Glam Wrist Watches! - Azwar Syuhada

Thursday 24 November 2016

Glam Wrist Watches!

Salam to all readers,

Harini kecoh bila rata-rata blogger update status "template blog dah berwajah baru". Aku pun jadi teruja nak buka blog malam ini, taknaklah rasa ketinggalan dengan perkembangan terbaru. Tapi sudah kemestiannya, aku selalu tertinggal keretapi. Btw, malam ini ada satu benda yang aku ingin kongsikan pada engkorang semua!

google

Tahu tak, dalam banyak-banyak jenis aksesori di luar sana apakah aksesori yang paling popular? Sudah tentu jawapannya adalah watches! Siapa peminat watches dekat sini? Setiap kali nak keluar rumah, pasti jam merupakan aksesori utama yang harus dipakai. Ada tak? Aku salah seorangnya, apabila keluar rumah tak kira dekat or jauh watches mesti kena pakai. Hidup tak lengkaplah bila tak pakai watches ini.

Dalam dunia fesyen kita diberikan pilihan dengan bermacam jenis aksesori lelaki dan wanita. Tetapi yang paling mendapat perhatian ialah jam tangan. Walaupun pada awalnya dahulu jam dianggap sekadar sebagai satu alat untuk mengetahui masa. Kini penggunaannya masih diteruskan namun daripada segi rekaan ia telah diberikan sentuhan yang lebih kreatif dan moden, sesuai dengan perkembangan trend fesyen terkini dalam dunia yang serba moden. 

Kini jam tangan juga berfungsi sebagai aksesori untuk menonjolkan penampilan. Percaya atau tidak, bahawa seutas jam tangan mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya? Apa yang pasti anda haruslah dapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran. 

Jom lihat beberapa stail yang boleh digayakan dengan the latest modern women watches seperti di bawah ini.


google
Cantik kan? Salah satu rekaan jam bagi kaum wanita. Bagi aku, orang yang memakai jam tangan ini berpenampilan kemas secara tidak langsung dianggap seorang yang menepati masa. Mana taknya kan, bila dah ada jam ditangan sudah pasti, rajin mengerling untuk mengetahui pukul berapa sekarang kan? Jadi, sesiapa yang nak menjadi seorang yang berdisplin dan menepati masa berjinak-jinaklah memakai jam tangan.

Manakala di bawah ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban. Verstaile kan? Bagi aku, lelaki cukup kemas, bergaya, lebih macho, serta lebih nampak berkarisma apabila memakai jam tangan. Selain itu, keyakinan seseorang juga kian terserlah apabila memakai jam tangan.

google
Ini juga merupakan salah satu design jam tangan bagi kaum lelaki. Sekarang, bukan kaum perempuan sahaja boleh bergaya, lelaki juga boleh bergaya. Untuk melihat the latest collection bolehlah layari laman web "Watches" ini.

p/s: Jom tingkatkan keyakinan diri dengan memakai watches!

12 comments:

  1. Adehh cantiknye jam.. lama dah takbeli jam..

    ReplyDelete
  2. Cantiklahhh jam yang warna pink tu :)

    ReplyDelete
  3. Jam juga accessories yang penting.. Nak tengok masa. Kadang malas nak tgk kat hp.

    ReplyDelete
  4. cantik koleksi jam ni..kalau dulu mmg gila membeli...utk ke ofis..utk santai..jam yg berbeza tp sekarang..1 dah cukup ler..hehe

    ReplyDelete
  5. last pakai jam tahun 2007 pas tu jam hadiah tu hilang x tau kat mana..jatuh kut time nek moto..sampai ke sudah iols x pakai jam..huhu teringin nya nak pakai hahaha

    ReplyDelete
  6. sayang saya tak minat pakai jam. saya suka pakai gelang je. ahaha

    ReplyDelete
  7. wow, cantik
    minat juga dgn jenama fosil ni :)

    ReplyDelete
  8. Wooo.. memang cantik tertarik :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. Very interesting topic, thanks for putting up.

    ReplyDelete
  10. There is clearly a bundle to know about this.
    I feel you made various nice points in features also.

    ReplyDelete
  11. شهربازی هپی حکمران
    شهربازی هپی استاندار یک پارک معروف در شهر شانگهای است که دارای مناظر بسیار زیبایی می
    باشد و داخل دم مناطق مختلفی بود.

    ReplyDelete
  12. Just wish to say your article is as astonishing. The clarity on your put up
    is just cool and that i could think you're a professional
    on this subject. Well together with your permission allow me
    to grasp your RSS feed to keep up to date with forthcoming post.
    Thanks one million and please carry on the enjoyable work.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!