Ayuh ke South Korea bersama Traveloka! - Azwar Syuhada

Thursday 8 December 2016

Ayuh ke South Korea bersama Traveloka!

Salam to all readers,

google

|Ayuh ke South Korea bersama Traveloka!| Bercuti?? Alangkah bahagianya kalau ada tikar terbang untuk kita pergi bercuti dari satu negara ke negara yang lain. Siapa yang tak suka bercuti kan? Pasti semua orang suka pergi bercuti, tidak terkecuali diri aku sendiri. Salah satu impian aku sudah semestinya pergi melancong ke negara orang untuk melihat sendiri keindahan dan adat resam negara tersebut. Tak pernah kubayangkan dan aku tak boleh bayangkan aku pergi melancong seorang diri disebabkan aku selalu pergi melancong bersama keluarga. Seandainya aku diberi peluang pergi seorang diri, akulah juara! 

Tambahan pula, nak pergi melancong bukannya mudah kerana semuanya memerlukan wang yang banyak, masa yang sesuai dan kos nak pergi. Semuanya perlu diambil kira untuk melancong. Disebabkan kos untuk melancong dan kekangan masa, impian untuk mengelilingi dunia terpaksa dipendamkan. Bagi orang yang dah biasa melancong, mereka pasti tahu bajet nak pergi.

Tapi, dengan adanya Traveloka semua tempat korang boleh kunjungi. Apa itu Traveloka? Traveloka merupakan satu website yang memudahkan para pengguna untuk melancong ke luar mahupun dalam negara oleh kerana ia bukan sahaja dapat booking hotel malah boleh turut booking flight tiket. Menarik kan? 2 benda terdapat dalam 1 website sahaja iaitu hanya di www.traveloka.com.my

google


Malah, Traveloka juga ada buat perkongsian tentang tips & panduan melancong, inspiration, travel story dan macam-macam lagi. Nak tahu, kenalah layari website www.traveloka.com.my Kalau diberi peluang melancong bersama Traveloka, destinasi utama yang ingin kunjungi sudah semestinya South, Korea iaitu di Busan!google



 Antara sebab saya nak bercuti ke Busan bersama Traveloka adalah;

Menimba Pengalaman
Bak kata pepatah, "hujan batu di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri". Sungguhpun hujan emas di negeri sendiri tapi kita janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung. Bukan sahaja kita dapat menimba ilmu di tempat kita sendiri malahan kita akan dapat pelbagai ilmu yang baru apabila kita merantaui ke negeri orang. Contohnya, dengan merantau ke Busan Korean Selatan kita dapat menimba pengalaman bercuti di negara 4 musin. Alangkah indahnya, kalau Azwar dapat merantau ke Busan Korean Selatan bersama Traveloka. Secara tidak langsung, Azwar nak juga kongsi pengalaman ke Busan ini di dalam blog untuk tatapan para pembaca blog Miss Azwar.

Minat Bercuti
Sejujurnya, Azwar suka sangat bercuti tapi boleh dibilang berapa kali dalam setahun untuk pergi bercuti. Buat masa ini, percutianku hanya dalam kawasan Malaysia lagi dan tak pernah lagi keluar negara. Azwar mula minat bercuti sejak melihat makcik pergi melancong sana sini baik dalam negara mahupun luar negara.

Bagi Azwar, bercuti mahupun melancong adalah perkara yang bagus untuk kita lari dari memikirkan masalah yang ada. Dengan bercuti kita dapat ruang berfikir dengan berlapang dada tanpa sebarang gangguan. Bila difikirkan balik, apabila kita asyik sibuk dengan "kerja" sampai tiada ruang untuk bersama keluarga dan juga kawan jiwa kita kosong sangat. Jadi, bercutilah perkara paling elok untuk mengembirakan hati kita. Lagi-lagi bercuti bersama Traveloka pasti seronok sekali!

