, media event atau apa sahaja jenis event amat sesuai dibuat di sini. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Jadi, tak perlu kalut time makan nanti.

 Buffet D'Kayangan tempat yang sesuai untuk mengadakan event besar-besaran

 Ruang makan di luar, yang pasti selesa sambil melihat kemeriahan lampu warna warni di luar. 

Kemeriaan orang ramai sedang menikmati steamboat bbq buffet D'Kayangan pada bahagian ruang terbuka.

Harga:
RM33.00 bagi orang dewasa
RM17.00 bagi kanak-kanak (5-12 tahun)

Bermula pada April 2016, setiap hari Ahad, restoran ini akan membuat "Sunday Family Day" bermula pada pukul 11 pagi hingga 3 petang, harga yang dikenakan pada pelanggan adalah RM22.90+ bagi dewasa dan RM9.90+ bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Voucher "8+2" ditawarkan kepada pelanggan D'Kayangan yang berbelanja RM150.00 di restoran dimana pelanggan boleh menebus voucher tersebut untuk lawatan yang seterusnya. Syok kan? Murah pun murah.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menikmati keenakkan Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini bolehlah mengunjunginya di sini;

Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, Shah Alam
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi13/33M,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel: 03-5523 4979

Facebook;
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Instagram: @dkayangansteamboat
Twitter: @dkygnsteamboat

Waktu operasi: 5pm - 2am

Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Encik Yunus merangkap Restaurant Manager kerana sudi layan kerenah aku dan kengkawan. Moga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ini akan terus sukses. 

Muka happy dapat menikmati hidangan steamboat D'Kayangan. Dah lama tak tunjuk skill menggril ini. Akhirnya sampai juga kami disini sampai sesat-sesat. Kalau korang pakai waze or google maps senang je jumpa. Aku bab-bab jalan ini memang failed sikit!

p/s: Lagi syok makan grill ini bila beramai-ramai. Jadi, apa tunggu lagi pakat-pakatlah dengan member, keluarga, jiran tetangga, officemate datang serbu D'Kayangan Seksyen 13 Shah Alam ini. Aku jamin korang pasti puas hati dengan service yang disediakan. Ada rezeki, akan datang boleh pergi lagi. =)

3 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!