Tempat-tempat Menarik di Busan
Seandai Azwar diberi peluang untuk melancong ke Busan, sama sekali Azwar tidak akan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang menarik. Lebih-lebih lagi pantai Haeundae yang cukup terkenal di Busan. Bagi peminat Running Man pasti lebih mengetahui pantai ini. Alangkah indahnya duduk bersantai bersama Gu Jun Pyo di pantai Haeundae (perasan habiss)... Ada juga sesetengah blogger yang berkongsi pengalaman melancong dan menceritakan tempat-tempat menarik di Busan, sehingga menyebabkan aku begitu teruja dengan pengembaraan mereka ke sana.

google

Bercuti dan mengunjungi tempat-tempat menarik di Busan harus mencipta kenangan. Oleh itu, Azwar haruslah menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk melakar kenangan di setiap tempat, seperti mengambil gambar pemandangan yang indah di pantai Haeundae, merakam video masyarakat Busan Korean Selatan, dan merakam suasana di Pasar Jagalchi. Kalau dulu kita asyik melihat gambar pemandangan Busan di kaca televisyen, kali ini kita melakar sejarah dengan melihat sendiri keindahan kota Busan.

Ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Busan? Baca di SINI

Menikmati Makanan Korea
Rugi kalau berjalan tak merasai makanan tradisional negara tersebut. Kalau Azwar dapat pergi ke Busan, Azwar takkan lepaskan peluang untuk menikmati makanan masyarakat Busan Korean Selatan. Sungguhpun, di sini sudah ada restoran korean food, feel makan di negaranya sendiri tu yang rasa nikmat. Yang mengusarkan sama ada restoran itu HALAL ataupun tidak kan? Dari sudut pembacaan Azwar, terdapat banyak restoran yang HALAL di Busan Korean Selatan ini.

google

Mempelajari Bahasa, Budaya, Tradisi dan Kesenian Masyarakat Busan
Selain melawat tempat-tempat menarik di Busan, Azwar juga teringin sangat nak mempelajari bahasa, budaya, tradisi dan kesenian masyarakat Busan. Hanya dua tiga patah perkataan sahaja yang aku tahu itu pun "Annyeong Sayo", "Saranghae", dan "Oppa" yang aku dapat daripada drama-drama korean. Perempuan biasalah ayat-ayat romantik yang dia lebih peka. Tak kiralah cerita Cina, India, Melayu inikan cerita korean yang menjadi kegilaan orang ramai. Seperti mana yang kita sedia maklum, negara Korea memang kaya dengan budaya dan tradisi. Sehingga ke hari ini mereka masih mengamalkannya. Lihat sahajalah, drama korea yang banyak memaparkan serba sedikit tradisi dan amalan budayanya dalam drama tersebut. Jadi, sekiranya Azwar diberi peluang ke Busan Azwar memang teringin sangat nak memahami, mempelajari dan menyaksikannya dengan sendiri budaya masyarakat Busan Korean Selatan yang digembar-gemburkan oleh penduduk Malaysia. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

google


Membeli-belah di Busan


Rasanya tak sah kalau melancong tak bershopping. Jadi, Azwar takkan sesekali lepaskan peluang untuk membeli-belah di sekitar Busan Korean Selatan. Seandainya diberi peluang untuk ke Busan, Azwar akan membeli cenderamata buat diri sendiri, keluarga, mahupun kawan-kawan untuk dijadikan kenangan. Kalau nak cenderamata dari Busan, haruslah doakan Azwar dapat pergi ke sana. hehehe..

|Jadi inilah antara sebab kenapa Azwar nak sangat bercuti ke Busan dan yang pastinya bukan Azwar seorang yang teringin nak ke sana. Sudah semestinya, engkorang juga teringin nak pergi melancong ke Busan kan? Seandainya diberi peluang ke sana bersama Traveloka, jangan sesekali tolak tuah. Bukan senang nak ke negara orang lebih-lebih lagi apabila percutian kita ditaja dengan sepenuhnya. Alangkahnya bahagianya hidup ini, lepas habis exam dapat pergi bercuti. Andai kata traveloka ataupun #MyTravelokaEscapade memberi aku peluang menjejakkan kaki ke Busan, Korea tidak akan sesekali aku lepaskan peluang itu.  


p/s: Moga hajatku tertunai untuk menjejakkan kaki ke Busan. Kalau korang ada masa, jomlah join contest anjuran Traveloka,kongsi sahaja tempat yang korang teringin sangat nak kunjungi, mana tahu ada rezeki boleh menang!

6 comments:

  1. good luck, semoga tercapai hasrat ke Busan

    ReplyDelete
  2. All the best Azwar , semoga tercapai impian tuu =))

    ReplyDelete
  3. all the best ya. BV pun teringin jugak nak pergi korea nie. :D
    banyak tempat best2 :)

    ReplyDelete
  4. good luck azwar
    ingat nak g busan sbb nak cari zombi.. (train to busan) huhuhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!